Monday, August 22, 2011

Suatu Waktu


20 Ramadhan 2011


tika itu tiada kicauan beburung, mahupun unggas
yg ada laungan gembira
-mahu saat itu pegun

tika itu bunga bukan tiada harum
cuma jiwa-jiwa disitu mengatasinya
-mahu pewangi itu

tika itu tiada mentari, tiada juga si pemantul cahaya
tetapi malam itu tiada gelita
wajah mereka keluarga kita secerah luna ketika purnama
-mahu ia sentiasa menyinar

tika itu, kita bersama, kita lupakan duka
kita buang masa berharga
kita bergembira, terkinja

walaupun bayu melayangkan kita ke haluan berbeza
tetapi memori yg wujud ketika itu tetap terapung,ada
biar tiada gadjet mahu mengesan memori itu
kita yg tercipta dalam kenangan itu
bisa jumpa, tak pernah gagal

kita warnai kanvas hidup ini
ikut hati sendiri, dengan ketentuan ilahi
dalam berjuta warna itu
ada warna yg kita semua ada

bila warna indah yg sama berjumpa
saat itulah kita lepak bersama

'kenangan itu sesuatu yg tak boleh dipisahkan oleh maut'








No comments: