jangan lupa yg tiada
sinonim di hari raya
jangan lupa juga saudara mara
seburuk mana pun perilaku insan sekeliling
maafkanlah
*pesanan utk diri juga
kerana hari raya hari kita memohon kemaafan
sesudah berusaha merebut pahala dari yg Esa
sentiasalah memohon kemaafan
'kalau ada salah silap'
kenapa ada 'kalau'?
kerana manusia x lari dari berbuat salah
Sunday, August 28, 2011
Thursday, August 25, 2011
PERMOHONAN
Kepada yg Maha Agung, pencipta yg satu,
Sebelum aku meminta, tunjukkan aku utk memberi,
sebelum bertindak, biar aku bisa berfikir
aku mahu santun dalam berbicara,
tatkala gundah, aku mahukan ketenangan,
aku mahu diam ketika emosi menghujani,
Kesabaran menggunung ku harapkan bagi SETIAP ujian,
Ya Tuhan pentadbir sekalian alam,
jadikanlah hamba2Mu ini insan selembut Abu Bakar as-Siddiq,
minda sebijaksana Umar bin Khattab,
Pemurah laksana Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum..
setiap terdetik rasa,
inilah lumrah
tak pernah lelah meminta
apa sedarkah kita?
sering ingkar pada permintaanNya?
'antara memberi dan meminta'
Tuesday, August 23, 2011
Sicksa
ramadhan kali ini
utk setiap waktu terawihnya
hujan akan menemani malamnya
titisan kristal dari bintang itu jatuh
mengikut graviti, luruh
tiap waktunya
aku rindu...
utk setiap waktu terawihnya
hujan akan menemani malamnya
titisan kristal dari bintang itu jatuh
mengikut graviti, luruh
tiap waktunya
aku rindu...
Singgah
seperti rumput yg panjang dimesin jadi pendek
seperti pelangi petang yg hilang sesudah kelam
seperti rambut yg dimesin tuk kemas
seperti bunga tayar haus, tergelincir
seperti astroid berlalu menghentam bulan
seperti oksigen jadi karbon dioksida
setiap yg hadir pasti pergi
setiap yg datang pasti hilang
setiap yg cerah pasti kelam
setiap yg cerah pasti kelam
setiap yg litup pasti bogel
indahnya ketentuan ilahi bagi segala perkara
di semesta ini
untuk subtittle sila tekan butang 'R'
Monday, August 22, 2011
Suatu Waktu
20 Ramadhan 2011
tika itu tiada kicauan beburung, mahupun unggas
yg ada laungan gembira
-mahu saat itu pegun
tika itu bunga bukan tiada harum
cuma jiwa-jiwa disitu mengatasinya
-mahu pewangi itu
tika itu tiada mentari, tiada juga si pemantul cahaya
tetapi malam itu tiada gelita
wajah
-mahu ia sentiasa menyinar
tika itu, kita bersama, kita lupakan duka
kita buang masa berharga
kita bergembira, terkinja
walaupun bayu melayangkan kita ke haluan berbeza
tetapi memori yg wujud ketika itu tetap terapung,ada
biar tiada gadjet mahu mengesan memori itu
kita yg tercipta dalam kenangan itu
bisa jumpa, tak pernah gagal
kita warnai kanvas hidup ini
ikut hati sendiri, dengan ketentuan ilahi
dalam berjuta warna itu
ada warna yg kita semua ada
bila warna indah yg sama berjumpa
saat itulah kita lepak bersama
'kenangan itu sesuatu yg tak boleh dipisahkan oleh maut'
Tuesday, August 16, 2011
Layang-layang tahun lalu
ketika itu bayu bergelora
layang2 ku tidaklah kaku, meronta-ronta
bayu Mei menghempas aku
sebulan sebelum ulang tahun kelahiran 'bulan'
degup jantung layang2 tak keruan
jalan yg cerah samar, hampir gelita
tenggelam dalam gema lagu kapitalis barat
terbenam dalam siulan hujan dan taufan
bulan kemerdekaan, sebelum ramadhan
hadirnya 'bulan' memegang benang layang2
direntapnya penghubung lelayang dengan bumi
di 'nokhtah' kan kegelapan
dipegangnya, direntapnya
di tarik, di pimpin
apa lagi yg aku tidak syukuri?
hadirnya buat malam berseri
datangnya buat siang bererti
langit kian memutih
hati lelayang tetap tidak keruan
bukan tentang Tuhan
seresah ombak, khuatirkan 'bulan'
kini layang2 trus terbang
bukan melayang tak berhalang
masih terikat di bumi nyata
yg disimpulkan 'bulan'
layang2 ku kaku
ikut arus sang bayu
jauh matanya terpaku
memikirkan ketentuan Ilahi padaku
Terpaling Jauh
di tanah kejauhan ini
ku ramas sebilion kerinduan
genggam rapi
kisah sejarah membelah pecah waktu sepiku
tercipta pengajaran dan pengalaman
menyingkap diari kenangan
tawa istimewa itu, trade mark originalnya
pimpin aku, adik2ku bersama
jemaah subuh ketika usia muda..indah
tampa lelah sampaikan kami ke sekolah
dgn teksi klasik itu
apa lagi yg lebih kurindui?
di daerah kejauhan ini
sepi yg intim bersamaku
undanganNya tiada penghalang
Ramadhan ini sudah hampir penghujungnya
aku sembah rindu
aku sedekahkan Al-Fatihah
-arwah tok Misai
ku ramas sebilion kerinduan
genggam rapi
kisah sejarah membelah pecah waktu sepiku
tercipta pengajaran dan pengalaman
menyingkap diari kenangan
tawa istimewa itu, trade mark originalnya
pimpin aku, adik2ku bersama
jemaah subuh ketika usia muda..indah
tampa lelah sampaikan kami ke sekolah
dgn teksi klasik itu
apa lagi yg lebih kurindui?
di daerah kejauhan ini
sepi yg intim bersamaku
undanganNya tiada penghalang
Ramadhan ini sudah hampir penghujungnya
aku sembah rindu
aku sedekahkan Al-Fatihah
-arwah tok Misai
Monday, August 15, 2011
Nota Untuk Awak
jika Kenyir itu akuarium di puncak gunung
Awak itu sejernih air di kali
jika hasrat jiwa ku tak tertanggung
ketabahan untukmu ku pinta Ilahi
Saturday, August 13, 2011
Price Tag
bagaimana..
jika pencipta yg agung
mahu mengambil ingatan awak?
bukan semua, bukan sedikit..
seperca dari seEla
contoh
awak hilang perkara yg bernama memory
sepanjang 2 tahun mulai semalam
hilang ingatan tentang menu berbuka puasa semalam
hilang ingatan tentang sahabat bari FB semalam
tidak kenal abang Ipar awak
tidak tahu menggunakan Iphone awak
tidak kenal kain pelikat awak
siapa buah hati awak
apa pesanan Bonda awak?
lopak mana yg awak tersadung
kenapa rambut awak bergaya seperti sekarang
kasut siapa di halaman rumah awak
eh motor siapa ini?
apa yg awak ketinggalan?
apakah nilai bagi sebuah memory pada awak?
*fahmi ada kenal insan begini
Thursday, August 11, 2011
Empat Ganjil, Lima Genap
Ini cerita tentang Ellberg
ini cerita tentang Elis
ini juga cerita tentang kita
Ellberg, elis dan kita.. Manusia
Ellberg menghirup oksigen sebagai nafasnya
Elis menghidu oksigen sebagai nyawanya
Kita berkongsi oksigen dariNya
kita semua
Ellberg, Elis dan kita..
semua mempunyainya
menggunakannya
bisa sakit, kecewa gembira
hati namanya..
dihubungkan via gigibiru imiginasi
hati dan jiwa tergumpal menjadi sebati
kerana penyatuan yg genap itu
sesuatu ganjil tercipta
kerana peliknya ganjil itu
kita jadi bervariasi
wujud dari kegagalan penyatuan hati dan jiwa
kerana tiap makhluk yg dinamakan manusia itu
punyai luas langkah berbeza
kan susun langkah yg lain rupa
untuk mencapai hasrat jiwa
Ellberg, Elis dan kita..
bukan makhluk asing
Sunday, August 7, 2011
NIKMAT DIBERI PERCUMA
celik
mencari pengisi perut..sahur
bonda tercinta yg x pernah lelah
tetap yg pertama ada
bila sang ultra pergi..menjauh
bonda tercinta berpeluh kesah
tetap sedia
juadah berbuka
alhamdulillah
atas rezeki yg dikurniakanNya
tiada kurniaan terhebat melainkan ibu
ketua bijaksana, ayahanda
pada yg Satu..
pemilik tetap nyawaku
bersyukur aku
dengan rahmat Mu
aku, dia, mereka..
bisa berbicara
juadah berbuka
pada mereka disana
siksa ujiannya
belum tentu makan pakainya
belum tentu Terawih waktunya
kenapa kita masih sombong?
kita tertawa girang
mereka melopong kosong
kita hanya tunjuk apa mahu di makan
mereka, menadah belum tentu di adakan
kita bisa membakar duit untuk satu letupan
mereka hanya menanti berjuta letupan
kita bersembunyi utk kegirangan meriam
mereka bersembunyi dari kemusnahan meriam
Irama infiniti
kita..
lekatkan api pada pelita
terangi luar rumah..indah
mereka, untuk terangi dalam rumah
yg hampir musnah
di sini kita bisa memilih lokasi beribadat
mereka, belum tentu sempat
di anjung rumah kita bisa menghembus udara pada seruling
kita bisa bersajak tentang dunia
semua kerana atas izninNya,
Lakon tari yg telah purba
kita setia menyaksikannya
disini kita belajar dari pengalaman
bagaimana utk menjadi
manusia mahir
tampa berulang lakukan kesilapan
Friday, August 5, 2011
Tentang hari ini, esok, dan seterusnya
Sebagaimana anda memandangi hidup
demikianlah kehidupan anda,
Hidup jadi bererti,bermakna,
kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yg tak memberikan makna,
tidak memberikan erti,
hidup ini ibarat lembara..
Kita warnai langit dengan tangan kita sendiri
Thursday, August 4, 2011
kehadapan bonda tercinta
yg membawa kita bersamanya
sembilan bulan lamanya
sembilan bulan lamanya
tak pernah terbalas jasanya
dari mula punyai nyawa
sentiasa bersama
sentiasa bersama
saat ku mula berkata-kata
saat ku mengesot kali pertama
mengajarku tutur bicara
hidangkan aku jamuan selera
dia sentiasa ada
tiap kali menjelang raya
dia menyulam persalinan kami semua
tak pernah mengeluh atau putus asa
dia lah segalanya
kaulah satu-satunya
ibu aku hingga akhir usia
|abang sayang mak!|
dear Luna
setiap hari
setiap pagi
sehingga lewat hari
rasa itu menggenggam hati
bunga bisa kembang sendiri
pudar warna tampa mentari
bila teguh hatinya berdiri
ia tetap tenang berseri
setiap mulanya hari
harapan wujud sendiri
hadir setiap hari
gembira, sedih tak terperi
setiapnya kan berulang berkali-kali
awak..
tolonglah jangan pergi
cukup sekadar menjaga hati
Wednesday, August 3, 2011
ALIEN
is that the quality bothers me?
with all community follows me..
please let not it be me
I might be mean
it's ok if ya'll just lean
please..
it's u must lead
then I follow
then we follow
knowledge that u know
might be use for tomorrow
with all community follows me..
please let not it be me
I might be mean
it's ok if ya'll just lean
please..
it's u must lead
then I follow
then we follow
knowledge that u know
might be use for tomorrow
who's know?
-aku berbicara bahasa lain
kehadapan si pemantul cahaya
sebahagian kata tersimpan
mungkin juga separuh
bagi dia di alam maya
hadir seperti nyata
kehadiran itu sudah bermakna
tangis tawamu ku rindu
perkongsian ilmu
petah bertelagah
kamu pergi bersembunyi
demi menjaga diri
bukan asing lagi
kebiasaan mu, berlari
-stay-
mungkin juga separuh
bagi dia di alam maya
hadir seperti nyata
kehadiran itu sudah bermakna
tangis tawamu ku rindu
perkongsian ilmu
petah bertelagah
kamu pergi bersembunyi
demi menjaga diri
bukan asing lagi
kebiasaan mu, berlari
-stay-
Tuesday, August 2, 2011
Tentang Aku
bila capik, mencari tongkat
bila buta meraba-raba
bila tuli, leka bertanya
(masih lupa)
bila kecil, lintang pukang
bila jarak, masih bertolak-tolak
bila rendah, tinjau meninggi
bila pekak, bakar meriam
bila buta, hembus lesung
bila lumpuh, menghalau kucing
bila tersinggung, melopong
terlohong..
bila buta meraba-raba
bila tuli, leka bertanya
(masih lupa)
bila kecil, lintang pukang
bila jarak, masih bertolak-tolak
bila rendah, tinjau meninggi
bila pekak, bakar meriam
bila buta, hembus lesung
bila lumpuh, menghalau kucing
bila tersinggung, melopong
terlohong..
Monday, August 1, 2011
MANUSIA
dengan ilmu
bisa menakluki dunia
bisa mentadbir negara
petah dalam berbicara
bisa terangkat jadi mulia
dengan ilmu
tampa iman,
bisa merosak dunia
hancur..
tampa hidayah,
bisa khilaf pentadbirannya
huru hara..
tampa rahmat.
bisa berbicara penuh sandiwara
sesat..
tampa amal,
bisa jadi papa
kerugian..
tampa agama,
bila2 bisa jadi hina
tersiksa..
aku teringat kata2 ini melalui dia
bisa menakluki dunia
bisa mentadbir negara
petah dalam berbicara
bisa terangkat jadi mulia
dengan ilmu
tampa iman,
bisa merosak dunia
hancur..
tampa hidayah,
bisa khilaf pentadbirannya
huru hara..
tampa rahmat.
bisa berbicara penuh sandiwara
sesat..
tampa amal,
bisa jadi papa
kerugian..
tampa agama,
bila2 bisa jadi hina
tersiksa..
aku teringat kata2 ini melalui dia
I M A N
aku rela berada di dalam hingar
aku tak sanggup sepi dalam sunyi
aku sentiasa rasa bagai langit dengan bumi
bila aku 'pandang' awak
awak dengan teman2, sahabat seperjuangan
aku rasa di pinggirkan
bila aku berkata-kata..
kau membalas perit
aku sakit
ya kau mahu menegur, mungkin?
tindak laku mu, seperti aku tak bermakna apa
seperti aku bukan untuk mu
apa lagi layak bagimu
sembunyilah..jika itu terbaik utk mu
aku tidakmahir berani berbicara dgn kamu
kerana khuatir, khuatir utk diriku malu
tentang ilmu yang cuma sejemput..
aku ada dia,mereka..
kawan yg tak ku kenali
perjuangannya sama dgn kamu
tapi caranya berbeza,
aku suka, aku selesa..
moga kau terus berjuang
jangan jadi sepertiku yg hanya pandai membilang
berkata buang
hanya pada yg Satu aku berdoa
tentang masa depanku
tentang masa depan kita
tentang cemerlang Agama kita
aku tak sanggup sepi dalam sunyi
aku sentiasa rasa bagai langit dengan bumi
bila aku 'pandang' awak
awak dengan teman2, sahabat seperjuangan
aku rasa di pinggirkan
bila aku berkata-kata..
kau membalas perit
aku sakit
ya kau mahu menegur, mungkin?
tindak laku mu, seperti aku tak bermakna apa
seperti aku bukan untuk mu
apa lagi layak bagimu
sembunyilah..jika itu terbaik utk mu
aku tidak
kerana khuatir, khuatir utk diriku malu
tentang ilmu yang cuma sejemput..
aku ada dia,mereka..
kawan yg tak ku kenali
perjuangannya sama dgn kamu
tapi caranya berbeza,
aku suka, aku selesa..
moga kau terus berjuang
jangan jadi sepertiku yg hanya pandai membilang
berkata buang
hanya pada yg Satu aku berdoa
tentang masa depanku
tentang masa depan kita
tentang cemerlang Agama kita
Subscribe to:
Posts (Atom)