Selalunya perkara begini..hanya di kongsikan di FB..kali ni fahmi share kat sini lah ye :)
Ini perihal doa yang selalu kita baca ketika duduk antara dua sujud.
Kita sering terlupa untuk mengahayati makna juga maksudnya.
Justeru sedarlah bahawa kita ini memang manusia
-yang diambil dari perkataan 'nasiya' (pelupa) terutama diri saya sendiri.
Semoga kita semua di berkati dan di rahmati Allah s.w.t.
~Hayatilah hidup ini setiap saat kita~
Kerana di situ terdapat NIKMAT yang tidak ternilai.
Tidak kira apa jenis keadaan yang kita sedang hadapi,
bersyukurah dan berterima kasihlah kepada Allah setiap masa.
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN (semasa duduk antara dua sujud)
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita. Tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami apa yang kita sendiri pohonkan. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh pada hati kita selama ini. Marilah sama-sama kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah...
Duduk antara dua Sujud merupakan lambang ketenangan seorang hamba...
Rabbighfirli (Tuhanku, ampunilah aku)
Diamlah sejenak,buka ruang fikir dan zikir bagi bersedia menerima ampunan dari Allah seperti menerima curahan air hujan. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup berturut-turut
Wajburnii (tutuplah aib-aibku) Janganlah membiarkan diri kita membuka aib-aib yang telah Allah tutupkan. Minta petunjuk dan hidayah dari Allah. Teruskan hidup ke hadapan, dan jadikan kesilapan yang telah lalu sebagai peringatan untuk meneruskan kehidupan di atas jalan kebenaran.
Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Mohonlah supaya darjat kita diangkat menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah yang senantiasa berada di sisiNya. Darjat di mata manusia tidak berguna walau setinggi mana pun kedudukan kita. Akan tetapi ketinggian darjat di sisi Allah adalah sebaik-baik tempat.
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Ingatlah, Allah lah yang memberi Rezeki. Rezeki seseorang itu telah di tetapkan. Sekiranya rezeki kita dihadirkan oleh Allah, maka bersyukurlah. Jika sebaliknya kehendak Allah, percayal ia juga terbaik untuk kita supaya kita sabar. Apabila dapat bersabar, syukurlah atas kesabaran itu kerana Allah sedang menghadiahkan rahmatNya yang tiada kita sedari.
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Mohonlah petunjuk dan hidayah Allah supaya di tunjuki jalan yang di redhai olehNya. Sesungguhnya sesiapapun boleh menunjukkan kita jalan-jalan yang seharusnya kita lalui. Akan tetapi, keputusan untuk memilih berada pada tangan kita. Namun, perlu daikui pintu hati tak kan terbuka tanpa berusaha mendapatkan hidayah dari Allah. Maka, mohonlah padaNya agar disegerakan anuherah hidayah itu sebelum hadirnya saat kematian kita.
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Mohonlah kesihatan supaya kita dapat beribadah. Namun sesekali terlalai dengan nikmat kesihatan yang telah Allah anugerahkan. Ramai dari kita mudah tersesat apabila dikuniakan nikmat kesihatan. Kita leka mencari kemewahan dan kesenangan dunia tanpa kita sedar segalanya adalah pemberian dari Allah. Ia sebagai menguji sejauh mana tahap Iman kita. Maka gunakan nikmat kesenangan dan kesihatan ni sebaiknya.
Wa’fuannii (maafkan aku)
Mohon keampunan dari Allah setiap masa. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa kepada Allah. Termasuk juga dosa kepada diri sendiri dan orang lain. Dengan sebab itu, wajib bagi kita memohon agar Allah memaafkan segala khilaf yang telah kita lakukan. Agar kelak, kita kan diterimanya dengan Selamat dan Aman. InsyaAllah...
Setelah selesai, bemunajatlah sejenak. Lalu sampaikan rasa syukur kita kepada Allah. Betapa besarnya nilai yang terkandung dalam doa ini. Sebuah doa yang kita sering melupakannya begitu sahaja. Dalam tidak sedar, selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati kita tidak hadir dan sungguh-sungguh dalam meminta. Maka sedarlah, kita hanya hamba. Tempat pergantungan dan pengharapan yang setinggi-tinggiNya hanyalah Allah.
Ya, hanya Allah!
No comments:
Post a Comment