Friday, September 30, 2011

N A K E D

kau kita dari tanah
sekarang kenapa kau terdedah?
kenapa habis jasad mu dihidangkan pada mereka?

kau lupakah
bila sampai waktunya
diri akan berbogel mengadap Ilahi

waktu itu tiada lagi yg mampu ditutup


Thursday, September 29, 2011

L O V E

cinta, pada pencipta
sayang, pada yang membawa sembilan bulan
kasih, pada yg memarah salah silap

gadis pilihan rakan2 sekelas,
gadis olahragawati,
gadis penyanyi..seniwati

jejaka hensem bergaya
jejaka segak sasa
jejaka wang berjuta

itu bukan cinta,
bukan sayang dan
bukan kasih

hari jumaat antara hari terbaik mencari cinta


Meraung

berjuta desible sekalipun
negatif desible sekalipun
pintamu akan di dengari tuhan

kalau perlukan suara,
bagaimana si bisu mahu meminta?
isyarat badan?

nawaitu itu adalah suara kamu


Terima KetentuanNya

kalau tak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya
kalau tiada empat tiada lima
kalau tiada matahari, tak bercahaya bulan
kalau tak usaha keras manakan terima kejayaan
kalau tak dikurniakan sakit manakan dapat nikmat sihat

percaya pada qada dan qadar

'kalau' itu indah


Tuesday, September 27, 2011

bersalji di bukit beruang

bila terik mentari
kita sering sakit hati
marah diri
yang buruk kita ambil peduli

bila hujan dengan sendirinya jiwa sayu
rindu,
pilu,
lalu punyai hajat mahu beradu

*kita sering mencari definisi bahagia





Saturday, September 24, 2011

Dakapan Dunia

setiap celik mata
setiap mula hari baru
manusia akan berfikir
mencari hala tuju hidup
mencari hala langkah

untuk setiap kalinya
kita TERLUPA tujuan sebenar


Thursday, September 22, 2011

tiada tajuk

senja..sinar dari horizon
malam, mata pejam..
hayati irama radio (yg kekadang ada ganda 23 itu..)
*kwn yg pasang..dengar jela

garisan nyawa..
kegembiraan bikin kita lupa yg bila2 kita boleh jatuh..

berpada
kehidupan buatkan memori hilang terlalu muda,
bahasa terukir, terindah akan terus straight ke hati,
tak perlu tekan butang 'R' untuk sari kata
tak perlu google translate

mahukan sedang2, suam..
satukan hangat dan dingin,
tinggalkan loba dan ingin,
hancurkan kehendak seperti lilin

maka dapat kerjamu yg licin


Jigsaw Puzzle

just think about it


punyai berjuta-juta kepingan kecil
tiada tahu jumlah sebenar
kita menyusun satu persatu

bila tersilap kombinasinya
kepala kan berpinar
tersalah? kita mampu betulkannya

setiap satunya saling melengkapi

kau akan percaya tiada apa yg salah sehinggalah kau menangis
kau akan percaya bahawa hidup ini lama bila sampai saat kau nazak




Tuesday, September 20, 2011

Indah

cantik tu, sesuai dengan apa saja sepatu yg dipakainya
cantik itu, bila merantau serata semesta, dia kan rindu pada saya
cantik itu dia kan genggam aku erat saat aku hampir berkecai
cantik itu, dia akan kuatkan hati dan iman aku

cantik itu banyak
cantik itu subjektif


Oyasuminasai!

setiap malam yg gelap kelam
minda yg mahu pejam
sering kaku terdiam
jauh menjangkau kisah silam
sambil harapkan yg indah semalam
tidak terpadam


Friday, September 16, 2011

Melengkapi

tiada 2 puloh 4, tiada 25
tiada bintang, tiada indah malam
tiada Hawa, tak lengkap rusuk kiri Adam
tiada telinga, tiada irama merdu

kalau tidak kerana semalam kita berusaha,
bersabar dan berdoa,
belum tentu hari ini kita berada di sini


kita semua saling memerlukan

kesempurnaan dan kebahagiaan itu bukan untuk dimiliki..
hanya utk dicari..mungkin?


Tentang bersyukur

tak mampu makan nasi
tak mampu makan ais krim
tak mampu kena sinaran mentari
tak mampu terjatuh atas bumi

What it's feel like to be a ghost?



Kau = Aku

kau akan lelah
bila sampai saat kau lemah
maka hatimu akan marah
wajah dan juga hatimu kan merah
kau kan mula meninjau salah
kau menolak pasrah
Jangan kau lupa pada Allah




Thursday, September 15, 2011

Rupa

dalam lamunan
aku mencari wajah sang bayu
yang sering mendiginkan aku
yang menyamankan peluhku
yang mengeringkan kain basahku

dalam termenung
aku mencari wajah sinaran cahaya
yang suamkan dinginku
yang peluhkan pagiku
yang mengeringkan embun pagi

wajah2 itu sering membahagiakan

aku juga mencari wajah embun dan hujan



Wednesday, September 14, 2011

Moga Kuat

saat kau menempuh cerucuk duri
saat kau merentasi laut cina selatan
terbang tinggi di awan
kau dalam perjalan berjuang..
jika tamat hayat kau, kau akan syahid

bersabarlah dalam ujian itu
teguhkan tapak dirimu
aku kan sentiasa mendoakan
ketabahan menggunung utk kau

saat kita susah, ada yg lebih susah

kita takkan tahu betapa kuatnya kita sehingga hanya menjadi kuat adalah pilihan yang kita ada



Tuesday, September 13, 2011

N A F S U

Pahala dan Dosa
Allah sediakan percuma

sifat kita mahu semua
kita sering kejar dunia

mahu beli satu semesta

kita punya akal fikirkannya
kita sering tewas kepadanya


Memburu Awan

selepas waktu dhuha
pancaran ultra akan melekit
perit memekik
tisu-tisu kulit akan sakit

saat itu kita akan harapkan kapas-kapas terapung
untuk hadir

kerana kita sentiasa berdoa


Monday, September 12, 2011

kenangan

berenang dalam awan memori
merentasi bima sakti
dalam memelihara perisai hati
untuk teguh berdiri

aku sentiasa di sini
meniti hari-hari
saat2 yg memeluk diri
suatu yg indah yg tak pernah pergi

selepas senja pergi
selepas bintang hadirkan diri
akan tiba waktu pagi

oyasuminasai


Sunday, September 11, 2011

Tentang Esok

tiap hari yg kabur
aku melakar perancangan yang melebur
kerana ku sendiri yg terabur

jika harapan itu sedia hancur
aku harus sedia bertempur
mahukan jiwa sendiri berhibur

tersesat teruk di hutan lipur
jangan berhenti bertafakur
ketentuan Ilahi ku harus akur


Saturday, September 10, 2011

Aku rasa

jika manusia di dalam mentari
mungkin tiada yang malap

jika manusia di dalam bintang-bintang
cerahlah kelam malam kita semua

jika dan hanya jika


Friday, September 9, 2011

Pemilik segalanya

Dia..

bisa membinasakan sekelip nafas
mampu menghalimunankan yg zahir
mematikan yg hidup, juga mampu menghidupkan yg mati

kita bicara kenal Dia
kita takut pada Dia
tapi kita sering ingkar perintahnya

keagunganNya kita sedia akui
tetapi kita sering bersembunyi
menidakkan apa yg terbukti

kerana kita..

bukan maha melihat
bukan maha mengetahui
bukan maha segala
Dia lah yg terpaling Agung

dunia fana yg bersalut dgn dosa
mati sedia menanti
jujurlah dalam hidup ini

moga kita semua
jaga hati, jaga iman

doakan utk saya ya?


Thursday, September 8, 2011

klasifikasi

fairy
angel
angelus
pari-pari
bidadari
peter pan

apakah sama? mana diorg tinggal?
mana diorg rehat? atau tak tahu erti penat?
atau ianya wujud dgn minda kita?
kepercayaan? pengertian?


Wednesday, September 7, 2011

new Chapter

aku rasa
ayah dan bonda patut sorok aku
sembunyikan aku dari dunia
hilangkan aku dari mencari cinta lain

kerana mahukan aku berdikari
aku jatuh cinta pada suatu
yg tak selayaknya utk aku

aku cintai dunia
aku cintai dia

sudahla zina hati ini
moga celik esok
aku kembali mencari impian lama
moga terbit mentari esok
harapanku pada awak,
tersimpan sehingga sempurna

mulai saat ini,
hati aku akan pergi
hati yg terpalit dgn kekotoran kerana mahukan pasir mutiara
moga tanah kotor ini bersih

andai esk tidak wujud..
begitulah tamatnya episod pendek dari cerita ini
cerita yg tidak diketahui penghujungnya
directornya yg maha agung..pengarah terhebat
Allah yg maha besar

awak! teruskan kuat ya?
sehingga berjumpa lagi



2 mata,2 telinga,2 kaki
tapi hati cuma satu
untuk mencari yg satu lagi?

Tuesday, September 6, 2011

Sayonara Ipoh, Yokoso dream

jika esok saya kembali jadi tanah
sudikah awak jadi bunga?
hiasi dadaku?

dalam mengejar awak
saya pudarkan cita2

dalam memiliki awak secara halal
saya ketepikan keinginan lama

ntah awak untuk saya atau tidak kan?

saya pulang dulu mengejar impian
yg terlakar sebelum hadir awak

*mungkin saya tamak, impiannya bukan satu

kita bisa berusaha merealisasikan mimpi
bukan hanya ada di dalam tidur

biar rapuhnya harapan
bukan org lain tentukan
moga setiapnya
akan terlaksana


Kerana perbualan tidak di jawab, aku coretkan disini

Salam Sejahtera

di antara pencakar2 langit
bagiku kau yg tertinggi
diantara ribuan permata
bagiku kau biasa2 saja

diantara infinity jumlah pilihan
kau tersenarai..paling tinggi,pertama
diantara kaum adam untukmu
apa ada aku dalam pilihan kau?

salam dari ku pada kau
kali ini, aku mahu pergi lagi
disaat kau bersedih
disaat kau paling memerlukan

serulah aku, kau tahu caranya

biar berjuta mendekati mu
kau tahu yg terbaik untuk kau
hasrat ini..
biar aku pergi, bawanya menjauh

aku tak mahu hanya singgah
kerana keluarga besar kau
bikin aku cemburu
cemburu pada kebahagiaan itu

tak tipu, aku juga cemburu pada insan2 yg mendekati mu



memburu

setiap hari
setiap waktu
kita sering berlagu rindu
membuang pilu

tetapi kita berbeza dengan belangkas
kita bisa jemu
kita bisa tepu

dalam usaha mempertahankan hubungan persahabatan itu
kita perlukan ruang
kita perlu berpisah
tetapi kita jangan pecah

percaya pada tali yg bernama persahabatan


Monday, September 5, 2011

Pertanyaan dan persoalan

seorang ramai insan
hatinya bercabang beribu
calon anugerah pingat kedurjanaan
bakal dengar hilai syaitan yg direjam
meraikan kejayaan
seperti kebiasaan, bakal terlepas dari undang2
ciptaan manusia
salah siapa?

seorang hamba Allah
penuh dengan kePasrahan
tiada ragu
destinasinya Fisabilillah
tergari dengan kehidupan yang parah
juga berdiri di bawah keluhuran dan titah
undang2

seorang manusia..
tersepit dadanya
menjinjit komputer lipatnya
portable hard disknya
mereka gelarnya keparat koprat
dia sentiasa di mana-mana ( aplikasi smartphone)
dia..juga tertakluk pada undang2

di zaman ini
kita manusia sering memilih
komputer sebagai hakim
peguamnya blogger penulis bebas
komunikasinya tampa sempadan
mencari dengan jari
hang Tuah pasti berasa aneh dengan bumi bertuah ini

lalu seorang hamba bertanya
di antara
si durjana
si pasrah
encik koprat
komputer,smart phone
penulis bebas
Siapa yg bersalah?

Sunday, September 4, 2011

saat penghujung

saat sesuatu itu pelik
rasanya pahit
sesuatu bernama hati akan pilu
lalu pergi bawa hasrat menjauh
jiwa akan terus merasa sunyi
teruslah mencari cinta Ilahi

'percutian' singkat ini ku terasa lewat..lama
masa takkan pernah cukup
kerana aku sering gagal merancang
manakan mampu membeli mutiara
kerana aku juga mencari permata

keliru tentang rasa hati, apa mahuku?
dia sering singgah
pintu sering terbuka
dia masuk atau tidak?
Wallahualam

polaroid? SLR? instax?

saya mencari camera yg boleh tangkap gambar tentang perasaan

Saturday, September 3, 2011

twonight?tonight

malam ini
aku rasa aku rindu
sesuatu yg rasanya tak sepatutnya utk aku

malam ini
aku mengidam
makan sesuatu yg tak pernah makan

malam ini
aku cipta
pelbagai cita-cita
wajarkah?

malam ini
aku berlagu
irama dalam laut si penyu

malam ini, dia disana, aku disini
tetap disini

tetiba aku buta
mungkin kerana aku pejam
semuanya berlaku malam ini


detik

sebulan ini
aku byk menjarah memori
melangkau sejarah
sambil mengintai menjengah masa hadapan

Friday, September 2, 2011

Thursday, September 1, 2011

kita bercakap dalam bunyi yg berbeza
mungkin kerana itu ceritanya tak sampai
mesejnya sentiasa ada
awak akan kata saya tak pernah beri tahu

jika kisah tentang cerita itu disampaikan
belum tentu awak sudi menerimanya
kerana kisah manusia ketentuan Ilahi
tak 100% akan mengikut acuan kemahuan awak kita

kita sering terperangkap
terjerat dalam bulatan tentang suatu baharu
manusia kita tak pernah rasa cukup apa ada
jika mampu ubah, jiwa pun mahu dimodifikasi

rahsia yg dicuri tersimpan jauh di dalam sana
Nada yg berirama berdetik jauh dari masa
dari masa ke masa kita sering buang masa
kerana kita suka berbicara dengan hati

keluhuran jiwa, kekuatan iman yg sempurna
awak tahu tahapnya?
tanah yg kotor takkan sesuai untuk pasir mutiara
tapi x mustahil mampu disatukan
kerana pelangi pun bisa jadi 12 warna

sesuatu yg bernama fikiran dan hati..
ia sangat halus,juga halimunan
yg terlihat dizahir, hanya mampu ditafsir di agak
kerana itu kita sering berharap

berharap
moga suatu masa semuanya baik untuk kita
moga suatu masa jiwa kita semua bergembira
moga suatu masa kita bersama

awak sering buat saya rasa gentar
takut kehilangan awak
mungkin awak sering lihat kekotoran pada tanah ini
atau mungkin tanah ini ternampak umpama lumpur di mata awak kan?


- istana bonda, 4 syawal 2011

bila cahaya sibuk dalam menerangi alam
tanah hanya mampu menongkat dagu
bila cahaya gembira terangkan kelam
tanah hanya mampu berlagu

-pohon ampun salah silap