Thursday, April 21, 2011

Tentang Mahu

Surah Asy- Syu'Araa' ayat 83
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, 
dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh


Surah Ali 'Imran ayat 8
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami 
setelah Engkau berikan hidayah kepada kami 
dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau. 
Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Pemberi Kurnia"




Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :


" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :


" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "


Dia berkata :                        Aku mahu menjadi orang yang alim. 
Baginda S.A.W menjawab :  Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim. 
Dia berkata :                        Aku mahu menjadi orang paling kaya. 
Baginda S.A.W menjawab :  Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya. 
Dia berkata :                        Aku mahu menjadi orang yang adil. 
Baginda S.A.W menjawab:   Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri 
                                          sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia. 
Dia berkata :                       Aku mahu menjadi orang yang paling baik. 
Baginda S.A.W menjawab:  Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan 
                                         jadi sebaik-baik manusia. 
Dia berkata :                       Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. 
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisiAllah. 
Dia berkata :                      Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna. 
Dia berkata :                       Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak 
                                         merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan  
                                         cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini. 
Dia berkata :                       Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. 
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam 
                                         golongan mereka yang taat. 
Dia berkata :                      Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa. 
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah 
                                         dalam keadaan suci daripada dosa. 
Dia berkata :                      Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya. 
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari 
                                        qiamat di bawah cahaya. 
Dia berkata :                      Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan 
                                         mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata :                      Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamuDia 
                                         berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi 
                                         semulia-mulia manusia
Dia berkata :                      Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan 
                                         jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata :                       Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. 
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan 
                                          memurahkan rezeki. 
Dia berkata :                       Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau 
                                         termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka. 
Dia berkata :                      Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada 
                                        kemurkaan Allah dan rasulNya. 
Dia berkata :                      Aku mahu diterima segala permohonanku. 
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya. 
Dia berkata :                       Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu 
                                          pada hari qiamat. 
Dia berkata :                       Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada  
                                         kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan. 
Dia berkata :                       Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ). 
Dia berkata :                       Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan. 
Dia berkata :                       Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan 
                                         menghubungkan kasih sayang. 
Dia berkata:                        Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah. 


Telah berkata Imam Mustaghfirin:" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaatselain hadis ini....Wassalam
"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung’

Ya Allah!
Nyawaku jasadku milik-Mu
Hatiku jiwaku milik-Mu
Hidupku matiku milik-Mu
Andai aku masih lagi berjuang untuk-Mu
Itu telah cukup bagiku
Cukup Engkau bagiku
Tiada lain dihati ini.



~aku tanah kotor~

No comments: