Sunday, November 14, 2010

hakikat Pencarian

mata terus memerhati setiap gerak geri insan yang lalu lalang sekitar laluan sibuk…
entah apa yang membuatkan tubuh kaku dan mata tidak berkedip…
seperti tugasan yang diberi yang tiada masa yang lebih baik untuk dihabiskan…
lelaki, perempuan, wanita, tua, muda..semua menjadi mangsa..
terpesona dengan satu lambaian seorang gadis kepada seorang jejaka di hujung sana..
muka penuh gembira seperti sudah lama tidak berjumpa…
mereka bersalaman dan ketawa gembira…
hati mula terasa sesuatu…getaran jantung semakin laju seperti mencari lubang sempit untuk bernafas,
fikiran mula berinteraksi dengan hati…
adakah itu yang aku mahu…
gembira sebagaimana orang lain…
otak ku mula membalas
adakah kamu mampu gembira sama seperti orang lain…??
atau gembira melihat orang lain/…
entah mengapa akalku menyoal sebegitu…
aku masih tidak dapat mencari diri sebenar…
masih terhuyung hayang mencari jalan…
aku memahami gerak geri insan biasa yang lain namun tidak pernah faham akan diri sendiri…
ada kebuntuan dihujung jalan sana sedangkan aku masih ditengah..namun kesitu juga langkahku berhenti…
mata terus mencari mangsa…
kaki terus mencari ruang untuk bertapak…
akhirnya berhenti…terlihat manusia yang entah dari mana tamadunnya…
aku hanya mampu gelengkan kepala…
langkah terus ke hadapan malas pandang kiri dan kanan
kaki behenti seolah ada sesuatu yang menyekat penglihatan…hanya yang terpandang sebuah masjid tersergam indah…
langkah diteruskan ke perkarangan masjid…
tubuh disucikan dengan air sembahyang…solat didirikan….
alhamdulillah…
hati mula terasa tenang…fikiranku mula mendapat rahmat…
hati mula memberitahu sesuatu…
sebenarnya apa yang dicari…itulah jalannya…jika aku mencari tuhan aku akan nampak segalanya.,…namun jika aku mencari selain daripadanya…binasa dan kecewalah jawapannya…
aku tersenyum puas seolah jawapan itu menutup segala persoalan…
mungkin benar…kepadanya kita datang dan kepadanya juga kita kembal

No comments: