Thursday, August 11, 2011

Empat Ganjil, Lima Genap




Ini cerita tentang Ellberg
ini cerita tentang Elis
ini juga cerita tentang kita
Ellberg, elis dan kita.. Manusia

Ellberg menghirup oksigen sebagai nafasnya
Elis menghidu oksigen sebagai nyawanya
Kita berkongsi oksigen dariNya
kita semua

Ellberg, Elis dan kita..
semua mempunyainya
menggunakannya
bisa sakit, kecewa gembira
hati namanya..

dihubungkan via gigibiru imiginasi
hati dan jiwa tergumpal menjadi sebati
kerana penyatuan yg genap itu
sesuatu ganjil tercipta
kerana peliknya ganjil itu
kita jadi bervariasi

punah Rosak
wujud dari kegagalan penyatuan hati dan jiwa
kerana tiap makhluk yg dinamakan manusia itu
punyai luas langkah berbeza
kan susun langkah yg lain rupa
untuk mencapai hasrat jiwa

Ellberg, Elis dan kita..
bukan makhluk asing