Monday, August 1, 2011

I M A N

aku rela berada di dalam hingar
aku tak sanggup sepi dalam sunyi

aku sentiasa rasa bagai langit dengan bumi
bila aku 'pandang' awak
awak dengan teman2, sahabat seperjuangan
aku rasa di pinggirkan
bila aku berkata-kata..
kau membalas perit
aku sakit
ya kau mahu menegur, mungkin?
tindak laku mu, seperti aku tak bermakna apa
seperti aku bukan untuk mu
apa lagi layak bagimu

sembunyilah..jika itu terbaik utk mu

aku tidak mahir berani berbicara dgn kamu
kerana khuatir, khuatir utk diriku malu
tentang ilmu yang cuma sejemput..

aku ada dia,mereka..
kawan yg tak ku kenali
perjuangannya sama dgn kamu
tapi caranya berbeza,
aku suka, aku selesa..

moga kau terus berjuang
jangan jadi sepertiku yg hanya pandai membilang
berkata buang

hanya pada yg Satu aku berdoa
tentang masa depanku
tentang masa depan kita
tentang cemerlang Agama kita