selepas guruh ber irama..
bersaljilah bukit beruang
entah bagaimana mahu ku mula
dengan kata-kata
dengan lukisan
dengan tulisan
kumencari ilham
mahu bermadah
yg indah2 atau yg jelas
tapi aku tidak berani
kerana
intan permata
mana mungkin ku mendekati
tanah kotor ini akan mencacatkan
rupa indah
iman dan aqidah korang
diberanikan diri..
lalu termalu sendiri
langkah itu tidak boleh kembali
telah ku ukir di kanan dan kiri bahuku
melalui Raqib dan Atib
ku hanya mampu berbicara disini..
cuma disini..
berhelai-helai surat..
warkah imiginasi tercoret
bila sampai saat..jari kaku
minda beku..
Pada Sang pembawa kegembiraan
Pada Yg hidup bahagia
Pada Kemuliaan, keutamaan, yg berkelebihan..
Pada Yg membawa Kesejahteraan
Aku kagum pada
jika diizinkan Ilahi
aku yg kotor ini
mahu jadi bersih
aku yg gelap ini
mahu jadi cerah
apa yg dimiliki
aku cemburui
jauh pandangan malam ini
bintang jupiter..venus..
sukar dilihat..kerana disini bersalji
Bulan Purnama yg membawa kegembiraan
berbahagia bersama bintang2nya
Yg Hidup Bahagia..
Yg Berkelebihan..
cuma lalu..tidak singgah..
selamat sejahtera ya?
moga dipermudahkan perjuangan kalian
aku mahu pengakhiran yg baik
apa ada yg memahami diri ini?
~ tanah kotor di Oka wa Kuma~
No comments:
Post a Comment