Wednesday, December 19, 2012

memerlukan



Paru-paru perlukan oksigen
Perut perlukan makanan

Mata perlukan cahaya
Telinga perlukan bunyi bunyian

Tangan perlukan sentuhan
Hati perlukan ketenangan

Kefahaman perlukan pemahaman




"you don't have time to sleep for to know others.."

Saturday, December 8, 2012

Yuki


kehadapan salji
turunlah di sini
negeri Shiga ini
aku mahu lihat kebesaran Ilahi

Monday, November 26, 2012

Ketentuan


"rindu, cinta dan rela.
dan tidak pernah putus.
Tidak putus"

mari kita bersama, ciptakan tujuan hidup kita
teguhkan hati
teruskan percaya pada Qada dan Qada Nya


Saturday, November 17, 2012

Ada Apa Dengan .....

berjalan di desa kota yang asing bagiku
ntah sebab apa, ntah tenaga apa yang membawa aku ke situ
aku membuat keputusan untuk berada di situ
untuk bertemu kamu..

ah tingginya kamu
ramainya temanmu
aku..hanya sendiri disitu
tersipu kerana malu, aku bisu

aku diam di dalam mereka yang 'beribu'
sejak dari itu wujud rasa sesuatu
rasa yang terdetik setiap hari dihatiku
ya kamu, yang berbaju merah jambu di hari itu

dari hari ke hari
hatiku berbisik sendiri
berlari kesana kemari
mundar mandir tak tentu hari

ya Rabb, murahkanlah rezeki ku
permudahlanlah urusan seharian ku
tabahkanlah hatiku yang kuat merindu
kuatkanlah hatiku yang kuat cemburu

ah sudah fami, dari sibuk merindu,
lebih baik pergi praktis kupas udang





Thursday, November 15, 2012

what's up?






saya suka semut
mereka sering bertegur sapa

bertanya khabar berita
berkongsi duka gembira..

Wednesday, November 14, 2012

Tentang Gelas


terdapat satu gelas
berkapasiti 250ml

suatu hari, diisi 100ml
ok kan? esoknya diisi 50ml

selang 2 hari kemudiannya diisi 80ml
totalnya..230ml, sudah 

dengan takdir Ilahi, airnya ditambah sikit lagi..
 30ml

jadinya..melimpah kan?

kita namakan 100ml pertama sebagai A
50ml kedua sebagai B
80ml itu sebagai C
dan 30 ml yg sedikit sebagai D

sekarang, antara A,B,C dan D
yang mana harus dipersalahkan?










lazimnya..kita akan menyalahkan D bukan?
sudah tahu penuh lagi mahu ditambah
ada juga yg menyalahkan gelasnya tidak cukup besar

jadi MASALAHnya..
yang mana yang patut dipersalahkan?
yang mana yang patut dijadikan punca masalah?


begitulah kehidupan
cawan itu diri setiap kita
tak bisa di ubah cawan yang lebih besar
kerana Allah sudah ciptakan kita sebesar itu, maka terimalah..

AIR itu samakan dengan MASALAH

terus, kuantiti 'air' itu yang harus di kawal?
apa kita bisa meramal 'air' @ masalah yang bakal kita hadapi?
mula2 100ml masalah kita terima
kemudian 50ml masalah
seterusnya 80ml

kemudian hadir masalah sekecil 30ml sahaja
lalu gelas pecah atau tertumpah semua masalah

PARAH...

jadi, sedikit/sekecil masalah
kita selesaikanlah dengan berhemah
kita semua hanya gelas, kita semua lemah
tiada siapa yang gagah
yang tabah juga bisa rebah

Monday, November 12, 2012

rho ya nun dal wau



menatap ha pi adalah hobi aku
berjalan pantas adalah kegemaranku

mereka bahagia menghabiskan waktu
aku menghabiskan waktu merindui kamu

aku bahagia berkasih manja dengan kamu
aku derita sengsara saat tiada berita dari kamu

namun, aku tak pernah bosan dan terus bertanya-tanya
tentang rasa di dalam hati, tentang kita






Sunday, November 11, 2012

disebalik matahari


disini, aku terlebih dulu menatap mentari
disini, aku cuba sebaik mungkin menjaga hati
disini, aku merancang untuk kemudian hari

disini, 
di sebalik mentari dari negeri sana,
aku giat berusaha untuk kami

mohon kekuatan ya Rabb
rabbi yassir walaa tu'assir







Wednesday, October 31, 2012

repair


satu kesalahan bisa merubah 
apatah lagi dua, tiga

aku ingin kembali, merubah sebelum makin parah
kalaulah boleh..

'kalau'




aku rasa bersalah



Tuesday, October 30, 2012

disini dan disana

sembilan degree selsius
dingin menghadirkan hingus

sembilan degree selsius
bikin kulit melahirkan fungus

sembilan degree selsius
bikin jiwa merengus

sembilan degree selsius
bikin rindu menjadi nervous

oh hati, oh jiwa..berdamailah



selamat malam sayang

Friday, October 12, 2012

mungkin

mungkin kerana
darah keturunan cina yang mengalir dalam jasad ini

aku sukar dimengertikan

mungkin kerana
darah keturunan cina yang mengalir dalam tubuh ini

aku sukar untuk mengerti

mungkin juga ini semua ujian dari Ilahi
mahu bikin hati teruji dengan dibiarkan menyakiti dan disakiti

mungkin juga kerana aku datangnya dari Marikh



Monday, October 8, 2012

need

setiap hari..aku mencari sekelumit perhatian
mungkin aku insan yang suka kan kemanjaan
kerana hidup aku sering sendirian

mungkin

Thursday, September 27, 2012

collateral damage

kerana aku

dia tidak mendengar irama merdu
dibiarkan angin membawa puisi dalam lagu itu


balasannya..

aku terasa sepi

p/s kondisi badan juga terasa tidak enak..doakan kesihatan yang baik ya?

Tuesday, September 25, 2012

Tentang Kamu

aku celik
aku pejam
aku sujud

disini..semuanya mendahului kamu

sarapan sambil melambai sang suria
makan malam sambil tenung rembulan

untuk setiapnya..aku merindu kamu







Sunday, September 23, 2012

Rain

sebenarnya..
kita dicurahkan kasih sayang

sebenarnya..
kita dilimpahkan rahmat

sebenarnya..
kita dihujani cinta

tapi, mengapa kita gunakan payung?







Thursday, September 20, 2012

Mercury


dia di depan ( terpaling hadapan)

tapi ntah ada atau tidak
yang menyapanya saat matahari di hargakan

ntah ada atau tidak
yang melambainya saat bulan menerangi malam

apa lagi yang mengucapkan selamat malam


*mungkin pada mereka dia berada selepas marikh





rhythm

tepukan tidak di balas dengan sempurna
manakan mahu terima irama ceria

tapi aku tahu
cinta tetap disitu

coretan ku seperti boomerang
di catat untuk aku seorang

tapi aku tahu
dia tetap di situ

aku tak pernah lelah menunggu
tak pernah sepi duduk termanggu

* ah aku tipu, aku memang rindu sama kamu

Saturday, September 15, 2012

Masa Lalu



dulunya aku dibesarkan di kawasan kampung
rumah kayu separuh batu
rumah pagar tak siap
dikelilingi pokok buah2han

di depan kiri, ada rambutan kuning
tepi ada pokok pagar namanya, ada buah kecik2 kuning tu
di tepi kanan ada pokok rambutan biasa
di dapur ada pokok durian sama manggis
di belakang juga ada parit kecil
yg memisahkan rumah pakngah dengan rumah kami

kampung tu namanya Kg Labit Tengah
kenapa tengah? ntah..tapi kampung ni ada 4 buah rumah aje
di depan rumah pakcik Din dan isterinya Makcik Paridah (Faridah kot nama betul dia)
makcik paridah la yg membesarkan kami 4 beradik
satu lagi rumah cik Man
cikman takde anak kecil, jadi kami 3 rumahla slalu bermain bersama

main rounders ( spt baseball)
pukul bola sampai masuk kebun getah opah (belakang rumah pakngah)
anak2 makcik paridah la paling lasak antara kami ni
nak lagi si tombik tu
main peter (mcm dlm citer dodgeball tu)
aku, angah, alang, akak (suhana), angah Shabi, Alang sufri,
tombik, shahril, kak fazilah, farehah

dunia kami itu aja
bermain, mandi parit, pancing ikan, masuk hutan
indah, memang indah
bila mula sekolah, aku akan pulang ke rumah opah..
kerana petangnya mahu ke sekolah agama
Ustazah Fuziah ke namanya (sampai hati boleh lupa) (-_-')
uztaz Bakar, lagi siapa ya dua Ustazah tu? hurm..

pulang tgh hari ke sekolah agama
makan laksa guna straw, isap kuahnya dulu (pelik kan)
itu la budaya kami di sekolah agama rakyat Kg Teluk Batu Hilir
baju melayu putih bersamping hijau
waktu solat asar berebut 1st saf, sebab nk salam ustaz dulu
*boleh pulang dulu (-_-')
petang mak akan ambil pulang kerumah

kalau mak ambik lewat, bermain la pulak dgn geng2 kg teluk batu (hulu)
sama cik E(fauzi), cik G(nazri) <-- si kembar anak toklang E
main dengan pojie, konie, mariah, olind, mat hasan, mat farid

mainnya..

gasing, guli, tudung botol, batu seremban, daun terup, main pemadam
Alang sufri (alang besar), angah Shabi dan akak terus ke kg labit tengah..
Wanyah terus ambil pulang ke rumah

masa kecilnya kami 4 beradik byk habiskan masa dengan mak
kerana ayah sambung degree di UPM ( dulunya Universiti Pertanian Malaysia)
jadi kalau mak ada kursus (outstation)
tinggal lah kami dengan Opah dan Arwah atok

seronok tinggal dgn Opah
dulu tiap malam opah ajar budak2 kampung mengaji
kami pun turut serta
malamnya
kami akan tidur sekatil dengan Opah, Atuk bilik lain.
sebelum lelap mesti baca doa tidur kuat2
baca ikut Opah

bila Subuh kadang2 kami akan ke masjid
( anak kecil subuh berjemaah)

ya itu saya dulu, masa kecil
sekarangnya jarang :(

Lenggong byk tumbuhan hijau
paginya spt cameron highland, sejuk bangat
opah mesti masakkan air panas utk kami
rumah opah rumah ats, bilik ari di bawah, kena keluar dulu..
sejuk...
opah masak air guna dapur kayu
pagi akan ke sekolah naik teksi tok
sebelum masuk teksik kena ketuk kasut dulu, bagi pasir jatuh
pastu atok akan koyak kalender harian tu
*dulu tiap2 hari saya hafal tarikh, sebab tiap2 pagi tgk kalendar atok

di rumah Opahla aku belajar menggunakan pelita
study bila takde elektrik
*bukan study, buat kerja sekolah sebenarnye
pernah satu masa kami perlukan gam (glue)
opah masak gam kanji !
nanti nak tanya resepi gam tu dgn opah
dgn Opah juga la kami belajar makan nasi Planta
*sehingga sekarang itu faveret aku

Pulang sekolah naik van Pak Din, turun kat jalan luar simpang tu
jalan kaki ke rumah opah, sekitar 200 meter kot?
hari2 aku tgk basikal chopper anak Opah Kiah tu (sambil berangan dia hadiahkan kepadaku)
sampai rumah opah, mandi, makan solat, mengaji
jalan kaki kembali utk ke sekolah agama

dulu wang sakunya 5o sen je
duit tu la nk beli keropok/ aiskrim/ laksa/ bihun/air botol
*pandai2 la budjet

banyak lagi kisah2 indah di Lenggong
tempat aku dilahirkan
yg tercatat dlm surat beranak aku

crita indah masa kecil aku tamat di tahun 1997
Ayah sudah tamat Degreenya,
ayah dpt tawaran bertukar ke Ipoh
aku ingat lagi..
semasa darjah 5, aku jadi ketua kelas di kelas no 2
keputusan peperiksaan aku baik
top 10 ( tak silap)
kami bisa naik ke kelas no 1 ( clas bebudak asrama)
lagi sekali aku di calonkan ketua kelas
- aku terpaksa tolak, sebab mahu berpindah ke Ipoh



banyak lagi kisah2 indah di Lenggong
tempat aku dilahirkan
yg tercatat dlm surat beranak aku


sekitar Mac 1997 bersekolah lah aku di Ipoh
hilang semua tempat2 mandi parit
main police and thief


saat aku menulis ini,
aku sudah di Shiga, Jepun
dalam misi mencari Nobita

aku kenangkan masa kecil ku
kerana aku sudah diikat dengan ninja dari Seremban
aku fikirkan bagaimana alam anak2 nanti
mesti jelas beda ya? :)

moga keluargaku nanti bisa bersama ke Syurga



di Taman Bukit Senyum, Lenggong


- 2012 Sept 16 || Dorm Daihatu Shiga Plant || 3.25pm



Bicara Kosong


kenapa tidur perlukan mengantuk?
semua perkara perlukan pasangan ya?

seperti aur perlukan tebing
seperti laut perlukan pantai
seperti bulan perlukan matahari
seperti Adam perlukan rusuk kirinya yang hilang


aku capek, tapi ngak bisa tidur..ngapain?

Friday, September 14, 2012

Tuesday, September 11, 2012

kalau

andai mampu
mahu tiap saat berinteraksi
kerana kamu sering ingatkan aku pada Ilahi

andai upaya
mahu sentiasa meringankan beban kamu
kerana kamu tak pernah lelah membantu
menolong cinta2 kesayangan kamu

moga kamu sentiasa dilimpahkan kekuatan
maga kamu sentiasa di bawah lindunganNya


Friday, September 7, 2012

Burung Hantu Rindukan Bulan


namanya hantu 
kerana dia perindu

namanya hantu 
kerana dia berjaga saat yang lain beradu

namanya hantu 
kerana dia sujud, qiam pada pencipta yang satu

jiwa bisa menyatu
bila kita berlagu rindu 
pada pencipta bulan itu

aku bersyukur ada kamu cik ninja


Shiga Ryuo
4:01 am
8 September 2012
* gambar dari atit ( Rashdan)


                                                                 

Tuesday, September 4, 2012

dia


suatu telah menarik aku untuk melihat wajahnya
bila hampir, saat dada sesak,
aku nampak senyuman yang tertutup itu
bicaranya indah sekali

setelah bertahun lamanya
baru aku sedar..saat itu sebenarnya
aku sudah terpaut, sudah terjatuh


coretan dari shiga #1

sunrise @ shiga, 2 Sept 2012


Melihat alam dengan serba serbi keindahan, kebesaran
teratur, harmonis, instagram insijam, tergetarlah dlm jiwa kita hendak bertanya; 
"adakah gerangan rahsia disebaliknya?"

-Hamka-

cita-cita ku sekarang mahu menjadi arkitek,
lakarkan istana untuk mencari cintaNya
 lalu, Awak dan saya bersama, gergaji, tukul, pacak kayu untuk membinanya





Sunday, September 2, 2012

Distance

matahari melimpahi tingkap penerbangan itu
MH052, Boeing 777
Lelap aku dengan Quran pink itu
Sedarku, senyum selalu

aku selesa dengan jarak ini
aku punya masalah bernafas bila kau hampir
tapak tangan akan mula basah, tanda aku resah
hati yang naif ini sudah jatuh pada awak



Friday, August 31, 2012

Sampai Syurga

  
beribu kaki diangkasa
menyaksikan 7 petala cinta
moga kita sentiasa dalam redhaNya

 
*sebenarnya sudah lama tiada yang melambai saya

Monday, August 27, 2012

bicara tentang diri

manusia bisa mencipta imiginasi
kerana manusia itu sendiri teka teki
bisa bersilap mata dengan hati
bisa bercinta kerana hati

Sejarah itu umpama gari
yang mengikat ingatan dengan hati
Yang berlalu dibiarkan pergi
janganlah awak khuatiri


Letting go the past

Once upon a time
she was in my mind
and now I'm decide
she is the past

without starring at the lost
without looking for any cause
and I am really sure
to live with this soul

the shadow will always be there
but I didn't  care
because the past
always there, always last

memory shape from varies of size
will always blink in front of our eye






Lord of the ring

Untuk peroleh berkat
melalui hajat yang sihat
aku mahu kita diikat

sore nanti bermulalah pengembaraan mencarinya untuk awak

28 agustus 2012
7:46 am


Sunday, August 26, 2012

Kepada awak


kehadiranku ini nyata, bukan ilusi
sepi?
rindu?
tatap satelit putih di angkasa malam
kita merenung satelit yang sama
Ia bukan milik armstrong
yang menjarakkan kita, cuma masa, manisku


I will satisfy you, InsyaAllah








Friday, August 24, 2012

25 agustus 2012

rambutnya sering terlupa untuk disikat
bagaimana mampu menahan rindu jika belum di'ikat'?

Peringatan

dilarang merindu buat kamu yang tak punya hak

Thursday, August 23, 2012

buku conteng awak

Leka aku mengeja tulisan kamu
indah
Ayik aku kedalam tulisan kamu
sangat indah

terpukau, hingga terlupa menyapa matahari

selamat pagi awak

Friday, August 17, 2012

Selamat Pagi Awak

Pagi ini

burung berzikir
gunung bersajak
melayang aku berfikir
masa depan kita kelak


The road

I don't what my dream are made of
I don't know what my heart decide from
but I know everything happen from Allah
for along time
I wait for the right one
I think you're the one
Ribs that I lost one

At this moment, 
I am waiting for the time, the fate
For you to be mine

Thursday, August 16, 2012

Dia

siapa dia?
dia yang pegang senjata
bukan untuk mereka
juga bukan untuk dia

ada apa dengan dia?
dia ada dirinya
punya cinta untuk semua
aku rasa, aku nampak senyuman dia

ada apa dengan cinta?
waktu pertama melihatnya
aku tak bisa melihatnya
dia tarik aku kedalam dunianya


kerana cinta
pengukir pecahkan batu

Monday, August 13, 2012

untittled


Terlahir aku dengan kehendakNya
Bernafas aku dengan izinNya
Variasi ragam dikurniakan
Malam ini, naluriku bercelaru
Jika mahukan cahaya
Aku perlu dalam kelam dahulu kan?

berlari tanpa henti, aku takkan mampu menghampiri
kau yang dilindungi

aku rindukan hujan,
supaya doaku pantas ke 'sana'

tunggu


aku tak bisa berlari
aku tak bisa berjalan
aku tak bisa merangkak
aku juga tak bisa mengesot

kerana masa itu bukan di bawah kawalanku

keyakinanku pada ketentuan Ilahi
aku sering gusar jika kau tetap pergi

ku harapkan kembara sendiri ini berpenghujung
aku mahu kau turut serta menyambung


Sunday, August 12, 2012

kepada awak

tiap hari aku berfikir
sebelum lelapku
sebelum 'separa mati'ku

apa kau untukku?
apa aku untukkmu?

jelek kan? bila aku berbicara tentang hati?
iya, pokoknya, ruang ini udah umpama diari bagiku
aku bisa omong2 sendiri

dalam separa matiku, kau sering hadir
kata orang..

"mimpi itu adalah keinginan paling dalam diri kita"

aku harap, kau tidak hanya singgah,
jemput masuk ke dalam hatiku ya?



Friday, August 3, 2012

Rombongan ke Syurga

Setinggi pujian bagi Allah
kerana hidupkan aku dari malam yang lelah
hanya dengan izinnya aku celik untuk beribadah

sedarku menghirup rezeki melalui Mikail
yang mempunyai tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan

langkahku, celikku, sujudku yang tak pernah lepas dari Raqid
salahkau, zina ku, baranku yang tak bisa lari dari Atid

Hindarkan aku dari Malik ya Rabb
Kepingin aku melihat Ridwan

kuncikanlah aku dari langkah keji dan mungkar
paterikan aku pada lorong lebar ke syurga
Aku mahu bersama mereka

ekspedisi ke syurga









Friday, July 27, 2012

catatan di negeri garuda



agamanya satu
amalannya berbeda



budaya menjarakkan kita

27 juli 2012, Kelapa Gading, Jakarta

Saturday, June 30, 2012

Phase one


durasinya 
1.5 bulan
lokasinya 
kelapa gading

bulannya
Ramadhan
tujuannya
Bekerjaan

mohon di doakan
dipermudahkan segala urusan ya kalian?

Sunday, June 17, 2012

Stay


berbulan sudah berlalu
ia masih seperti itu
tidak tinggalkan tangkalnya

alangkah indah jika ia kekal mekar

*ya aku masih menyimpannya

Saturday, June 9, 2012

End


thirteen and nineteen
the last for this degree
Pray for me please

|Oh Lord (Allah), make things easier for me and do not give hardships|



Friday, June 8, 2012

kejar matahari

dada sudah di tepuk tapi masih tak berselera
bukan hidangan tak enak
cuma dia yang tak nak

layang-layang ditangan
benang tiada di pandangan
bagaimana mahu terbangkan

tangan cuma sebelah
hajat mahu menepuk
bagaimana mahu bunyikan?

banyak teladan
yang boleh dijadikan sempadan
cuma aku insan yang sukakan terkilan

mungkin benar, cinta memang buta

Tuesday, June 5, 2012

lagi tentang hati?

berjalan aku, perlahan
berlari aku, tak cukup kelajuan
terik mentari
masih tak cukup lagi

masih gelap untuk aku yang pejam

mata liar mencari
hati ligat berdiskusi
dengan alam
dengan rohani

masih menyoalkan hal2 hati

aku orang malam yang sering berbicara tentang terang
aku orang siang yang tak serik membicarakan tentang kelam

aku...
masih berlari,berdiri,meniti mencari hasrat hati



Kata dia


Kasih sayang itu, keperluan :)
- salsabila


Sunday, June 3, 2012

Graviti

sibuk yang diciptakan manusia
hanyalah imiginasi untuk lupakan akhirat
setinggi mana pun kau terbang
tanah jua kau kan mendarat

bahagia bukan punya wang berjuta
bahagia itu subjektif

tipulah aku tak mahukan bahagia
cuma kekadang aku rasa..menyendiri itu juga bahagia
apa aku bukan sosial punya insan?

aku cuba capai impian yang aku ciptakan
impian yang tidak segah impian mereka
bahagiakah jika impian itu tidak dikongsikan?

umpama layang2 yang bertali
kita terikat pada agama
bukan menyekat
melekat untuk panduan
supaya kita tidak sesat

ke bulan
ke venus
ke Pluto
ke bimasakti mana pun

akhirat itu infiti
|selamanya|


Sunday, May 27, 2012

Dear Heart

I told you so..
but you didn't listen

                                - Brain

Saturday, May 26, 2012

Puteri Lilin


terlindung
tersimpan
bukan untuk umum

layakkah saya untuk awak?
yang gelap kerana percikan matahari
yang kotor bergelumang dengan selut

Thursday, May 24, 2012

Do i look foward to meet Allah?

malam jumaat itu
mereka berlumba mengejar ganjaran dunia
malam jumaat itu
mereka berdusta kerana urusan dunia

bagaimana sujud sajadah subuh nanti?
aku pun sama seperti mereka
hanya milo panas peneman malam yang hangat ini

(-_-')

Wednesday, May 23, 2012

hi venus!


awak, ye awak..
saya suka awak
awak boleh tunggu tak?
saya tak buat lawak
awak rasa saya gedik tak?


Thursday, May 17, 2012

hurm..

sekarang aku buntu
bagaimana mahu lukis perasaaan
bagaimana mahu tulis tentang perasaan
dan
bagaimana mahu tangkap gambar perasaan

kalau boleh, saya mahu awak tunggu
boleh?


Thursday, May 10, 2012

baru



ku carikkan muka lama
ku buka langkah mutiara
aku mencari cita dan cinta lagi
ya, cinta sama Ilahi dan venus

aku dalam persiapan ke negara rangga dan ninja

Friday, May 4, 2012

Last Train Home

dalam berjuta langkah
selepas aku tersadung untuk kali yang entah berapa ribu kali
tuhan dongakkan aku
pada saat itu aku ternampak dia.
yang mendorong aku
ke arah laluan baru
pendorong yang banyak menyeri siang dan malam ku

tahniah!
awak sudah terima cahaya bagi jalan awak pula :)



aku fikir aku sudah kehilangan kau
aku fikir kau sudah pergi
aku fikir aku mula gentar
kau mungkin fikir aku lemah
aku fikir kamu salah!
sekarang aku beristirehat, itu aku pasti.

kau bukan kejam
inilah kehidupan
kebergantungan kita perlu pada Ilahi

kalau terlepas keretapi
dunia hidangkan keretapi elektrik
jika tidak cukup pantas
dunia sajikan keretapi peluru
ya peluru, di negara matahari terbit.

di setiap stesen ada venus untuk aku
aku mahu pergi Kyoto
berulang alik ke osaka dan Tokyo
Pungguk mahu mencari ninja
ninja dari venus

because its gone so young, he stop singing to the moon



Tuesday, May 1, 2012

Mimpi dan Realiti

ada yang hatinya jatuh berkecai sepai
nyenyak. lena bersendirian..
pejam, bunuh kepedihan
berputar di dalam kesedihan.

bunga ros merah menjadi hitam dalam lenanya
dalam pejam,
gagah berusaha menjadi diri sendiri,
karang kan cerita idaman jiwa.

dalam lena,
kita mencipta keselamatan, benteng teguh melindungi diri
ada juga kepedihan,
itu penambah perisa mimpi.
ada yang cuba menyembunyikan diri
banyak yang berdoa di dalam mimpi

kata orang, mimpi itu keinginan paling dalam bagi hati kita
keinginan separa sedar.


wuduk
al mulk
ayat kursi
al ikhslas
zikir fatimah
doa tidur

Manusia sebenarnya sedang tidur, tetapi akan bangun apabila ia mati
-Saidina Ali

moga mimpi kita semua berwarna warni (^_^)v




Monday, April 30, 2012

FATE



kebelakangan ini, sering terfikirkan
siapakah makhluk venus itu nanti







Thursday, April 26, 2012

eye



selain mata
jiwa juga mampu melihat



Puteri Nur Amalin


Dulu, masa hantar alang ke kampung Kanggaroo tu,
tiap kali melihat kapal terbang,dia sering sebut nama alang, 

nanti..
bila yop ke negara nobita, Amalin nak panggil nama yop tak? 

Wednesday, April 25, 2012

Hello Japan


kerana bulan sudah dijajahi amstrong yg perkasa
kini, dia pergi mencari matahari terbit

sebelum kesana, dia perlu mencari Rangga di Jakarta



Tuesday, April 17, 2012

Pilihan

2 pilihan
mana akan aku pilih?

dan

adakah pilihan itu akan terima,memilih aku?
keliru?

aku pilih ke Jepun, Kalian jaga diri ya?


Sunday, April 8, 2012

Dekat

di koordinat mana pun kau berada, kita akan lihat bulan yang sama
ya benar, bumi tak besar mana.
tapi, kalau Phobos dan Deimos yang kita lihat,
itu sudah masuk chapter lain..

jarak bukan diukur menggunakan pembaris.


Friday, April 6, 2012

arm strong


saat neil mendarat di bulan
satelit bumi selamat terjaga
oleh manusia gagah.


kau tetap ilhamku

sayonara, i'm going to Japan!

Wednesday, April 4, 2012

ode to my angry

bebola lensa meliar merah
jantung merah bergolak liar
kata hina terhambur, di minda juga di suara

tolong..
hadiahkan aku peti khayalan
yang mampu sembunyikan panas baran

Pic from www


Monday, April 2, 2012

Keluar


bila sampai waktu aku mengecewakan orang
rasa seperti jijik
mula gambarkan diri umpama tanah lumpur yg busuk

jiwa jadi kalut tatkala meratah perasaan gembira orang
kalut meracau gelap.
mengalir deras ucapan pohon kemaafan

bisikan di telinga kiri pinta aku langkah kaki pergi
abaikan jiwa yg telah aku punahkan itu

jadi sillaturrahim mungkin binasa disitu kan?

kalian doakan kekuatan untuk aku ya?
tenaga untuk utuhkan ikatan halusi, halimunan itu ya?


kerana ruang ini umpama diari
aku coretkan rasa hati yg peribadi




Sunday, April 1, 2012

Phobos and Deimos

di dalam 140 si pemantul cahaya
bulan manakah yg di rindukan Pungguk?


Thursday, March 22, 2012

Insan yg Aku sayang

satu masa dulu aku ada bicara sama adinda ku
suka baju yg begitu rupa
perbualan di dengar oleh ayah
tak lama selepas itu ayahanda belikan baju

rekabentuknya tidak sebijik yg ku idamkan
aku tolak mentah2 sebab tak sama..

kini, saat aku terkenang
mudahnya aku tolak pembelian dia..
aku sedih, rasa nak peluk ayah SEKARANG
*mana pegi baju tu?


gambar ditangkap oleh ayah ;)
suatu masa aku kecil dahulu
aku pernah dengar bicara ayah

'kalau anak saya inginkan sesuatu, saya takkan belikan terus,
 sebab jika sudah biasa dpt terus apa yg dipinta, nanti dia akan kecewa
 saat permintaannya gagal dipenuhi'


jadi,aku tak pernah berharap dan tak pernah meminta sesuatu dari ayah

'camera sudah dibeli, seperti yg dipinta'

itu sms ayah berikan kepada aku!
BAYANGKAN PERASAAN AKU!


||Insan yg tak pernah lelah bagi kasih sayang pada aku||
ini aku tangkap guna camera yg ayah belikan (^_^) v












Wednesday, March 21, 2012

Siapa dia?

dia sering mengikut
bila terang cahaya
wataknya makin jelas kelihatan
dia tak pernah putus asa
dia paling setia

dia tiada variasi warna
dia malar
dia kekadang besar
dia kekadang kecil
dia tak pernah merungut
dia tak pernah mengumpat




Monday, March 19, 2012

soalan

kehadapan awak yang ntah dimana diamnya...

jika saya mencari wang
dengan hanya menjual nasi lemak,
apa awak masih boleh terima saya?

yg benar
'saya'

*sudah semester terakhir, aku banyak termenung tentang langkah seterusnya

Tuesday, February 28, 2012

dia di osaka

di ruangan alam maya
aku mengintip angkasa mega
untuk bahagiakan jiwa lara

di perut kota parameswara
aku bisu tanpa suara
simpan angan teroka satu semesta

aku terdengar suara
menjerit memanah cahaya di angakasa seraya
cahaya bulat terpaling sempurna


Monday, February 27, 2012

is everything ok?

dia
sampaikan pesanan ringkas
memanggil nama ku

semenjak itu..
dia terus diam

aku keliru..

by Chot Touch

Wednesday, February 15, 2012

hajat

antara kalian dan aku
antara khayalan dan kenyataan
antara mahu dan mencari
antara mereka dan aku

aku berbeza
kerana kenyataan itu nyata
khayalan ini ilusi
dan aku..

aku masih disini
menulis kata-kata hati
sambil mencemburui mereka yg cuba memenangi hati kau tuan puteri
aku tiada usaha, kerana aku ada kerjakan lain perkara

sampai suatu masa
moga kitakan bersama



fuji neopan across 100
kiev88

Saturday, February 11, 2012

tentang angan2

wujudkah tahun ke 1000 bagi tiap kita?
wujudkah saat itu untuk 'kita'

sejujurnya..aku cemburu dgn cinta2 yg awak miliki
suatu yang indah itu selalu aku bermimpi



kodak ultramax 400
nikon f3

Saturday, February 4, 2012

mencari suatu yang hilang


gundah gulana, aku sering terasa..
garang dan romantisnya awak
pelbagai perisa yang kau miliki
pelbagai rasa yang kau beri

sesuatu perkara yang menjadi realiti
akan dihajati untuk kekal abadi

aku perlukan sesuatu yang benar, nyata
aku sering harapkan tindakan Ilahi menyebelahi aku

adakah aku tamak?




Friday, February 3, 2012

Selamat bercuti orang Osaka


cemburu aku melihat kamu
bahagia bersama mereka yang menyintaimu

saya pergi dulu
sayonara Ipoh dan sayang2ku















Thursday, February 2, 2012

hitam yang sejuk


gelap malam terasa indah
pabila titisan kristal turun dari bintang

bulan kan tetap teguh
menerangkan kegelapan yang kontang

hati hilang lelah
saat hadirnya pelangi yang riang



Tuesday, January 31, 2012

Peludah Warna

hitam itu seram
putih itu ceria
gelap itu malam
bulan jadi suria

hitam itu lebam
putih itu dia
serabut itu kusam
teratur itu bahagia

hitam itu kelam
putih itu terang
gelap itu diam
putih itu girang

darah merah hitam
kulit cerah putih
rambut sama hitam
hati tidak semua putih

beban itu hitam
pahala itu putih
jiwa tiada kelam
andai hati tiada letih



hidup sentiasa dalam memilih dan terpilih
jiwa penentu kuat atau perih

Wednesday, January 25, 2012

bahagia jiwa

lihat kembali masa silam mu
tenung semua yang telah membunuh mu
lihat melalui mata dan hati mu
semua yang telah kau miliki dan lalui

secara malar, ia akan membebankan kamu
sukar untuk dipercayai
hilang cinta dan keyakinan
semua. tentang hari2 yang lepas

tidak semua akan membuka mata untuk kamu
apa lagi menyedari tentang hadir mu
masa demi masa kita berdiri sendiri
sehingga tiba masa itu
semua akan berdiri untuk mu

kamu mungkin gembira dengan perasaan hari ini
tetapi..
tahukah kamu tentang malapnya matahari?
tentang bulan yang di sorok kapas terapung?
hari gelap sentiasa menanti..
itu janji yang sentiasa menanti

jangan hanya perjuangkan untuk mereka
korbankan cinta untuk mereka.

pentingkan diri seketika
aku kami mahu lihat kamu juga bahagia