Thursday, June 30, 2011

Perfect

apa itu sempurna?
pernah rasa sempurna?

apa itu cukup?
pernah rasa gugup?

"insan yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal hal terbaik,
mereka hanya berusaha untuk yg terbaik dari
setiap hal-hal yg hadir dalam hidupnya"

Sunday, June 26, 2011

Kerana Rindu

kata orang
kerana mulut badan binasa
kata aku
kerana bicara hati terluka

dari sekecil semut
melarat sebesar optimus prime
dari nakal bersama
kita tidak bersama

perbualan terhenti disitu
"ape yg dah xde knp nak cri kembali? Hang sendri pk."

aku rindu saat dulu
biarpun masa itu sudah lalu
sikit kotor jiwa ketika itu
aku rindu sahabat aku

kini bisa berbicara lagi
bukan bersua muka
bicara melalui hati
tampa bersuara

dia dari blackberry
aku dari Compaq ini

moga persahabatan kita kekal wahai teman

Saturday, June 25, 2011

ikhlas dariku

menung aku di pagi hari
hari di hujung minggu

aku yg sentiasa mengeluh


ada apa dari mata manusia?
biasa melihat terus
bukan dari hati
*moga hatinya bersih

apa aku ini berpura dalam berjuang?

aku tidak mahir menterjemahkan rahsia
aku tak pandai bermadah pujangga



kau kalian yg berjuang
aku fahmi kagum


tapi ada apa dengan hatinya?
ada apa dgn cintaNya?
aku belum nampak awak kalian..
sebagai teladan yg inginku jadikan idola



tidaklah salah tindakan itu
cuma..


MARAH
apa bisa untuk kita tidak marah?













tentang persoalan

kenapa orang berahsia?

Friday, June 24, 2011

khabar pilu

tika sedih
si girang
jadi berang

bila marah
yg putih jadi merah

apa dunia tak pernah adil?
tidak!

rindukan kampung halaman
sayangkan taman
kasihkan teman

masa..
semakin dekat..
tapi kini jauh untuk Supat

aku pilu 
lihat dia tersendu


Wednesday, June 22, 2011

tujuh lapis langit



menaiki Buraq
baginda merentasi
destinasinya langit ke Tujuh



di langit pertama baginda ketemu Adam a.s
kemudian langit ke dua baginda bertemu dengan Isa bin Mariam
dan Yahya bin Zakaria..

di teruskan ke langit yg ketiga..disitu ada Nabi Yusuf a.s
lagi terus ke langit keempat..
disini Nabi Idris a.s menanti

terus lagi ke langit ke lima
Nabi Harun a.s menyambut baginda rasulullah

langit keenam Nabi musa menyambut


di setiap lapis itu..kesemuanya menyambut dan 
mendoakan kebaikan kepada bagindah Rasulullah s.a.w


di langit ke tujuh Nabi Ibrahim menanti
disinilah berlaku ulang alik Baginda dengan Nabi Ibrahim dan Allah s.w.t
dalam meminta kebaikkan utk kita



LIMA waktu sehari..
apa sukar untuk kita?
mengapa sahabat?
aku tidak sebaik pendakwah
aku bukan sebaik manusia

tutur kataku tidak mencermin iman yg teguh
aku masih mencari diri
masih meniti ujian ini



kalian tidak lupa Allah
juga Rasulullah
Kalian tegar mencari rezeki..
tidak pernah mengeluh kesah
terbaring kesal

tidak sesekali mencegah kebaikkan
tidak mengahalang aku, dia, kami
bisa juga menasihati aku



hanya pada Allah yg maha agung
ku pohon dibukakan pintu hati kalian
sahabat dunia ku

moga kita bersama di akhirat

kesudahan yg baik hanya bagi orang yg beriman..
mari kita bersama ke Jannah jom?

Tuesday, June 21, 2011

moga ku tak lupa diri

diri ini
aku ini

kalian awak bisa mengahikimi aku
aku x gusar..
itu hak kalian awak

tafsir diri ini guna hatimu
hati yg tak dikuasai titik2 hitam itu

aku melangkah sendiri
ikut kata hatiku
aku juga pemerhati
aku juga mempelajari

aku berlari kini
selepas aku berjalan
setelah aku merangkak
sesudah aku mengesot

ini caraku..suka..hargai
cemburu..fikirkan untuk hatimu
benci..jadikan teladan..

aku tak sempurna
aku tanah kotor..

Saturday, June 18, 2011

kata-kata jiwa stabil



bila celik kan dan aku kita akan bersyukur
diberikan lagi nyawa
dikurniakan usia

bila sakit
sedikit kita aku keluh pasti..
walau sedikit

apa pernah tak jiwa2 kalian
terasa kosong?
atau kita tak pernah sedar akan ruang yg kosong itu?


bila sedar..kita aku punya impian
suatu obsesi yg mahu digapai
baru mahu melangkah
bila sedar mimpiku rupaya sukar
kembali mengeluh

tak pernah habis
tak pernah henti
cuma bisa sesali
menghela panjang

jiwa aku
begitu inginkan itu, mahukan ini
mendendangkan melodi yg diciptakan
semuanya..kerana sifat manusia aku
tak pernah cukup apa ada
tetap gagah melangkah

aku sedang sakit

Ibn Al-Qayyim mengatakan: 
“Sesungguhnya dalam hati ada robekan yang tidak dapat dijahit kecuali dengan menghadap sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Dalamnya juga ada keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah s.w.t.” 

Friday, June 17, 2011

Tentang sakit

bila ia hadir
tandanya sudah berakar
apa aku buta 
atau aku pejam?
mungkin juga aku rabun


ianya membuatkan aku jatuh cinta
celikkan aku yang tak nampak



~aku perlu vitamin c







Tuesday, June 14, 2011

Pelangi Senja

seperti mahu ditahan mentari
tetapi bulan ada untuk terangi malamku
sentiasa

seperti tabah hati ini
tetapi rapuh jiwanya
acapkali

tiada apa yg milikku
tiada apa juga milikmu

moga kita tidak hanyut
dalam nestapa jiwa berkepanjangan
terhadap apa-apa yg luput

aku mahu cahaya yg setitik itu
moga mampu terangi jiwa yg kabur..

Monday, June 13, 2011

apa ada

mereka tiada bapa
aku punya ayah

mereka tiada wang berjuta
aku punya ayah yang menyara

jatuh terjelepak sekalipun
aku bukan yg paling bawah

terbang ke langit mana pun
aku bukan yg paling tinggi

tampa ayah, tampa ibu
aku x bisa wujud..

cemburu itu sifat kita, sifat aku
aku cemburukan kalian

doakan aku teguh berlari perlahan,
merangkak pantas di dunia yg sementara ini ya?

Tentang tiga perkara

bisu..
aku tak pernah menyatakannya

pekak..
aku tak pernah mendengar

Buta..
aku tak pernah melihat

aku tak mampu..bagaimana kan ku terima..

Sunday, June 12, 2011

keluh

bilakan mungkin
aku memahami
segala persoalan yg terbuku

perlukah di torehkan hati dan minda mereka
atas nama jiwa..dan hati
aku merangkak, tak bisa berlari
kerana aku pernah terjatuh..
ranap

hati tulus dan ikhlas
apa masih wujud lagi?
tatkala bernafas
tatkala bulan menerima sinaran mentari
tika itulah masih ada kesempatan

apa sempat aku kumpulkan bekal
utk perjalanan abadi nanti?
dosa2 ku...seperti bintang di malam mu,
malam aku..malam kita..

apa mungkin aku di ampunkan?
dimaafkan?

di sini, waktu ujian ini..
kita bisa ingat trajedi yang memilukan
kita tetap ingat peristiwa indah..sentiasa mekar
peristiwa hitam, salah laku..

apa mungkin salah itu di ampunkan di maafkan

dia..kawan kepada dia
tindaknya sama seperti dia
buang aku seperti aku tak bermakna apa

mereka, aku, kita telah pilih jalan itu..
jalan kita
kenapa kita bisa memilih jalan yg salah itu?
apa kita sesal dengan pilihan itu?

pada yang Satu aku mohonkan belas kasihan
belas ihsan
belas ampun
hanya padaNya aku pinta diteguhkan, di kuatkan

mahu hari mendatang hati, jasad, nyawa terus teguh,
terus tegar, terus tabah..

Kuatkanlah hati dan imanku ya Allah

tuhan yang mentadbir sekalian alam
maha pemurah lagi maha penyayang
yang mempunyai hari pembalasan
tiada tuhan yg ku sembah..
dan hanya padaMu aku memohon
tunjukanlah jalan yg lurus
iaitu jalan yg Engkau berikan nikmat kepada mereka
Sedang mereka itu bukan org yg dimurkai
bukan pula orang yg sesat

Saturday, June 11, 2011

chasing the sunrise


misi kali ini
aku mahu menanti

suatu yg aku tunggu dulu
dahulu yg bikin aku pilu

pulang nanti
dari rantau ini

aku mahu menanti..
terbitnya mentari

pun begitu..aku masih tak lupa bulan
ipoh mali talak sombong kan?

Friday, June 10, 2011

The Poem of the Cloak


Qasida Burda merupakan puisi yg memuji junjungan besar,
Nabi Muhammad SAW
Puisi indah ini di tulis oleh Imam al-Busiri pada kurun ke-11
Pada ketika itu..sudah menjadi budaya Islam dgn menghimpunkan
ilmu tentang Nabi Muhammad SAW..

Dikatakan, puisi ini mengubat penyakit lumpuh yg menimpa al-Busiri
sewaktu bangun daripada tidur pada suatu hari..
Ia juga ditulis ketika sedang sakit yg mana al-Busiri mendakwa berjumpa
Nabi SAW dlm mimpinya..
Baginda memberikan jubahnya kepada al Busiri dan dia terus terjaga
dan dia juga telah pulih dari penyakit yg dihadapi

selanjutnya di sini

Qasidah ini dihimpunkan dlm 60 jilid dan mempunyai 150 ayat..
Ia di popularkan oleh Muhammad Al- Husyaan dlm bentuk nasyid pendek






~kongsi dari warga malaysia di jepun~

*salah betul sila kongsi ya :D

Wednesday, June 8, 2011

Monday, June 6, 2011

cerita dahulu

pada malam itu
lenanya sukar..
pusing kanan, golek ke kiri
bangun, celik pejam..
sukar..

masa itu tidak dicarinya ubat yg benar
tidak dibaca al mulk

hanya..
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"

sesudah pasti solat isya disempurnakan
dia mahu pejam

malam itu sukar..
bangun, dipasangnya pemain cd itu..
irama rock metal
......
hampir pejam..

antara sedar dan lena
kedengaran irama itu pelik
diamatinya...terdapat bunyi laungan anjing
yg berirama serigala

dan
saat itu..muzik itu bernama "tarian syaitan"

dia bangkit jengah keluar, dilihat lebih 15 10 ekor anjing dihadapan pagar rumahnya
membulat, melaung kelangit
ah..meremang bulu romanya

bangkit, matikan pemain cd itu
kembali tidur..
mudah..

siangnya..dia termenung..
sehingga ke hari ini..
masih diingatannya




Saturday, June 4, 2011

tak punya apa..

ada apa pada dirinya
dia mencari cinta
tapi tidak memburu
dia menantikannya

tak mencari
merasa tidak layak

kelihatan 5-6 yang hadir
kelihatan seperti puja
tidak hina
tampak seperti ikhlas

ada apa pada dirinya
tak punya wang berjuta
tak juga pewaris harta berribu
tiada bijaksana seperti mereka
apa lagi bakat istimewa

ada apa pada dirinya
yang bikin 5-6 itu hadir?
membuatkan bunga terpaut pada kumbang

dia mahu yg memahaminya
seadanya
mahukan hatinya
seadanya

Tentang mencukupi

berlari pantas mengejarnya
ada yang cukup
ada yang memadai
ada yang tak pernah sempurna
ada hidup mati untuknya

aku,kau,dia,kita di kawal olehnya?
mungkin kita tidak mahir mengawalnya?

mungkin kah kita sesekali melupakan tanda harga itu?
ianya bukan tentang nilai
ianya tentang mengusai, bukan dikuasai

ianya tidak pernah cukup
atau apakah sebenarnya itu CUKUP ?

in life,
there are something worth more than money..
but they cost us so much

lama sebelum ke negeri hyper



malam itu..
Toshi terkenang masa kecilnya
di teratak bonda dan ayahanda..di atas tanah kepunyaan arwah atuk
Tok Harimau, siapa tak kenal tok harimau..namanya sudah lagi garang
satu bandar kecil di daerah Vochelle kenal arwah tok harimau..

malam itu..
Toshi terkenang saat kecilnya..saat mentahnya..saat semua mudah, saat jiwanya yg paling lemah..
tiap pagi dikejutkan bonda tercinta, cikgu tergarang di sekolah, ibu paling tabah, kekasih ayahanda..
waktu itu..toshi tinggal berlima dengan ibu dan 3 adiknya..
ayahandanya berjuang utk mendapatkan ijazah dalam bahasa Melayu
dengan motosikal suzuki merah..
berkapasiti enjin 70cc
Toshi dan 3 adiknya 2 adiknya dihantar kesekolah
hanya itu kenderaan keluarga..
si kecil sekali belum bersekolah
Dihantar ke rumah Mak cik Hani
makcik hani dan Suaminya..
keluarganya..
jiran dan juga sahabat terbaik utk kami di kampung Empat biji rumah

pulang sekolah Toshi bersama adiknya menaiki van Pak cik Din..
bukan pulang ke rumah, tapi ke rumah opah..
Opah tercinta lagi penyayang..
Waktu itu jiwa kotor lemah Toshi sedikit terkawal dengan ketabahan Opah yg mendewasakannya
Di daerah Vochelle...semua serba lengkap
t-shirt 3-4 helai sudah cukup,
nasi berkuahkan pelanta sangat menyelerakan
kasut sekolah berjenama Wira sangat canggih
selipar getah mengikut acuan jepun itu sudah memadai
Gam cair yg di tanak oleh opah,terbaik di dunia
waktu itu..solat subuh Toshi dan adik2nya di surau
sering mendapat pujian dari orang2 kampung..
cucu Opah dan tok harimau, anak cikgu..

waktu itu..cinta Toshi hanya bergembira sebaik celik mata..hingga sebelum pejam mata..


Thursday, June 2, 2011

di dunia Hyper

waktu cerita ini tidak pasti..
apa yg pasti selepas dari negeri hijau..

selepas Toshi berjuang di negeri jauh itu

Toshi ke dunia Hyper..
terus mencari mengikut tertib langkah manusia2 di dunia ini
bagi keturunan marikh..
kuasa,kebolehan, kecekapan dan pencapaian itu amat penting

malangnya..di dunia Hyper
manusia berbeza
mereka berpasang-pasangan

jiwa yg lemah itu..Toshi
mahu seperti mereka..

untuk kisah kali ini
kisah Toshi ni dunia Hyper..
dia mencari manusia Venus
dia mahu seperti mereka
dia tidak  lupakan Ilahi
cuma dia mendengar Sil Khannas..

Wednesday, June 1, 2011

Untuk awak yang benci saya

aku pernah berdosa
bisa juga akan melakukan dosa
*moga dijauhkan

perlukah aku menyebut satu-satu?
dosa yg bagai pepasir itu?

jika dengan salah lampau ku..
kau bisa berlari dariku
aku terima..

yg ku pinta ampun maaf salah khilafku
aku sedia angkat kaki
terbang pergi, bergolek menjauh
yg ku pinta jgn di buang tampa makna

ini adalah diri ku..inilah yg sebenarnya..
tiada ilusi
aku bukan paling tinggi
bukan istana utk ku di syurga nanti?

~aku tanah lumpur yg kotor~