Subhanallah
fahamnya maha suci Allah
tatkala suatu itu ajaib
lafazkanlah
kerana ia tidak berlaku
melainkan kerana Allah
jika menjadi saksi pada yg syirik
ucapkannya
Allah Ta'ala maha suci
tiada mengena dgn perbuatan itu
“ Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan “ ~ Surah al-Hasyr : ayat 23
saksikan penggunaanya
“ Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) dari Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqsa ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat “ . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .
Israk-Mikraj peristiwa ajiab
kejadian indah
lagi luar biasa
Allah Ta'ala
Maha hebat,
Maha mendengar segala pinta
Rasul dan NabiNya
S.A.W
Sebut,lafaz,ucap subhanallah kerana ia dikenali sebagai TASBIH
No comments:
Post a Comment