Tuesday, May 31, 2011

satu jun dua ribu sebelas



saat suka bibir tertawa
saat duka mata berkaca
bila kaku fikiran terpaku
bila waktu langkah satu-persatu

ada bintang semangat tidak membatu
ada ruang jati diri tidakkan hilang
biar mengesot menyusur jalan berlengkok
Jatuh tersembam, bangun..tetap tekun

Untuk masa hadapan
demi kesejahteraan
bagi kebahagiaan

Demi Allah pencipta teragung
teruslah berjuang 'Bulan'

Selamat Hari Lahir
Moga usia dilanjutkan untuk lebih berbakti pada islam
Moga rezekimu kian murah
Semoga berjaya dunia dan akhirat..insyaAllah


selamat ulang tahun kali pertama melihat sinar mentari
selamat ulang tahun kali pertama menangis
selamat ulang tahun kali pertama lihat senyuman
moga lebih membawa senyuman pada yang lain
moga diri sentiasa tersenyum

2 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

comel lah! anak sapa tu?

sinchiro said...

video tu? ntah..bisa berlagu pelbagai bahasa kn?