Monday, May 9, 2011
Tentang Impi
Dulu dia budak lelaki
bersendirian dalam dunia kecilnya
berimpian punyai rumah kecil
rumah jepun..
pintunya gelongsor..
katilnya dalam almari
mirip katil doraemon dan nobita
juga berimpikan rumah di atas pokok
ada buaian di dahannya..
hijau..nyaman..
dia punya impian
mahu dia mampu terbang
terbang dari buaian itu
lelah dia berjalan jauh di dalam gelap
merentasi hutan tropika berpasir putih itu
dia bertanya pada Ilahi..
siapa, apa dia harus jadi
bintang2 itu senyum padanya
Allah menjawab dalam samaran
lalu dia berdoa dicerahkan laluan..
lalu dia terlelap
kini dia tua dan pudar..tiada tahu apa mahu dibicara
tentang dunia dan meninggalkannya
hidup semaksima mungkin..lalu pergi
terlalu banyak kisah yg boleh diceritakan
dia bersedia..
terbang setinggi mungkin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment