Seorang pemuda dari negeri Indera Sakti
bernama Toshi.
Dalam pencarian sesuatu yg tidak diketahui..dia membawa diri..
bersama hati yg separuh,
gitar tak bertali,
ilmu tak segunung himalya..
ke sebuah negeri hijau..berhajat mencari ilmu ..setelah beberapa purnama,
rindunya pada kampung halaman memuncak..
dalam perjalanan dari negeri hijau toshi ke Stesen Kapal Terbang.
bersama Tony, Cengkok, dan Boboy..
sedang menanti bas..dia terlihat sesuatu yg indah
pengaruh dari sil khannas..tiada putus dia merenung yg haram baginya itu..
si gadis ayu...Norhanim..
gayanya ikut perkembangan era itu..
fesyen memikat jejaka lemah jiwa
lalu toshi dan rakan menaiki Kapal Terbang itu
bersama juga norhanim
"penerbangan ke indera sakti bakal berlepas 23 saat dari sekarang.."
lalu perjalan pertemuan dua insan itu bermula..
dalam penerbangan itu Toshi ketemu jentera hebat dari negara matahari terbit..
dibicara bersama Tony..sambil dicuri dengar Norhanim
sambil memerhati kawanan gajah di kiri kanan laluan penerbangan..
penerbangan itu berhenti di awan ke empat
untuk pilot meregangkan kaki,merehatkan minda, melabuhkan mata..
Perhentian Puncak Titiwangsa
Toshi..tidak pernah berani menyapa insan asing baginya..
Norhanim berbeza..
kerana lemah iman
teguh cita
Toshi tewas pada bisikan Khannas..(sekali lagi)
pertemuan dua insan berbeza usia, berlainan ilmu bermula
"assalamualaikum..tuan hamba dari kemana mahu kemana?"
kata2 mula bicara..
era itu..
tiada BLOG, tiada Facebook..cuma Friendster dan Myspace
lalu Toshi menggunakan kaedah klasik
di carikkan kepingan kecil kertas dari nota kuliahnya..
di contengkan 012480....
dikirimkan pada norhanim.sebelum dia melangkah pergi sebaik sampai di Indera Sakti
---------------------------------------------------------------------------------------------
Cinta itu mensucikan akal,
mengenyahkan kekhawatiran,
memunculkan keberanian,
mendorong penampilan rapi,
membangkitkan selera makan,
menjaga akhlak mulia,
membangkitkan semangat,
mengenakan wangian,
memperhatikan pergaulan baik,
serata menjaga adab keperibadian..Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang2
yg soleh dan cubaan bagi ahli ibadah..
-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah
---------------------------------------------------------------------------------------------
buat masa ini kisah Toshi sampai sini..sambungan pada penerbangan seterusnya..insyaAllah
2 comments:
Sapa yg bagi salam? tosyi ke hanim?
meskipun ada ungkapan "ladies first"..dalam cerita ini Toshi yg memulakan :)
Post a Comment