Andai engkau telah sampai ke peluh yang terakhir.
Lengkapilah titisan-titisan peluh itu dengan tawakkal dan harapan.
Andai di hujung jalanmu adalah kekecewaan.
Ketahuilah bahawa setiap peluh yang terhasil tidak sia-sia.
Andai tulus niat di permulaan.
Andai esok engkau di takdirkan gagal.
Teruskanlah usahamu pada hari lusa dan seterusnya.
Andai kata engkau merasakan putus asa.
Sedarlah semula bahawa DIA sentiasa ada.
Andai dihujung jalanmu adalah kegembiraan.Ketahuilah bahawa ia bukan dari peluh-peluh mu itu.Tapi dari rahmat dan kasih sayang NYA.Andai esok engkau ditakdirkan berjaya.Jangan engkau lupa jasa mereka yang membantumu.Moga segala yang engkau korbankan disimpul bersama ikhlas.Kerana tanpa simpulan ikhlas usahamu bak debu.Moga segala keputusan dapat diterima dengan simpulan redha.Kerana simpulan redha adalah tanda keimananmu.
No comments:
Post a Comment