Saturday, September 15, 2012

Masa Lalu



dulunya aku dibesarkan di kawasan kampung
rumah kayu separuh batu
rumah pagar tak siap
dikelilingi pokok buah2han

di depan kiri, ada rambutan kuning
tepi ada pokok pagar namanya, ada buah kecik2 kuning tu
di tepi kanan ada pokok rambutan biasa
di dapur ada pokok durian sama manggis
di belakang juga ada parit kecil
yg memisahkan rumah pakngah dengan rumah kami

kampung tu namanya Kg Labit Tengah
kenapa tengah? ntah..tapi kampung ni ada 4 buah rumah aje
di depan rumah pakcik Din dan isterinya Makcik Paridah (Faridah kot nama betul dia)
makcik paridah la yg membesarkan kami 4 beradik
satu lagi rumah cik Man
cikman takde anak kecil, jadi kami 3 rumahla slalu bermain bersama

main rounders ( spt baseball)
pukul bola sampai masuk kebun getah opah (belakang rumah pakngah)
anak2 makcik paridah la paling lasak antara kami ni
nak lagi si tombik tu
main peter (mcm dlm citer dodgeball tu)
aku, angah, alang, akak (suhana), angah Shabi, Alang sufri,
tombik, shahril, kak fazilah, farehah

dunia kami itu aja
bermain, mandi parit, pancing ikan, masuk hutan
indah, memang indah
bila mula sekolah, aku akan pulang ke rumah opah..
kerana petangnya mahu ke sekolah agama
Ustazah Fuziah ke namanya (sampai hati boleh lupa) (-_-')
uztaz Bakar, lagi siapa ya dua Ustazah tu? hurm..

pulang tgh hari ke sekolah agama
makan laksa guna straw, isap kuahnya dulu (pelik kan)
itu la budaya kami di sekolah agama rakyat Kg Teluk Batu Hilir
baju melayu putih bersamping hijau
waktu solat asar berebut 1st saf, sebab nk salam ustaz dulu
*boleh pulang dulu (-_-')
petang mak akan ambil pulang kerumah

kalau mak ambik lewat, bermain la pulak dgn geng2 kg teluk batu (hulu)
sama cik E(fauzi), cik G(nazri) <-- si kembar anak toklang E
main dengan pojie, konie, mariah, olind, mat hasan, mat farid

mainnya..

gasing, guli, tudung botol, batu seremban, daun terup, main pemadam
Alang sufri (alang besar), angah Shabi dan akak terus ke kg labit tengah..
Wanyah terus ambil pulang ke rumah

masa kecilnya kami 4 beradik byk habiskan masa dengan mak
kerana ayah sambung degree di UPM ( dulunya Universiti Pertanian Malaysia)
jadi kalau mak ada kursus (outstation)
tinggal lah kami dengan Opah dan Arwah atok

seronok tinggal dgn Opah
dulu tiap malam opah ajar budak2 kampung mengaji
kami pun turut serta
malamnya
kami akan tidur sekatil dengan Opah, Atuk bilik lain.
sebelum lelap mesti baca doa tidur kuat2
baca ikut Opah

bila Subuh kadang2 kami akan ke masjid
( anak kecil subuh berjemaah)

ya itu saya dulu, masa kecil
sekarangnya jarang :(

Lenggong byk tumbuhan hijau
paginya spt cameron highland, sejuk bangat
opah mesti masakkan air panas utk kami
rumah opah rumah ats, bilik ari di bawah, kena keluar dulu..
sejuk...
opah masak air guna dapur kayu
pagi akan ke sekolah naik teksi tok
sebelum masuk teksik kena ketuk kasut dulu, bagi pasir jatuh
pastu atok akan koyak kalender harian tu
*dulu tiap2 hari saya hafal tarikh, sebab tiap2 pagi tgk kalendar atok

di rumah Opahla aku belajar menggunakan pelita
study bila takde elektrik
*bukan study, buat kerja sekolah sebenarnye
pernah satu masa kami perlukan gam (glue)
opah masak gam kanji !
nanti nak tanya resepi gam tu dgn opah
dgn Opah juga la kami belajar makan nasi Planta
*sehingga sekarang itu faveret aku

Pulang sekolah naik van Pak Din, turun kat jalan luar simpang tu
jalan kaki ke rumah opah, sekitar 200 meter kot?
hari2 aku tgk basikal chopper anak Opah Kiah tu (sambil berangan dia hadiahkan kepadaku)
sampai rumah opah, mandi, makan solat, mengaji
jalan kaki kembali utk ke sekolah agama

dulu wang sakunya 5o sen je
duit tu la nk beli keropok/ aiskrim/ laksa/ bihun/air botol
*pandai2 la budjet

banyak lagi kisah2 indah di Lenggong
tempat aku dilahirkan
yg tercatat dlm surat beranak aku

crita indah masa kecil aku tamat di tahun 1997
Ayah sudah tamat Degreenya,
ayah dpt tawaran bertukar ke Ipoh
aku ingat lagi..
semasa darjah 5, aku jadi ketua kelas di kelas no 2
keputusan peperiksaan aku baik
top 10 ( tak silap)
kami bisa naik ke kelas no 1 ( clas bebudak asrama)
lagi sekali aku di calonkan ketua kelas
- aku terpaksa tolak, sebab mahu berpindah ke Ipoh



banyak lagi kisah2 indah di Lenggong
tempat aku dilahirkan
yg tercatat dlm surat beranak aku


sekitar Mac 1997 bersekolah lah aku di Ipoh
hilang semua tempat2 mandi parit
main police and thief


saat aku menulis ini,
aku sudah di Shiga, Jepun
dalam misi mencari Nobita

aku kenangkan masa kecil ku
kerana aku sudah diikat dengan ninja dari Seremban
aku fikirkan bagaimana alam anak2 nanti
mesti jelas beda ya? :)

moga keluargaku nanti bisa bersama ke Syurga



di Taman Bukit Senyum, Lenggong


- 2012 Sept 16 || Dorm Daihatu Shiga Plant || 3.25pm



1 comment:

milah said...

Kisah kisah indah di lenggong, dan ya, lenggong sekarang masih indah. =)