Celik mata tiap pagi
dari hari ke hari
aku masih mencari-cari
Pejam lena aku bermimpi
entah sudah berapa juta kali
aku masih belum memahami
nama sahaja fahmi
apa ada pada namaku
apa ada pada kulitku
akal dan jiwaku
minda dan hatiku
ku pohon padamu ya Allah
tunjukanlah
terangilah
kuatkanlah
hanya padamu ya Allah
mata anugerahMu ini
memandang semua hari ke hari
drama malam, juga siang hari
dunia ini
pasir ini
debu ini
bayu ini
alam semesta ni..
subhanallah..
~aku yg cuba memahami~
No comments:
Post a Comment