Terdetik aku utk meluahkan isi hatiku tentang politik
politik di malaysia..atau lebih tepat politik melayu yg beragama islam..
penulisan ku ini di padankan dari beberapa penulisan laman internet
Politik islam-sumber wikipedia
Politik Islam (bahasa Arab: سياسي إسلامي) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam.
itulah pengertian politik islam..'pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam'
Dalil politik islam
Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :
“ | "Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) | ” |
Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda :
“ | "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)
|
Pelbagai isu yg dilempar tentang politik,masing-masing menghentam sesama mereka..apa yg aku tahu,politik di Malaysia ini acuannya dari barat (perbetulkan jika aku salah)
Acuan penjajah British, jadi aku tertanya sendiri..apa mungkinkah itu sebabnya bangsa yg memiliki tanah melayu ini suatu ketika dulu tidak mampu bersatu mentadbir sendiri disebabkan 'mereka'
Adakah ini mungkin salah satu perancangan 'mereka'?
1.Sentiasa berbicara perkara tidak baik dan mencela orang lain.
2.Bergembira apabila melihat seterunya ditimpa bala atau ujian Allah SWT.
3.Tidak bertegur dengan seterunya.
4.Berpaling dari seterunya dan menghina seteru.
5.Mengumpat dan mengata kepada seterunya serta membuka rahsia seterunya tanpa keizinan syarak.
6.Menceritakan kisah seteru dan menghina seterunya.
7.memalukan dan menyakiti seterunya.
8.Menegah dan menghalang orang lain daripada membayar hutang kepada seterunya.
Sairus Salikin.m/s : 250, jilid : 3.
Apabila berpolitik masing menyuarakan rasa hati,isi hati yg penuh amarah..
British pernah berkata mereka tidak akan memberi kemerdekaan kepada tanah melayu jika kita tidak menerima bangsa cina dan india? anda fikir mengapa di letakkan syarat begitu?
Pada fikiranku inilah sebabnya..untuk memecah belahkan bangsa melayu,memecah belahkan umat islam di tanah melayu..aku bukan bersifat perkauman..
hanya menyatakan isi hati ku tentang keadaan di tanah airku
kita diperkenalkan sistem demokrasi
menurut wikipedia
"Demokrasi adalah sistem pemerintahan dari rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat
Begitulah pemahaman paling sederhana tentang demokrasi yg diketahui hampir oleh kesemua org.."
tidak dinyatakan pun disitu tentang mengikut hukum islam,hukum yg ditetapkan Allah s.w.t
lihat? disini sudah terlihat sebabnya kita dibentuk mengikut acuan mereka
maka wujudlah UMNO yg pada asasnya membela kaum melayu..
kemudian wujud pula PAS yg lebih berlandaskan agama islam,hukum hakam Allah..
disini umat islam itu sendiri telah berpisah..tidak BERSATU..
dalam sistem demokrasi mana pihak yg mempunyai sokongan majoriti,berkuasa untuk memerintah
kemudian terbentuk lah pakatan yg dinamakan BARISAN NASIONAL.gabungan UMNO dengan pasti2 bukan islam dan bukan melayu yg lain..
Ia dibentuk untuk mendapatkan kuasa majoriti untuk memerintah
tinggalah parti yg berjuang untuk islam sebagai minority..
Demokrasi
Islam bukan demokrasi
Islam berbeda dengan demokrasi
Islam tidak boleh berdiri dengan demokrasi
Islam = Quran & Sunnah
Islam sudah tumbang disitu..disebabkan oleh penganutnya sendiri?
bila sudah bersatu dgn bangsa kafir itu..perlulah diikut kemahuan mereka..
kemahuan yg bertentangan dgn ajaran Islam..
maka urusan keduniaan yg melamapu didahulukan..
pusat2 hiburan..pelbagai perkara yg bertentangan dengan islam dibina,ditambah..
makin lama makin parah..bangsa yg beragama islam di anggap musuh kerana POLITIK
fikiran masing2 mengutamakan politik..sehingga mengaburi perintah agama Islam itu sendiri
KEDUNIAAN,KETAMAKAN..semakin menjadi-jadi
UMNO " bukan kecil anak". Semua bidang "sistem" pemerintahan berada di bawahnya Malahan media massa boleh memainkan peranan perang urat saraf (psychological warfare) dan "turning over" yang berkesan sekali. Laporan dan penyelidikan begitu teratur dan diatur. 'SHE STOOPS TO CONQUER" Kekuatan dan kelemahan PAS diketahui dengan terperinci. Kerja ini, dibuat bukan oleh seorang atau satu kumpulan sahaja. Malahan, penanam modal dari puluhan ribu ringgit sampai berbillion-billion ringgit juga memberi kata "putus" (decision) dan berhati-hati dengan "siapa" (pengganti) yang sanggup menjaga harta dan kepentingan mereka.. |
|
antara petikan penulis bebas di luar sana..
APA YANG MEREKA KATA :
Pertama, kerana UMNO sudah lemah kerana tidak dapat sokongan terbesar orang Melayu maka UMNO berikhtiar dengan cara begitu ia dapat memulihkan keadaan. Ertinya, Melayu akan melihat bahawa UMNO merupakan tempat bergantung kuasa politik ;
Kedua, dalam UMNO sendiri, selain daripada ramai yang keluar parti, terdapat pimpinan di berbagai peringkat merasa diri mereka tidak dapat mempertahankan status mereka.. Hal ini terdengar suara dan keluhan dari dalam dan luar berbagai perjumpaan. Akhbar tempatan sering memperlihatkan gejala kurang sihat tersebut ; justeru itu, mereka peluang bagi mereka sekarang ialah "kumpul wang" melalui berbagai projek lama dan baharu untuk dijual. Akibat yang akan berlaku mereka tidak peduli lagi. Dalam hutan sekarang maka mereka mahu melepas pucuk masing-masing.
Ketiga, mereka menyebut bahawa pimpinan UMNO, terutama Dr Mahathir sendiri "dikatakan" mahu mengalih perhatian rakyat daripada terlalu tertumpu pada kelemahannya, dihalakan kepada satu "pola" kepentingan rakyat Melayu iaitu dengan menghulur satu "kapsul" tenaga baharu bagi kekuatan Melayu. Akhbar utama dan media massa lain memainkan peranan tersebut. Kadang-kadang "berita"nya sudah seperti iklan penjual ubat.
Andaian tersebut di atas (faktor) ketiga ini sering bermain di kepala pengamat dan pemantau politik kerana suasana politik sekarang "mencurigakan". Sebenarnya, "kumpulan orang " tertentu memegang media massa ini berkuasa. Pengalihan pandangan {fokus} rakyat boleh dibuat oleh media massa dengan berbagai laporan "perisitiwa" Ada yang bersifat gempar dan hebuh dengan usnur "takut dan menakutkan" ; begitu ketidak-tentuan arah beberapa perjalanan bidang kehidupan menyumbang kepada berjayanya permainan "alih" fokus. Penyulap atau pemain silap mata memang pintar mengalih pandangan penonton supaya sunglapnya tidak ketara.
[Satu contoh, "toeri alih pandangan" ialah apabila Soekarno mengarahkan pandangan rakyatnya ke Malaysia untuk berkonfrontasi. Indonesia di bawah Seokarno memang teguh semangat juang kerana unsur "rasa terikat" dalam wadah nasionalisme terbina iaitu "satu bangsa, bangsa Indonesia : satu bahasa, bahasa Indoensia ; dan satu negara, negara Indoensia". Tetapi kehidupan bagi harapan demi harapan (expectation) tidak tercapai di samping nilai agama dan maruah sosial kian merosost. Jalan keluar secara kebetulan maka meletus "konfrontasi"…gayang Malaysia.]
Keempat, diandaikan lagi bahawa perpaduan tersebut bukan apa-apa, tetapi hanya untuk mengekalkan "kuasa" pimpinan sekarang sahaja dengan maksud untuk terus dapat bertahan selama yang mungkin. Jadi disoalkan : "siapa yang bersatu ? di bawah pimpinan siapa mereka itu bersatu ? mengapa selama ini Melayu jadi begini. Sudah setengah abad Melayu masih merempat ? Lompat-lompat siapa yang dapat dan siapa yang selepat ?".
Pendapat seterusnya : Orang China sesama mereka tidak boleh bersatu dalam banyak hal. Namun demikian, mereka dapat bersatu dalam bidang ekonomi-perniagaan dan pendidikan. Dua bidang utama ini merupakan dasar pegangan mereka, malahan membina kekuatan bagi kehidupan sesebuah masyarakat dan negara. Mereka, sejak berzaman, menumpukan kerja dan usaha pada dua bidang ini. Sebab orang China tahu di Malaysia orang Melayu sukar hendak melepaskan "kepimpinan", ketua, gelar kebesaran, "kehormatan pangkat". Keinginan orang Melayu mahu jadi "raja" dan bergelar tuan, mereka tidak ambil "pusing" ; "mahu pangkat tuan, tuanlah, tetapi asalkan jangan kacau jaringan ekonomi kami ". Sekian lama di bawah UMNO (perikatan dan BN) Melayu masih lemah (bentanglah perangkaan), malahan sebahagian bidang kehidupan tertentu tinggal dalam paras bahaya…Selama ini mereka tidak berdiam diri, "Melayu kena berjuang" walaupun perkara yang sudah tertulis dalam perlembangaan….malahan hendak "mendaulatkan" bahasa Melayu pun, orang Melayu kena berjuang !; ….sehingga ke hujung iaitu apabila 13 peguam Melayu termasuk Tun Daim dan Tun Hussein Onn diminta turun tanda tangan. ; .hendakkan tanah pun kena "berkelahi" dan "tangkap" (antaranya Hamid Tuah) dan teroka hutan secara berani. Ratusan ribu ekar tanah orang Melayu sudah "diambil, belum lagi dikembalikan atau diganti…" Inilah antara lain, apa yang mereka kata dan beri ulasan selari, sambil menghirup kofi hari raya aiddil adhha bersama mereka yang otak terbuka dan yang mulut ternganga.. Maaf zahir bathin..
|
|
Jangan sampai Malaysia menjadi seperti palestin..sedikit demi sedikit tanahnya diambil
aku tidak mengetahui secara terperinci tentang parti2 politik ini..tetapi apa yg aku ketahui..bangsaku yg seagama denganku tidak bersatu..sehinggakan aku sendiri tidak tahu mahu memilih yg mana..aku Islam..semestilah aku mahu pemerintah beragama islam..yg memperjuangkan Islam..Zaman wang yg amat diperlukan ini..aku (pelajar) perlukan pinjaman kewangan (ptptn) yg mana 'dibuat' oleh UMNO itu sendiri..fikirkan perkara2 baik yg dilakukan merekasudah lama mereka memerintah..pelbagai perkara yg berfaedah yg dilakukan mereka telah ku nikmati..tetapi ku sedih tentang UMNO yg kebelakangan ini semakin jauh dari hukum Allah..kurang menegakkan hukum Allah..bagaiman dengan nasib2 pewaris2..generasi umat islam di Malaysia akan datang?
apa yg aku mahu ialah..dua PARTI besar ini bergabung..untuk Islam,untuk bangsaku sendiri..tetapi...bila?bagaimana?
aku sendiri tidak mampu menjawab..aku mampu berharap dan berdoa..lupakan hasad dengki,perasaan iri hati,marah itu semua..fikirkan tujuan sebenar kita di bumi Allah ini..MATLAMAT SEBENAR..
bersatulah saudara2 ku..berjuanglah ke jalan yg diredhoi ALLAH
No comments:
Post a Comment