aku juga begitu
sukar mahu melelapkan mata
ianya menyakitkan bila difikirkan
Tanggapan tidak tenteram
dengan perancangan yg kita bina
peluang yg kita ambil
itu semua bukan hak awak dan bukan juga hak saya
terdapat gelombang yg mampu memecahkan kata-kata kita
kata-kata yg kita beri maksud padanya
tidak mampu melihat yg halimunan itu
kerana dunia sudah terjaga
demi seseorang bulan..tolong pejamkan matamu..
tidurlah wahai bulan..
hurm..terlalu banyak diam yg akan menyesatkan
kau hanyut? saya boleh dengar cara bernafasmu
*tapi awak lebih kuat dari saya kan?
kita tidak perlu mencari alasan
kerana dari pintu yg sama,satu persatu akan ditinggalkan..
pergi seperti hari yg sudah malam, seperti musim yg telah berubah..
penyelesaian hanya konsep seperti daun kering yg gugur dari pohon
apabila kita terjaga, kita akan temuinya..
minda kita akan bebas untuk pergi melelapkan mata..
sekurang-kurangnya kita mampu tidur kan?
dan ketahuilah jika aku tahu
semua jawapan yg aku mahu
tidak akan aku simpan daripadamu bulan
kita akan berkongsi bersama..tiada cara lain lagi :)
fahmi teringin ke jepun :D
No comments:
Post a Comment