Thursday, August 25, 2011

PERMOHONAN



Kepada yg Maha Agung, pencipta yg satu,

Sebelum aku meminta, tunjukkan aku utk memberi,
sebelum bertindak, biar aku bisa berfikir
aku mahu santun dalam berbicara,
tatkala gundah, aku mahukan ketenangan,
aku mahu diam ketika emosi menghujani,
Kesabaran menggunung ku harapkan bagi SETIAP ujian,

Ya Tuhan pentadbir sekalian alam,

jadikanlah hamba2Mu ini insan selembut Abu Bakar as-Siddiq,
minda sebijaksana Umar bin Khattab,
Pemurah laksana Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum..

setiap terdetik rasa,
inilah lumrah kita manusia,
tak pernah lelah meminta
apa sedarkah kita?
sering ingkar pada permintaanNya?

'antara memberi dan meminta'

No comments: