Thursday, November 18, 2010
nukilan dua : tiga minit pagi
benat kalut hati risau..
hati resah beserta gundah
ketenangan dirobek
hari itu sepatutnya hari yg bahagia bagiku
kebingungan,hilang punca
beberapa tempoh kemudian..berita itu hadir
berita yg dpt kujangkakan
tetapi ku tidak dpt sebabnya
gelita mula tiba
sehingga kini,aku bersoal didalam hati,tentang itu..
aku bingung..
laman social network ciptaan mark zuckerburg
menjadi medan ku melepaskan rasa hati
rasa sedih,semua rasa yg umpama dunia sudah tidak bermakna..
pelbagai hasil seni2 emo di laman sesawang aku pamerkan di dinding..
untuk menyatakan perasaan hati..
aku lupa kepada Pencipta ku
yg Maha Agung
yg Maha Besar
hidup ini penuh dengan asakan,aku tahu tentang itu,
kadang kala mahu putus asa,kadang kala mahu berhenti..buntu
hilang pedoman..tesasar jauh dari jalanNya
disaat bendera putih hampir dikibarkan
perasaan malu itu hadir
disini aku mahu bercerita tentangnya
tentang dia
waktunya ketikanya, dalam kesempitan. segala macam perkara datang menyimbah
markah peperiksaan tidak seperti kuhajatkan,
waktu itu sangat sempit. Ianya seperti lebih mudah dengan menjerit menangis tidak mungkin..egoku sangat tinggi,termenung? amat kerap...
setiap kali perasaan itu hadir aku malu...
malu pada diri sendiri
dia menegurku..
teguran itu..membuatku tersentak..
seperti dikejutkan dari tidur yg lena dibuai..
dia mengejutkan aku..Mengubah aku!!
bukan aku berubah kerananya..aku berubah keranaNya melalui dia..
disebabkan dia
bila aku susah, aku ingat aku ada Dia. Dia dah bagi banyak kesenangan pada aku, dan pemberian itu masih berterusan..Sampai bila Dia tarik sikit, uji sikit, aku jadi malu kerana mengeluh dan merungut
dia menyedarkan aku cinta padaNya..
mengembalikan aku ke jalan yang diredhoiNya..
maafkan aku jika dia tersalah sangka..
tetapi aku belum siap..kerana itu aku diam..hanya dalam diam kupendam..
tidak mampu luahkan kepada dia..
hanya mampu berdoa kepada Dia..
kerana kesedaran yg dilakukannya
menguatkan cintaku padaNya
aku tersentuh hati pada dia
ada waktu..
aku hanya mahu laut menyapa tubuhku
ketenangan yg tidak akan terungkap kecuali dengan bahasa kalbu
kadangkala aku hanya perlu satu perkataan
HARAPAN
dan dengannya..aku bertebangan di awan
Kadangkala, Allah berikan kepada kita, apa yang kita tidak layak untuknya.
Bukan untuk kita merasa terseksa dan terpaksa. Lemah dan rasa tidak berdaya.
Tetapi Allah mahu kita naik, pada tahap yang dikehendakiNya,
sehingga layak untuk kita apa yang telah diberikanNya
di dalam hati ini,ada satu ruang lompong. tidak berisi..
semua kita merasakan kekosongannya mungkin?
ruang itu sunyi.dan kita takut dengan kesunyian itu,
akhirnya kita akan mula mencari sesuati untuk mengisinya
pelbagai kaedah digunakan..memanjat gunung,menyelam kedasar laut...
tetapi apabila menemuinya..adakah kita layak untuknya?
adakah aku layak untuknya?
Tuhan..tunjukkan pada aku..
layakkah aku memiliki hati sucinya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment