Diaorang masih bercerita panjang lebar
Dalam kedai kopi cybermasihbelumberjaya
bersembunyi dibelakang nama nama pena tak berdakwat
Diorang masih bercerita pasal Ingerris menjajah
pasal Melayu berdaulat
pasal May 13
pasal komunis
pasal cronies
pasal apa apa lagi dari diari semalam
yang tak bermakna pada aku yang sekarang dan aku yang esok
Diorang masih bercerita pasal semalam
Sedang kan orang orang esok mencari akar untuk berpaut
Hanyut lemas dalam sungai berarus deras ke masa depan
di buai longlai rentak ragam MTV dan Reality TV
dikhayalkan dengan VCD pornografi edisi cetakan negara sendiri
Atau buatan teman sejati(yang dibluetoothkan ke fon bimbit versi terkini)
Atau rakaman intip empat penjuru CCTV(Bila menteri nak jadi macam Ron Jeremy)
Dan orang orang esok
Terus menyumbangkan suara suara sumbang dikelab kelab karaoke GRO cun
Manahan lelah lengan lengan bengkok bersnooker
Mengisi paru paru muda yang kian semput bernafas
Dengan kepulan asap Co2 Marlboro Lights Salem Menthol Dunhill dan Lucky Strike
Menghilangkan dahaga duniawi dengan titisan Jack Daniels Bacardi & Coke dan Tequila
Dada dada muda megah mencanangkan pecapaian ekonomoney
Tekun mengiklankan Hard Rock Café Gucci dan Prada,
Nike dan AdidasSecara percuma, Secara Ikhlas
Mengigaukan syahid diatas Catwalk
Menjadi mangsa rela tembakan photoshoot
Biar papa, asalkan berglamour
Harimau mati tinggalkan belang
Ada manusia yang mati ketika tanggalkan butang
Lalu Subuh berimamkan DJ Tiesto
Dzuhur bersama 50 Cents
Asar makmum dengan David Beckham
Maghrib bersama XBox dan PS3
Isyak belajar tajwid dengan ustazah mata biru, mata hijau:
Britney, Beyonce dan Paris Hilton
Mari Mengaji:
Idghram Ma 'Ala Amerikan
Alif Mim mati diatas Am
Ta bawah TiV?
V dibawah V
Am-Ti- Vi(PS/ Jika orang orang semalam tak tahu nama nama ini, sila lah Google)
Bak kata pepatah: Kera dihutan disusukan
Anak dirumah kenyang disuap Amerika
Diorang masih lagi berpencak digelenggang kamar sepi semalam
Menjadi pahlawan dan hulubalang sambilan
Jari jemari bersilat diatas pentas papankunci
Menghunus hujah hujah tumpul didalam blog ruang ego melatah
Sedangkan sungai sungai diluar rumah mengalir lesu Sarat dengan sampah kebodohan rakyat yang tak mesra alam
Dan sampah sarap terus mengalir ke muara dan langsung ke laut
Yang kian pupus batu batu karangnya
Kian sakit ikan kekeknya
Yang kian tenat hasil tangkapan nelayannya
Dan anak anak esok mewarisi bumi yang kian gering
Merintih sedih kerana terabai
Angkara kealpaan orang orang semalam
Yang impoten menetang Yajuj Majuj Rimbunan Hijau Sdn Bhd
Merakus kayu balak hingga hutan simpan jadi padang kering
Sekering gusi orang orang semalam yang kian hilang gigi
Panglima panglima semalam berdengkur dibuai dongeng masa lalu
Air liur meleleh diatas bantal bantal busuk Melukis peta negeri yang dah tak wujud lagi
Dua tiga kucing berlari
Dua tiga kucing akan terus berlari
Zaman geo-politik kian berubah
Namun orang semalam masih belum terjaga dari igaun semalam
Yang bakal menjadi esok yang ngeri
Art FazilLondon /May 2007
No comments:
Post a Comment