Thursday, March 31, 2011

Tangisan di syurga


ini bukan Sami Yusof yg awak suka
dia bukan Maher Zain yg ramai org suka
Mereka bukan Raihan seperti yg fahmi dgr


agak2 awak kenal lagi x fahmi bila di sana nanti?
ntah2 x jumpa pun kan?
ya Allah..layakkah aku?
~aku tanah kotor~

Wednesday, March 30, 2011

Perjalanan Terakhir

dari hamshira..versi fahmi

pernah terlintas x..majlis pengebumian kita?
bagaiman bayu ketika itu?
adakah air mencurah dari angkasa?
langitnya..cerah? warna biru? hijau? ungu?
atau pudar malap?

hamshira membuatkan fahmi tertanya pada diri sendiri juga

dimana nyawa saya akan diambil dari jasad ini?
dimana saya akan di kafankan?
siapa yg akan mengkafankan fahmi?
siapa yg akan memandikan fahmi?
dimana tempat persemadian fahmi?

mcm mana keadaan ketika nyawa itu diambil?
mudahkah? tenangkah?
siapa yg ada bersama fahmi di saat itu?
takutnya.. :(
mak ngan ayah kat Ipoh..
sini...ada laptop compaq, shizuka, hnset..
agak2 kawan2 ni ada bersama x ye?

siapa yg baca talqin?
siapa yg hadir bersama bacakannya?
ada x yg tlg fahmi mengucap?
siapa imam solat jenazah fahmi?
siapa makmumnya?

rasanya...hurm..rasanya la..xde kot org akan menangis utk fahmi..
mcm ayah menangis masa atuk Sulaiman pergi dulu..
atuk yg tepuk belakang fahmi sampai fahmi nangis kepedihan..
seronok atuk Perak score..masa tu lawan Terengganu kot?
Al-Fatihah utk atuk..Sulaiman b Salim

bila sampai waktunya? 2.11 pagi? sebelum subuh? selepas subuh?

kan bagus kalau fahmi sentiasa ingat tentang ini..
kan mudah kalau hati,perasaan,ingatan, akal..
mudah nk set mcm set alarm dan reminder dlm handset?
Manusia..x pernah bersyukur dgn apa yg ada..haih..

bagaimana rupa kubur fahmi ye?
yg pasti ia akan hadir..

mintak mudah dan baik2..
xmau tsunami, xmau gempa bumi, xmau ribut, x mau buruk2
kalau boleh biar mak dan ayah ada bersama..jgn bg mereka pergi dulu ya Allah
Fahmi nk bantu mereka..
Fahmi nak balas jasa mereka ya Allah

Tempat kesudahan yg baik, Siapakah yg mendapatkan dan siapakah yg menyaksikan

Fahmi mintak maaf ya pada kalian semua?
Angah abg mintak maaf ye buat ang sakit ati semua dulu
*teringat ang kejar abang dengan parang dulu
Alang..abang mintak maaf..abang x pandai jadi abang yg baik untuk ang..
kalau boleh naik la bilik atas..kita duk satu bilik..mcm dulu2
biar bilik bawah tu mak letak mesin jahit dia
Awanis..jaga diri baik2 tau..ang tu perempuan..
dgr cakap mak tu..jgn melawan

tengokkan2 ikan dalam aquarium tu..jgn lupa bagi makan
Shizuka abang tu..ikut la..kome nak pakai ke..
nk masuk muzium ke..hehe

Ya Allah..janganlah ambil nyawaku ketika aku masih ada hutang di dunia ini
:(

Monday, March 28, 2011

ibu!!

kisah penderaan dan kebebasan?


(dia merenung bulan)

nama drama ni mother..
mana nk download..tlg please..nk tgk
xde pun kat youtube :(

antara scene yg mengamit hati mahu menonton drama ini

Saturday, March 26, 2011

moga tidak menjadi debu

Andai engkau telah sampai ke peluh yang terakhir.
Lengkapilah titisan-titisan peluh itu dengan tawakkal dan harapan.

Andai di hujung jalanmu adalah kekecewaan.
Ketahuilah bahawa setiap peluh yang terhasil tidak sia-sia.
Andai tulus niat di permulaan.

Andai esok engkau di takdirkan gagal.
Teruskanlah usahamu pada hari lusa dan seterusnya.

Andai kata engkau merasakan putus asa.
Sedarlah semula bahawa DIA sentiasa ada.

Andai dihujung jalanmu adalah kegembiraan.Ketahuilah bahawa ia bukan dari peluh-peluh mu itu.Tapi dari rahmat dan kasih sayang NYA.Andai esok engkau ditakdirkan berjaya.Jangan engkau lupa jasa mereka yang membantumu.Moga segala yang engkau korbankan disimpul bersama ikhlas.Kerana tanpa simpulan ikhlas usahamu bak debu.Moga segala keputusan dapat diterima dengan simpulan redha.Kerana simpulan redha adalah tanda keimananmu.


di dalam bilik yg penuh dgn kekosongan
tika ultra meningkatkan suhunya
aku kehilangan mukasurat
buku tentang dunia itu

mereka semua tahu
hanya aku tidak tahu
cerita ttg itu dan ini
kerana pandanganku kabur

kata2 org lemah agama..
merenung pada yg telah hilang
mencari penyebabnya
tiada yg pasti
hanya lubang
untuk hidup tampa nyawa?
dan tiada yg dipelajari
-----------------------------------

dalam bentuk pelbagai saiz
lalu dibelakang mataku
Pintu di dalam kepala ku
tersisip rapi
setiap titisan api itu
telah menyalakan lilin
ingatan pada Ilahi
aku ingat kekalkan


rindukan waktu yg tlah berlalu
rindukan saat yg telah pergi

hidup ini lebih daripada luarbiasa

dan aku terus membaca..sehingga ke hujung hari
duduk di dalam penyesalan

life is a lesson
u learned it when u do it

benak kalut hati risau

rasa ini..sangat pelik
kamu tahu apa rasa itu?
kamu tahu apa rasanya?

suka?
kagum?
sayang?
cinta?

aku amat mencemburinya ya Allah
aku mahu sepertinya ya Allah

tenangnya dia..
gembiranya dia..
bahagianya dia

rasa itu hadir tampa di duga,
tiada isyarat kehadirannya
saat ia hadir tidak sesekali terasa mahu mengetuk pintu
dan memberi salam..
sedar2 sudah masuk ke dalam hati ini..

apakah rasa itu benar ya Allah
bagaimana jika rasa itu salah?
apakah rasa itu memang salah?

sebahagian hati ini ingin sekali merakannya
sebahagian lagi melarang itu menghampiri dan merasakannya

hadirnya mewarnai dinding2 hati yg buruk ini..
maaf memang mudah kan?
ambil satu tiang..setiap kali kamu buat salah, buat org sakit hati..
kamu pakukan pada tiang itu..
kemudian mohon maaf..setelah dimaafkan cabut paku itu..
mudahkan? tapi cuba kamu lihat rupa tiang itu?
adakah masih indah? sompek sana-sini

begitulah hati..jgn bisa dilukai..
tapi yg boleh dilakukan?
MAAFKAN AKU.. :(

~tentang rasa dan salah diri~

aku hanya tanah kotor

Friday, March 25, 2011

Syurga hijauku..

Dua sisi itu akan terpiuh dan berlanggar
aku hadir..
kadang-kadang ia hanya merasa lebih baik untuk beralah


Semuanya terlalu "familiar"
dan itu terjadi setiap saat
Semuanya mulai tersusun
Sakit hati menjadi lebih halus, 

potongan-potongan kecil 
yang menghindari jenayah  mengerikan itu
Tapi aku.. tidak dapat menafikannya

kehangatan yg membosankan itu

terbit dari helaian yg memilukan
Aku penyabar? tapi juga cemburu orgnya




Aku hanya meminta kau untuk mendengar 

mendegar isi hati melalui tulisan ini..
untuk satu kali sahaja.. hanya mendengar 


Lebih dari apapun yang kau ingin ia menjadi benar
hanya kau satu-satunya..

insan yg aku tidak dpt menolak



Thursday, March 24, 2011

cantik


walaupun tidak purnama penuh..
ianya indah!!

putih bersih!! besar pulak tu :)

mcm mana nk lukis bulan di malam hari ye?
susah la.. :(

Tuesday, March 22, 2011

antara mahu dengan tidak


ais yg keras mampu berubah menjadi air yg lembut
tanah yg keras berupaya menjadi lembut,pasir,selut?

kita bisa berubah kan?

*awak suka nama umar kan?

kehadapan mak yg tercinta

"mak..mak rasa mcm mana rupa suri rumah abang nanti?
atau abang x kan sempat punyai suri rumah?

mak rasa abang ni sedia x lagi utk memiliki suri rumah?
ada ke yg layak utk abg kat luar sana?"

isi hati yg sunyi

Monday, March 21, 2011

hidup ini sementara cuma

dunia kejam ke?
bila x semua yg kita harapkan menjadi
x semua yg kita impikan kita miliki

wahai kau yg berjiwa lemah
hidup ini hanya ujian

Al Baqarah: 216
"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

how i wonder what u are


impikan bulan
terjatuh di bintang

*nk sayap..nk pergi bintang...please...

Sunday, March 20, 2011

kualiti bunyinya kurang..kualiti liriknya bagus :D



apapun yang terjadi,
berjuanglah untuk dirimu sendiri
bukan hanya percaya
namun bertindak dan berubahlah yang wujudkan semua
bukan orang lain lah yang mampu tapi kau lah yang menentukan nasibmu
karena kau adalah pemenang yang tak hidup dalam sekedar kata yah sudahlah
tapi yah lanjutkanlah cobaan untuk hidup yang lebih baik
everiting is gonna be allright if you can change the life

Saturday, March 19, 2011

Surat dari hati tentang Cinta

Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang
menyelimuti tujuh lapisan langit dan bumi
salam sejahtera kepada mereka2 yg aku kasihi
moga mewangi di pangkuan sang penyejuk alam baginda Nabi Ilahi


Illahi..

pencipta kata
pencipta rasa

pencipta cinta
pencipta cita

aku tidak berupaya di depan takdir kekuasaaanMu
aku kerdil di hadapan keMahabesaranMu
saksikan kesilapan dosaku dan hanya Engkau yg Maha suci
Rahmat maghrifah dan redhaMu yg aku rindu



Illahi..


Dengan rahmatMu
Izinkan aku mencium wangiMu
moga mewangi seluruh gelora pesona jiwa hambaMu ini


untuk saudara-saudara ku seiman, seakidah
banarkan aku bau wangiMu
untuk seluruh hambaMu
yang merasai cinta keranaMu

Illahi..

dalam seharum wangimu
Izinkankan aku mengadu 99 lapis hatiku

Illahi...

sejak ku kenal "ba" dalam basmalahMu
telah terkunci hatiku kecuali untukMu
telah ku pahat pada dinding2 nya
hanya Engkau yang berhak membuka pintu2 hatiku


saksikan kata-kata hati ku
saat ini..
tiada kata
tiada daya
tiada cinta
tiada cita
melainkan untuk Illahi Rabbi azza wa jalla
sudah pasti jiwa aku kembali kepadaNya

Illahi..

Izinkan aku merayu cintaMu
hingga saat dan tika ini
aku belum dapat memberi cinta kecuali untukMu,
Tidak pernah menerima cinta
melainkan dariMu,
Aku tidak pernah berkongsi kasih
kecuali untukMu

untuk kali ini...
kau letakkan kasih dalam hatiku dan hatinya..
kau satukan hati kami..
setelah segala fitnah dan ujian yang tidak putus2..
akhirnya dengan izin kasihMu.
kuserah ketaatan buat insan yang akan bergelar Isteri
Pelengkap,penyeri, kawan karib, pendegar yg setia...
aku Imam..
kau makmumnya..
izinkan aku mencintai dia tidak melebihi cinta padaMU...!!!

PERSOALAN

apa itu bahagia?
apa itu cinta?
apa itu gembira?


SUCI DALAM DEBU

Engkau bagai air yg jernih...
di dalam bekas yg berdebu..

"adik ni la lagu abg nyanyi masa kecik dulu,
masa baru pandai bercakap.."

yeke mak? bukan mengaji kan? hehe

Backpackers

KIN YOUBI

dari bumi hang tuah..
ku redah salji..
salji hadir dari pedas-linggi
sehingga ke senawang

ku tinggalkan CBR di Seremban
meneruskan langkah ke situ
berdiri sambil bergerak..sehingga ke KL Sentral
melangkah kaki ke Bangsar..tempat asing bagiku
mencari tempat itu

Ada Apa Dengan Cinta

tiba awal..berkenalan dgn Abu Abbas
nampak Hamshira
kelihatan akak Fynn
aku tegur vovin

mereka semua, yg aku hanya lihat melalui kaca
melalui tulisan
menarik perbicaraan itu..
masing2 dgn cara, input masing2

aku suka komuniti itu
malam itu aku ke alam mimpi di Selayang..
___________________________________________________________

DO YOUBI

menggunakan kereta berapi sepantas 149km/h
ku pulang ke kampung halaman
disambut ayah..
mak buat sup tulang..
adik buat coklat yg sgt2 sedap tu

"mak, kak zana nk kek coklat mcm aritu..nk dua"

pesanan orang Taiping dari Seremban

sesudah Maghrib Ipoh dilanda Salji..
aku mahu hantar tudung bulan
tapi...

malam ni..sinaran bulan yg hampir dgn bumi ini..
diliputi kabus..


______________________________________

Nichi Youbi, watashi wa Marakka ni modorimasu

Sayounara Ipoh

Thursday, March 17, 2011

Kau iLhamku

Berjuta bintang..malam ini halimunan
sembunyi mungkin,
Malam kelam..hati yg suram
Bulan hampir mengambang
cahayanya suram atau sinarnya aku x nampak?
seperti kata man bai
"Pudar ilhamku tanpa arah"


mimpi aku ada dia
jaga ku teringat dia
berjalan ada imej dia
makan aku nampak dia


kemaruk agaknya?


seperti kata man bai
Sedetik wajah dia muncul
Dalam diam...
ada kerdipan bersama sinar
Itulah bintang itulah rembulan


"Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
 Izinkan ku mencuri khayalan denganmu"
 
Maafkanlah 
 Andai tulisan di sini
 Bicara di sini Mengganggu ruangan hidupmu


私を許して

jika hadirku, coretanku 
menganggu hidupmu yg indah itu


Kau senyumlah 
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...



Wednesday, March 16, 2011

LADIES

    • Wanita adalah sebaik-baik Keindahan Dunia.Tidak ada yang lebih berharga di dunia ini selain seorang wanita
    • Air Mata Wanita Lebih Dahsyat Dari Undang Undang.Titah Raja sekalipun mampu Dilakukannya Oleh air mata wanita
    • Biadari Syurga kalah Cantik dengan Wanita Dunia.Wanita solehah di dunia lebih mulia dari bidadari di syurga
    • Kecerdasan Wanita Lebih Hebat dari laki-laki.Wanita mampu berfikir bermacam-macam dalam satu waktu,sementara lelaki tidak mampu.
    • Semua orang tahu Wanita,Tetapi Tidak Semua Mengerti Wanita.
    • Cinta,Doa dan Pengorbanan Wanita.Dia menjadi makhluk sempurna setelah menjadi Ibu.Dan doanya dikabulkan Tuhan.
    • Kekuatan Wanita.Dia diciptakan oleh Tuhan dengan fizik yang lemah gemulai,tetapi kekuatan laki-laki mampu dihancurkan berkeping keping olehnya.
    • wanita diciptakan dari tulang rusuk.wanita pertama adalah Hawa.dia diciptakan tidak sama seperti Adam diciptakan.mengapa tidak dicipta dari tanah?mengapa tidak dicipta dari kepala adam?mengapa tidak dicipta dari kaki adam?mengapa tidak dicipta dari tangan adam?tetapi mengapa diciptakan dari tulang rusuk adam?
    • Keinginannya.Laki-laki mampu menebak apa yang menjadi keinginannya.wanita tidak mampu dimintai sesuatu kecuali telah terpenuhi keinginannya.
    • Akalnya sangat hebat.Penelitian menunjukkan bahawa wanita lebih cedar daripada laki-laki?lalu apa ketidaksamaan dengan laki-laki?wanita lebih pintar,hanya sayang dia berfikir dengan perasaannya.


Tuesday, March 15, 2011

khayalan dan mimpi

siapa dia?
dia bernama x?
dia pembawa kegembiraan..

sepanjang perjalanan bersamanya..
terpahat imiginasi indah
khayalan cantik

aku terluka?
ada yg bicara?
aku bersama bayang2ku

siulan hujan
terikan guruh
jeritan hati

dimata hatimu?
hatiku tetap disini..
belum jumpa kuncinya
awak ada kunci?


malam tadi..aku beradu..
aku tidur..berjumpa dia dan dia
mimpi itu menghilangkan resahku
kenapa ada dia dan dia?
kenapa dua? tidak satu?

aku telah jauh larut..
sebati dgn khayalan
ditambah perisa impian setinggi angkasa

saat itu..aku hadir..
kita bersama dgn mereka..
kau beri senyuman padaku

'hati rasa tidak menentu..kisah hanya kau dan aku'

kini aku hampa..

aku orang kecil



bayang-bayang, dikejar penat...
jika dibiarkan pasti ikut mengiringi kita sehingga akhirnya..
begitu juga dengan dunia....
dikejar pasti kelelahan..
biarkanlah ia...
pasti akan ada untuk kita walau hanya sekadar sesuap makan....
 

biar air mata menitis untuk yg esa bukan untuk hambanya

Kau Pergi?

Malam bakal mengundang tiba
Meninggalkan siang
Phobos dan deimos bakal terbit
Mampu di lihat dari marikh
Dari hujung cahaya
Apa ada lagi pada sentuhan
Apa perlu aku lakukan

ketika masih ada sinaran mentari
Selagi pantai hatiku masih bergelora
Selagi itulah laut kasihku belum kematian deru
Aku tak akan gentar
Kemungkinan yang datang
Kerana masih ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan..


Doaku dilewat Zuhur ini
Seandainya Ilahi lebih menyayangimu
Seandainya Ilahi lebih menyayangiku 
Sekiranya kau hilang dari pandanganku
Sekirang aku halimunan di matamu  
Akan ku abadikan cerita ini
Walau tak mungkin bersua lagi

Hadirlah kekasih dalam mimpiku
O genki desuka?khabarkan padaku
Agar ku tahu
Semalam adalah malam terakhir
Aku bersamamu
Kali terakhir kita berbicara
Berbicara tentang manisnya pertemuan
Tentang pahitnya perpisahan
Tentang pilunya perasaan
Tentang kehidupan
Tentang kematian

Tika saat dan waktu ini  
Aku menghitung setiap hari yang berlalu
Aku kira setiap waktu yang berdetik
Tuhanku,
Aku begitu menyayanginya
Setulus hati dan jiwa ini
Kelibatnya menyilau tiap saat hayalku
Dapat ku rasa akan getarnya
'Saat ku akan kehilangan dirimu'
Buat selamanya..




Monday, March 14, 2011

:D


serius jeles tgk gambar ni 
:">

aku, eh kami tewas


ketika berdoa, aku dongak kelangit..
bulan separa purnama

doakan utk kemenangan
kemenangan hanya dikecapi untuk separuh masa pertama

Alhamdulillah..

akak dan adik


gambar 2 beradik berbaju putih
gambar bersama di tepi pantai..
kebahagian mereka

aku cemburu
-aku tanah kotor-

Saturday, March 12, 2011

waktu

masa..
tiap2 hari manusia kejar masa
masa memang cukup cepat
begitu pantas..
perkara yg kita rasa baru je bermula..
sedar x sedar..sudah di garisan penamat..

ianya berbeza jika kita sednag menunggu..
pergerakkannya umpama kura2 atau siput
masa yg pantas, lekas, deras..
akan lembap, suram, kusam..
ianya lebih rumit pabila kita
x tahu apa yg kita tunggu

cerita kita semua sama x?
semua org separuh jalan x?

hurm..dalam dunia ni..mana ada benda yg kekal kan?
setinggi langit mana pun kita syg..xkan dtg balik..
kalau hilang..hilanglah..
sama juga dgn masa kan?

sebenarnya..
kita yg selalu tunggu masa..masa ada tunggu kita?
secara constant..masa itu bergerak,berdetik,berputar..
tika dan saat kita menunggu..diri xkan sedar yg masa telah meninggalkan kita
diuar kesedaran kita..masa telah merubah..
apa yg ada pada tangan ini, di fikiran, di HATI kita..

barang yg hilang..akan ada gantinya?
mata yg pejam akan terbuka?
luka yg berdarah akan berparut?

sesampai masanya...
yg berakhir, akan bermula

amarah hati keliru

bagaimana mahu menentukan yg mana yg benar?
pabila awan guling mengaburi mindaku
aku x mampu menang setiap petempuran kau
aku juga x mampu memenangi peperangan sendiri


kau pula tidak mahu mengambil kemegahan ku
bukan untuk tika dan saat ini


bagaimana kita boleh sampai ke sini?
terjatuh di bumi ini,dan bertemu disini?


hurm..rasanya aku tahu..


kebenaran itu bersembunyi dibelakang matamu
dan ia tergantung pada lidahmu
mengelegak di dalam darahku
aku rasa aku nampak





kali terakhir utk bulan

Friday, March 11, 2011

Pluto & Charon

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

(surah At-Takwir. ayat 29)


hari ini, jumaat 11 march 2011
subuh ini,salji turun..
berterusan turun sehingga solat jumaat..

hari ini awan mendung..sinaran mentari kurang teriknya..
malam ini, tiada bintang kelihatan di bukit beruang..
bulan hanya kabur kelihatan..

malam ini..bulan pergi..
seperti son goku dan bulan, aku tidak layak untuk bulan..
jika bulan bersama goku..bencana..
mungkin kerana itu..aku bukan untuk bulan

jadi aku mahu pergi..
jauh dari bumi
aku...tanah kotor..

aku malu dengan teman2...
aku malu dgn sahabat...
aku malu dgn keluarga bulan...

segala perancangan Allah memang hebat kan?

sistem suria paling jauh..
orbit paling besar..ya aku mahu pergi pluto..
hanya ke marikh utk menuntut ilmu

jadi sekarang..bulan tinggal di bumi
pantulah sinaran mentari utk malam bumi yg gelap

di pluto..hanya ada charon..
bulan disini..ntah2 ini pun bukan utk aku kan?


pluto: aku org kecil

tentang semalam

aku suka semalam
kerana tampa semalam tiada hari ini
tiada semalam..tiada kenangan hari ini
tiada semalam tiada kelmarin
pahit manis semalam..telah berlalu
pandang hari ini,esok,lusa,tulat dan seterusnya
jadikan semalam sebagai teladan

Thursday, March 10, 2011

dulu dan juga kini..akan dtg?

dahulu mencari gadis, kini mencari yg berhijab labuh
dahulu suka hitam, kini suka hijau,biru dan ungu..
dahulu minat yg ganas, kini minat yang ceria
dahulu suka heavy metal, sekarang suka akustik
dahulu mencari diri..kini masih mencari
kini, masih memilih orangnya dlm mencari si dia yg telah kehilangan
mencari pengganti? bagaimanakah rupanya bulan yg dicari?
seperti phobos,diemos untuk marikh?
seperti elara, pasiphae,sinope dan 59 lagi untuk jupiter?
adakah juga seperti titan, rhea, lapetus dan 30 lagi untuk Saturn?
begitu byk Allah ciptakan..

kenapa kau mahu bulan??


yg ini namanya Callisto

dibawa bayu



malam ini..hati ini berjalan, mengikut panduan angin, jarak perjalan?
tidak diketahui..
terasa mahu sahaja singgah di osaka..apa khabar agaknya disana ya?

di dalam perjalanan itu..baru ku sedar..
indahnya sepi itu. di setiap sudut sepi itu, mahu sahaja ku isikan
dgn bahasa imiginasi di dalam otak ni..bahasa2 indah..
aku lewat untuk berbicara tentang sesuatu kepada seseorang..
kenangan yg cantik itu..terpahat di dalam ingatan ini..
hari jumaat..awal pagi jumaat..ku tulis kisah ini..
kisah pungguk rindukan bulan?

adakah sepi itu sama dengan sunyi..

hati ini dibakar dengan unggun kayu kerinduan..
ya Allah aku rindu saat itu,aku rindu rasa itu..
aku rindukan dia..aku rindukan mak dan ayah..
aku rindukan semuanya..

di alam maya..ku tetap menunggu..

ada ke pengikut yg x nampak secara zahir ?
pengikut halimunan? fahmi amat menghargai kalian..
dari mana asalmu? Palestin?Paris? Iran? Amsterdam?
atau Jepun? hajimemashita!!
fahmi asal dari tanah :D
tanah yg kotor~


rasanya hati dah berjalan sampai ke Maldives

Wednesday, March 9, 2011

yang ketujuh

dan bila  banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta.
dan bila berlebih-lebihan suka,itulah tanda hampirkan duka.

jika kita kurang siasat,itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,dewasa nanti bapanya letih.

jangan banyak mencela orang,kerna itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,sia-sia sahajalah umur.

ketika mendengar akan khabar,menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

dengan perkataan yang lemah-lembut,lekaslah segala orang mengikut.
dari perkataan yang amat kasar,lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,tidak boleh orang berbuat onar.

Tuesday, March 8, 2011

buat rembulan

berjuta yg mengasihinya
beribu menyayanginya
beratus mendoakannya

fahmi cemburu dgn awak...
kenapa harus pergi?
dia,mereka..mencipta bahasa terindah utk awak

saya, tanah kotor, alien dari planet marikh..
juga mahukan yg terbaik utk awak

teruskan perjuanganmu tau
jangan pernah mengalah
padam maksud putus asa dalam kamus hidupmu

GAMBATTE KUDASAI!!

should i stay in my past?



sepertinya bulan telah menemui yg selayaknya utk dirinya
Alhamdulillah..

jangan bisa menyesal kerana tidak bicara tentang sesuatu itu kepadanya duhai Sinchiro san
inilah buktinya..

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik." (Qs. An Nur:26)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahniah bulan...
mengenali mu suatu yg indah bagiku..

nanti fahmi hantar tudung itu ya :)

Monday, March 7, 2011

TAHNIAH

telah datang yg menggembirakan..
kemudian hadir yg duka itu..
duka utk diri,gembira utk dia
gembira utk mereka..

hebatnya kuasa Ilahi kan?

duka utk diri
bahagia utk mereka

tapi Allah telah merancang yg terbaik utk kita kan?
bermakna..duka ini..kegembiraan sebenarnya kan?

hidup sebagaimana anda memberi erti kepadanya :D

Saturday, March 5, 2011

Friday, March 4, 2011

pertanyaan



blog fahmi ni byk bicara tentang hati je kan?
kurang sgt interaksi antara viewers yg sangat banyak nih..

hurm..teman nak tanya kome nih..
misalnya kalian terima hadiah dari seseorang

kemudian something bad happen..

korang x suka dah dgn org tu..
persoalannya..nk buat mcm dgn hadiah tu?

jika disimpan akan mengingatkan org tu
mahu dipulangkan..apa plak kata dia..

buang??

tiada tajuk

jika mampu..mahu diucapkan melalui tulisan yg indah2
tentang kagum dan gembira hati ini..
berucap tampa berbunyi
berucap menerusi papan kekunci laptop compaq ini..

yaAllah..penuhikanlah segala yg ku pinta
tulus dan penuh baraqah

apa yang mahu dibicara?

minda ini kosong..
si penyibuk antarabangsa..
malunya dengan bulan

lalu menjelajah mencari tulisan orang..
pesanan seseorang..kepada seseorang..

"sampai hari dan waktu ini..
jika susah hati, ingatlah..

zikir...
biar orang buat jahat pada kita, kita jangan buat jahat pada orang"

suka :D
*pesan nenek pada hamshira




Tuesday, March 1, 2011

tidak semestinya miliki





kenapa fahmi suka mencari?
mencari,merindui..ingin memiliki..


itu sifat semulajadi kan?


fahmi makin menjauh..
berbicara tentang hati sendiri
diri ini sudah umpama pungguk rindukan bulan..
hanya akan merindu bulan yg indah itu..
yg jauh itu..


ada apa dengan anak muda ini?
apakah sebenarnya mahuku?
semoga benar perjuanganku
semoga ikhlas amarahku

semoga syurga jualah tujuan dan tempat akhirku

yaAllah berikanlah kekuatan bagiku..


jika wanita solehah itu tidak sesuai utk tanah kotor ini..
aku redha..kuatkanlah hati dan imanku ya rabb..
jauhkanlah aku dari zina hati ya Allah


T_T




*post2 fahmi semakin personal kan?