Monday, June 6, 2011

cerita dahulu

pada malam itu
lenanya sukar..
pusing kanan, golek ke kiri
bangun, celik pejam..
sukar..

masa itu tidak dicarinya ubat yg benar
tidak dibaca al mulk

hanya..
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"

sesudah pasti solat isya disempurnakan
dia mahu pejam

malam itu sukar..
bangun, dipasangnya pemain cd itu..
irama rock metal
......
hampir pejam..

antara sedar dan lena
kedengaran irama itu pelik
diamatinya...terdapat bunyi laungan anjing
yg berirama serigala

dan
saat itu..muzik itu bernama "tarian syaitan"

dia bangkit jengah keluar, dilihat lebih 15 10 ekor anjing dihadapan pagar rumahnya
membulat, melaung kelangit
ah..meremang bulu romanya

bangkit, matikan pemain cd itu
kembali tidur..
mudah..

siangnya..dia termenung..
sehingga ke hari ini..
masih diingatannya




No comments: