Monday, February 28, 2011

SUATU MASA



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan

Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima




Sunday, February 27, 2011

Perspektif



terasa ombak masin itu
menangkap kulitku
dan aku tersenyum saat aku bernafas
kerana ku tahu, mereka xkan pernah menang..


terdapat kabut di atas TV ku
mengubah apa yg ku lihat
dan jika aku teruskan menonton,
aku akan kehilangan sifat itu..


boleh x kita bergerak lebih pantas?
berhenti disana dan biarkan aku memperbaikinya..
aku mahu hidup dengan perspektif yg baru
aku mengagumi semangat perjuangan awak
awak yg mengikut ketentuan Ilahi
awak membawaku ke arah perjuangan itu..
aku mahu dipuji dari perspektif yg baru


kekadang aku mengambil remeh, 
tetapi kita masih menghormati waktu itu
dan aku akan menunggu tiap jam itu
tapi..aku tertanya tanya..
bagaimana jika ada yg lebih pantas..
lebih baik dariku..



fahmi suka ungu dan hijau 


Saturday, February 26, 2011

kepada wanita biasa


Ribuan bidadari diluar sana..tidak satu pun yg seperti awak..
wanita biasa yg jauh dari sempurna itulah yg fahmi suka,
jika awak sempurna..fahmi x sesuai utk awak

Awak mungkin tidak sebijak Siti Khadijah, setiap insan memang bisa melakukan kesalahan,
InsyaAllah, akan fahmi cuba utk menjadi pintar dlm mengahadapi awak, 
akan fahmi nasihati awak dgn hikmah,kerana lelaki adalah pemimpin..
bangkanglah tindakan dan keputusan fahmi jika ianya salah

faktor pemilihan fahmi bukan semata-mata dari rupa fizikal awak tau, 
ada kala awak akan kusam dan hodoh, tapi bukan sentiasa kan? 
fahmi suka gadis yg sibuk di dapur :)
ditambah pula menyiapkan makanan utk sinchiro dan anak2 nanti ( antaranya umar kan? ) InsyaAllah
tampak kotor masih boleh dibersihkan, boleh dihilangkan bau asap kerana menguruskan istana kita.
berdandan untuk menyambut fahmi sepulang bekerja? awak pun mahu kerja kan?
fahmi x kisah la..janji kita bahagia..
awak akan tersengguk-sengguk mendengar keluhan dan cerita fahmi? cubit nanti tau..hehe
xdelah..disaat fahmi mimpi indah ke planet marikh,
awak  penat menjaga anak kecil kita yg sakit..
kita sama2 menjaga anak2 kita nanti ya? x kira la fahmi penat atau tidak..bersama-sama tau..insyaAllah
fahmi akan sentiasa senyum untuk bulan :D

awak tidak seperti Fatimah?
marah,menangis, kita kan insan biasa :)  
ya itulah cara kita menumpahkan beban dihati kita..
awak mahu cubit,pukul dg penuh kasih syg pada si kecil kita?
tidak mengapa..itu juga kan salah satu daripada cara mendidik..
*jgn sampai mudarat sudah
dengan berdoa pada Ilahi,insyaAllah..hati setiap insan akan berjaya awak menangi..

Fahmi akan menjadi imam dlm keluarga kita kelak..

awak tak secerdas Aisyah?
tidak akan bosan mengajari sesuatu jika hati suka dan ikhlas, awak juga perlu membimbingku ke arah-Nya,
kerana Fahmi juga masih belajar..yg sebenarnya..aku lagi tebal dan bodoh dari awak tau,
fahmi harap awak juga tidak letih mengajari fahmi ya?
awak juga perlu mengingatkan fahmi utk terus mendulang pahala dalam amalan2 sunnah..
mari kita sama2 ke JannahNya..
moga kita akan tetap bersatu di dalamnya.

awak kekasih hati dan teman hidup fahmi..

Seiring berjalannya waktu, rambut fahmi yg ikal, hitam ini juga akan memutih dan menipis..
fahmi juga akan mereput..
fahmi suka pada awak..bukan fizikal awak semata-mata..
semuanya bisa berubah..tetapi rasa cinta fahmi pada awak..insyaAllah akan bertambah hebat :D

ia..setiap harinya,tiap jam, minit dan detiknya, akan fahmi lewati dgn selalu cinta padamu..
awak wanita biasa tetapi istimewa...




Friday, February 25, 2011

terus terang?

Assalamualaikum farhatun Naqiyah
bagaimana di Osaka?
fahmi beribu batu jauh
Sinaran malam mu begitu indah wahai BULAN
i city dan hiasan2 malam Melaka pun tidak seindah tuan hamba
betul..x tipu


ohiougozaimasu 
jangan kau khuatiri dgn jarak itu
fahmi akan sedia ada,insyaAllah (Mak akan sentiasa ada juga)
menulis ayat2 ini utk kau baca
pejamkan matamu
dengar suara hatiku
tulisan adalah cara fahmi menyamar 


apa yg awak telah lakukan pada diri ini?
awak menyebabkan diri ini berubah..
diri ini mencari Ilahi
Arigatogougozaimasu



farhatun naqiyah
perjalanan ini memang sukar
kerana hidup ini satu ujian kan?

banyak yg mahu fahmi bicarakan
tentang sesuatu di dalam hati dan fikiran ini
tapi fahmi khuatiri
akan akibatnya
jika positif tidak mengapa, jika sebaliknya? :(


"Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani" - Khalifah Ali bin Abi Talib


fahmi penakut?


Farhatun Naqiyah
teruskan perjuanganmu
fahmi doakan awak kuat dan terus tabah
lagi setahun,insyaAllah tamat persekolahan
*fahmi pun sama :)


semuanya sedia ditulis di luh mahfuz

bila sampai masanya
akan fahmi nyatakan bicara hati ini...
*harap ianya cepat..






Thursday, February 24, 2011

my moon (bukan maimun tau!!)





kaulah sinaran rembulan
satu2nya cahaya malamku
kau gembirakan aku
dimasa langitku pudar
adakah engkau mengerti?
bicara hati ini?
ya Allah..
jangan ambil cahaya bulan itu


pernah suatu malam..
ku bermimpikan kau
kau dekat denganku
semua bintang kau hadir juga dalam mimpiku
indahnya jika mimpi gembira jadi realiti


ya Allah..
jangan pudarkan sinaran bulan 



Wednesday, February 23, 2011

UMPAMA



sahabat yg beriman, ibarat mentari yg menyinar,
atau ibarat bulan yg menyinari kegelapan malam :)
sahabat yg setia, bagai pewangi yg mengharumkan,
sahabat sejati, menjadi pendorong impian,
sahabat BERHATI MULIA membawa kita ke jalan Allah..

bulan itu sahabat fahmi tau
untuk masa sekarang la..hihi

Monday, February 21, 2011

Tiada cara lain

ketika fikiranmu bercelaru
aku juga begitu
sukar mahu melelapkan mata
ianya menyakitkan bila difikirkan
Tanggapan tidak tenteram
dengan perancangan yg kita bina
peluang yg kita ambil
itu semua bukan hak awak dan bukan juga hak saya
terdapat gelombang yg mampu memecahkan kata-kata kita
kata-kata yg kita beri maksud padanya
tidak mampu melihat yg halimunan itu
kerana dunia sudah terjaga
demi seseorang bulan..tolong pejamkan matamu..
tidurlah wahai bulan..

hurm..terlalu banyak diam yg akan menyesatkan
kau hanyut? saya boleh dengar cara bernafasmu
*tapi awak lebih kuat dari saya kan?

kita tidak perlu mencari alasan
kerana dari pintu yg sama,satu persatu akan ditinggalkan..
pergi seperti hari yg sudah malam, seperti musim yg telah berubah..
penyelesaian hanya konsep seperti daun kering yg gugur dari pohon
apabila kita terjaga, kita akan temuinya..
minda kita akan bebas untuk pergi melelapkan mata..
sekurang-kurangnya kita mampu tidur kan?

dan ketahuilah jika aku tahu
semua jawapan yg aku mahu
tidak akan aku simpan daripadamu bulan
kita akan berkongsi bersama..tiada cara lain lagi :)


fahmi teringin ke jepun :D


Saturday, February 19, 2011

雨 *sebutnya ame




Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
fahmi nyanyi dgn sumbangnya lagu ini..                                                                                                                                                  *lalu hujun turun dlm sela 5 minit di bukit beruang,                                                                                                                                 tapi x cukup merdu utk menyejukkan bumi hang tuah

koizora


4.04 pagi buta
fahmi belum tido
baru selesai terbang dengan Hiro dan Mika
bukan nk beribadat..haih..

Friday, February 18, 2011

DOA KAN please...

petang ni fahmi ada perlawanan bola..
doakan kejayaan kami tau!!
*kalau boleh doakan fahmi meletakkan bola di dalam gawang lawan ya!

Tuesday, February 15, 2011

ujianNya

hadirlah ketika ini, aku fikir aku sudah terjatuh
Aku berpegangan pada dinding yang aku fikirkan teguh
Sepertinya aku melihat jalan yang tidak pasti.
ya Allah..tunjukkan jalannya..

Dan aku cuba melarikan diri
Aku berteriak kembali ketika aku terdengar dentuman di langit

ku pandang  ke bawah, dan ianya sudah berakhir?
Merefleksikan semua kesalahan ku

Di suatu tempat dalam rahmat-Nya
Aku menangis mahukan tempat di Jannah

Aku begitu jauh ke bawah








*mata yg pedih mengalirkan air jernih dari mata bulan
percayalah wahai bulan..masih ada sesuatu tersisa setiap insanNya
Tanah kotor ini sentiasa ada,insyaAllah..Kerana aku masih percaya ada sesuatu yang tersisa 

untuk awak dan saya
Bagi kau dan aku
Kuatkan hati dan iman kami yaAllah..

tabahkan hati dan iman bulan kerana dia mahu jadi seperti zainab al-Ghazali



Monday, February 14, 2011

Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim


Aisyah r.a. meriwayatkan:
Saya tidak pernah lagi merasa dengki kepada seseorang yang meninggal dengan mudah setelah saya melihat betapa berat datangnya ajal yang dialami Rasulullah.
(HR Tirmidzi, Bukhari, Nasa’I dan Ahmad)


jika penulisan menggunakan keyboard ini berbau
ku harapkan ia wangi,seharum rindu..
rinduku kepadamu, rindu umatmu..
haruman wangi rindu kepadamu

Muhammad Rasulullah,
ampunkan segala salah silap kami ya kekasih Allah..

Happy Birthday to you (bila dibicara dalam bahasa inggeris)
Seluruh pelusuk alam, kami umatmu menyeru..
hari ini kami lupakan valentine (harap untuk selamanya)
Valentine vs Maulidur Rasul...

bersahut-sahutan kami ucapkan dalam bahasa terindah
salawat dan salam kepadamu

Bumi Allah ini meriah
di mesir ummatnya bangkit (x lama lagi satu dunia insyaAllah)
umat islam boleh bermegah dalam suasan yang indah.
Salawat dan salam diucap dalam riuh rendah
membuatkan iblis dan syaitan gundah
InsyaAllah

ampukan salah silap kami ya Rasulullah

generasi kami, umat yang lemah
hari-hari dilalui dengan susah payah
kami umatmu yang berpecah
amal dan iman kami goyah
menjadikan kami gundah

kami mempunyai
iman dan akhlak yang parah

Muhammad ya Rasulullah
Ampukan kami yang bersalah

Semoga diterima Allah, Tuhanku
buat Muhammad Rasulullah, Nabiku



Sunday, February 13, 2011

Terlajak Perahu

terlajak kereta kebal boleh undur,
terlajak skyline GTR bleh u turn sambil drift
terlajak motor boleh free gear dan undur,
terlajak tegur dalam chatbox? leh undo x?

bulan kepenatan..
niat mahu bertanya jika ada khabar gembira

Mōshiwake arimasen  


申し訳ありません

Saturday, February 12, 2011

Imej kaku

potret mereka selalu mengambarkan kegembiraan
ketulusan..aku cemburu..
potret mereka yg selalu bersama itu..adegannya sedang makan
'membuang' masa berfaedah bersama..
cemburunya aku pada mereka yaAllah..aku mahu seperti itu..
aku mahu bersama mereka..?

Friday, February 11, 2011

T E R S E R E M P A K

ketika "bulan" separa mengambang..
ketika ku berjalan bersendirian..
melihat arnab ber IQ tinggi..
kelihatan HANA TAJIMA di situ..

lemah imanku..meliar melihat yg tidak halal bagiku
ya Allah..ampunkan aku


hana tajima dulu bersama fahmi

Wednesday, February 9, 2011

Talking To The Moon

berbicara dengan bahasa halimunan
Ya Allah..apa dah jadi dgn fahmi ni??

 Fahmi malu jika cinta pada Allah telah tercemar.. :(







Perlukah dilafaskan pada bulan?

nasihat sahabat

..bulan mu xakan kemana2 ia sentiasa berada didalam hatimu...hanya doa yang akan menjadi tanda kuatnya kasih mu pada dia....jadi kan bulan mu apabila di pandng hnya Allah yang enkau nampak..semakin dilihat semakin kuat dan utuh cinta mu pada Allah..insyaAllah cinta yang di redhai oleh Allah akan berputik....dari sahabatMu.......
^^luqman nul hakim^^


arigato ya luqman :D


fahmi x abis2 dgn bulan kan? haih...bila bicara hati dibisik syaitan nirrojim..
semoga hati ini kuat..



Friday, February 4, 2011

PERJALANAN

sayonara

singgah sebentar di..

kemudian pulang ke medan menuntut ilmu dunia *dan akhirat di bumi melaka

Wednesday, February 2, 2011

SEARCHING...

carilah olehmu akan sahabat,
yg boleh dijadikan ubat.

carilah olehmu akan guru,
yg boleh tahukan seteru.

carilah olehmu akan isteri,
yg boleh dimenyerahkan diri.

carilah olehmu akan kawan,
pilih segala org yg setiakawan.

carilah olehmu akan abdi,
yg ada baik sedikit budi.



YaAllah, I am just a simple man.Trying hard to understand.Where's my place in Your great plan
Oh Allah, help this man..

Tuesday, February 1, 2011

indahnya kemaafan

Biarkan kemahuan
mewarnai kehidupan dengan keazaman
Mengusir kesedihan dan keputus asaan

Biarkan harapan
menyinari hari baru dengan keindahan tawakal
Merawat segala kelemahan jiwa

Kita insan merdeka
berhak memilih untuk bahagia
atau tersenyum dalam duka lara
-Abu Umar



Kita berhak
memandang kehidupan dengan rasa kehambaan
untuk mengharap dan memaafkan
lalu tersenyum memandang kehidupan
Sungguh
hati itu taman kebahagiaan
bagi jiwa yang memaafkan
Kita juga berhak
Memandang hidup ini dengan rasa permusuhan
Lalu mengurung jiwa dalam kesempitan
membebani hidup dengan dendam dan kemarahan
lalu tersungkur kekecewaan
kerana hati itu sarang kedukaan
bagi jiwa yang penuh kebencian