pejam..
sambil dengar irama mengusik jiwa
terbang ikut irama itu..
melayang..dgn suatu yg pernah..
sebentar lagi diri bertambah tua
O tanjō-bi omedetōgozaimasu fahmi san
ucapan hari lahir utk diri sendiri
kerana esok hanya mesin..
hanya siren
hanya warga nepal itu yg bersamaku
seperti masa dulu
seperti waktu lalu
beginilah hari lahirku
biar tak dirai..
ia dirai..bila ikut bulan Ilahi
yup..aku lahir 1 ramadhan
'susahkan mak je..hehe'
itu kata bulan..
dua puloh lima tahun
usiaku dikira waktu masihi..
aku masih begini..
mak..ayah..abang masih belum cukup berbakti
moga nanti
datang hari jasamu dihargakan
disini..
dinegeri yg dibuka parameswara
tanah pertempuran Tuah dan Jebat
bumi yg jadi saksi kedatangan kapitalis barat itu..
aku belajar berdiri..
belajar sendiri..
mengenali diri
menghargai diri
mencari ilahi
mencari cinta
mencari matlamat
mencari yg memahami fahmi ini..
apa mungkin dtg hari itu?
apa ada hari itu?
suatu masa..setiap setia itu
akan berbaloi
aku tetap disini
bersama hati ini
hingga aku mati..
bersama kek berperisa besi
bekerja sambil berdiri
irama siren itu lagu hari jadi
kerana aku sedang ber'latihan industri'
No comments:
Post a Comment