Saturday, April 30, 2011

Tentang Perubahan

Kau akan  berantakan setiap kalinya
bila waktunya untuk mengucapkan selamat tinggal
Tiada yg memerhati, tiada yg duli

Kau telah kehilangan pegangan,

mula tergelincir 
tampa tahu mengapa dan kenapa


ini baru permulaan
Kau mempunyai harapan untuknya

jadikannya sesuatu yg baru
bergerak pantas


Lalu kini kau menyedari
Bahawa dalam mimpi terkini kau
kau telah membuat orang merasa
seperti kau hanya bertafakur

Mandi dengan perasaan Senang..
Peluang pada tuah dan maruah

Mana pengakhiran kita
Kita tidak pernah tahu
Semua imejnya..samar


Mengubah,
Lebih baik dari berpatah balik
Pudar,
Semua sinar itu akan menjadi abu..





I

Lagi Tentang Bulan





Tuhan, daratkan aku ke bumi
pancing aku dari BULAN
tarik aku tembus awan...
~wani ardy~



rasa berkait dengan diri ini
kak wani memahami fahmi?

Ungu yg mendamaikan


damai dalam gelisah
sesuatu di dalam resah
hati lelah
minda lesu
jadi tepu

jemu
aku, dia, kamu
siulan - siulan 
menggamit hati

aku masih disini
sendiri, menanti
sesuatu yg tak pasti

awak..
setiap masa..saya sentiasa disini
jika awak sesat, awak jatuh, awak sedih, awak gembira
khabarkan
jangan disimpan
usah pendam

hidup sekali cuma
bergembira jangan sampai lupa Ilahi
Jatuh itu ujian dari Ilahi
Sedih itu perasaan ciptaan Ilahi


Thursday, April 28, 2011

Tentang Jalan

semua tahu kan?
perjalanan ini
yg perlu kita lalui,
tempuhi, renangi,
er..terbang? hehe
ianya xkan semudah yg kita impikan bukan?

tunggang terbalik,
jatuh lelah,
penat tersembam..

perjalanan ini
untuk ajar diri
supaya mampu berdiri
berlari
mempelajari dan mengahayati
tetang semua, jgn ambil duli

jika tak mahu disakiti
belajar menghargai diri
kelak hati kita berseri

itu semua onak dalam kisah hidup yg panjang
setiap yg berlaku itu adalah untuk langkah2 seterusnya
daya yg diberikan itu
dimulakan dengan arahan dari processor,
processor berjenama otak..
buatan dari tanah..
harganya?
x terbayar dengan mata wang ciptaan kapitalis barat

hidup sebagai mana anda memberikan erti padanya..
hurm..nape ye fahmi post begini?

baru lalui satu kisah jalan yg sukar
:(


bagaimana kalau gambaran yg diberikan bukan gambaran yg sebenar?
penyelesaian pada gambaran yg hanya halusinasi?
persiapan diri sendiri jitu lah kan?

Tuesday, April 26, 2011

Tentang...erm bacalah..hehe

assalamualaikum ~_~
1- erm,nk cakap sikit dekat kamu.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 22
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu kamu paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty kamu akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja
21-Fahmi sayang semua kawan2 fahmi... hehe,~
22-emm... camne nak ckp eh... bace jela NO.23..
23-ok2.. bace je NO.21, hbis citer..




Saturday, April 23, 2011

Tentang Perjuangan


Bagi Takiya Genji, Tamoa Serizawa...itu perjuangan mereka..


Di Palestine mereka terus berjuang utk hidup..
berjuang utk tanah tumpah darah..


Yg tinggal di bumi yg aman..berjuang utk pewaris
Pejuang islam akan datang


Bagi fahmi---automotive engineering..
ini perjuangan fahmi..buat masa terdekat ini..

Getsu youbi
Engineering Design

Ka youbi
Automotive technology

Moku Youbi
Solid Mechanics 2

Kin Youbi
Vehicle Dynamics

Do youbi
Machine Component Design

Tsui Youbi
Statistic




Thursday, April 21, 2011

Tentang Mahu

Surah Asy- Syu'Araa' ayat 83
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, 
dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh


Surah Ali 'Imran ayat 8
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami 
setelah Engkau berikan hidayah kepada kami 
dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau. 
Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Pemberi Kurnia"




Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :


" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :


" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "


Dia berkata :                        Aku mahu menjadi orang yang alim. 
Baginda S.A.W menjawab :  Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim. 
Dia berkata :                        Aku mahu menjadi orang paling kaya. 
Baginda S.A.W menjawab :  Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya. 
Dia berkata :                        Aku mahu menjadi orang yang adil. 
Baginda S.A.W menjawab:   Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri 
                                          sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia. 
Dia berkata :                       Aku mahu menjadi orang yang paling baik. 
Baginda S.A.W menjawab:  Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan 
                                         jadi sebaik-baik manusia. 
Dia berkata :                       Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. 
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisiAllah. 
Dia berkata :                      Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna. 
Dia berkata :                       Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak 
                                         merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan  
                                         cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini. 
Dia berkata :                       Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. 
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam 
                                         golongan mereka yang taat. 
Dia berkata :                      Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa. 
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah 
                                         dalam keadaan suci daripada dosa. 
Dia berkata :                      Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya. 
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari 
                                        qiamat di bawah cahaya. 
Dia berkata :                      Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan 
                                         mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata :                      Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamuDia 
                                         berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi 
                                         semulia-mulia manusia
Dia berkata :                      Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan 
                                         jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata :                       Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. 
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan 
                                          memurahkan rezeki. 
Dia berkata :                       Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau 
                                         termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka. 
Dia berkata :                      Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada 
                                        kemurkaan Allah dan rasulNya. 
Dia berkata :                      Aku mahu diterima segala permohonanku. 
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya. 
Dia berkata :                       Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu 
                                          pada hari qiamat. 
Dia berkata :                       Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada  
                                         kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan. 
Dia berkata :                       Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ). 
Dia berkata :                       Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan. 
Dia berkata :                       Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan 
                                         menghubungkan kasih sayang. 
Dia berkata:                        Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah. 


Telah berkata Imam Mustaghfirin:" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaatselain hadis ini....Wassalam
"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung’

Ya Allah!
Nyawaku jasadku milik-Mu
Hatiku jiwaku milik-Mu
Hidupku matiku milik-Mu
Andai aku masih lagi berjuang untuk-Mu
Itu telah cukup bagiku
Cukup Engkau bagiku
Tiada lain dihati ini.



~aku tanah kotor~

Wednesday, April 20, 2011

Allah e no shinkō nitsuite

Tentang Hati Pada Allah



Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai


Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


Indah kan kata2 tentang rasa pada Ilahi

tentang sayang pada yg Esa
tentang cinta Allah



Tuesday, April 19, 2011

Buku Nota Fahmi

terasa mahu sampaikan sesuatu..
tapi jari kelu
lidah beku
minda tepu







lalu ku sampaikan melalui tulisan ini
tulisan berimiginasi
tulisan halusinasi

Monday, April 18, 2011

Saturday, April 16, 2011

Arus



Diluar kota itu, aku lihat, aku merenung, aku memikir tentang pelbagai
melihat dunia ini..
bagaimana dari gunung itu berubah menjadi jubin
manakala pohon2 hijau itu..kehilangan daunnya,
aku lelah...Aku harap aku bisa menemui sesuatu yang tidak berakhir
sesuatu yg tiada tamat tempohnya
hadir lalu tersandung aku..


Sungai..alirkan aku jauh..
pimpinkan aku, seperti yg ibu ku lakukan..
sampaikan aku ke puncak
Kekalkan aku dalam arus itu


Ianya adalah bagaimana sesebuah kerajaan itu gemuruh dan hancur
Pada dinamik yg sama..ia tidak penting utk hari2 mendatang
Hanya bergantung pada siapa memberi dan siapa menerima
Dan perkara-perkara yg x masuk akal itu adalah penipuan?


Aku mahu tahu arah tuju mu,
Pengikut mahu mengikuti..
Mengubah tetapi tidak pernah berubah,
Menuntut tetapi tidak pernah tertuntut




bicara pada bulan


kerana bulan mengambang pada malam ini

kerana malam ini dingin
kerana malam ini indah
kerana malam ini cerah

dan kerana kau ingatkan aku..
kerana kau ingatkan aku tentang rindu
merindu pada kepastian

aku terasa seperti mahu berbicara padamu BULAN
begini sudah indah
begini sudah sempurna
aku bersyukur apa ada
insyaAllah..ku akan sampai kesana

awak sihat x bulan?


*lama dah x bicara tentang bulan kan? fahmi pulang ke Marikh :)

Tentang Doa

Selalunya perkara begini..hanya di kongsikan di FB..kali ni fahmi share kat sini lah ye :)

Ini perihal doa yang selalu kita baca ketika duduk antara dua sujud. 
Kita sering terlupa untuk mengahayati makna juga maksudnya. 
Justeru sedarlah bahawa kita ini memang manusia 
     -yang diambil dari perkataan 'nasiya' (pelupa) terutama diri saya sendiri. 

Semoga kita semua di berkati dan di rahmati Allah s.w.t.

~Hayatilah hidup ini setiap saat kita~
 Kerana di situ terdapat NIKMAT yang tidak ternilai. 
Tidak kira apa jenis keadaan yang kita sedang hadapi, 

bersyukurah dan berterima kasihlah kepada Allah setiap masa.

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN (semasa duduk antara dua sujud)
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita. Tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami apa yang kita sendiri pohonkan. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh pada hati kita selama ini. Marilah sama-sama kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah...

Duduk antara dua Sujud merupakan lambang ketenangan seorang hamba...

Rabbighfirli (Tuhanku, ampunilah aku)
Diamlah sejenak,buka ruang fikir dan zikir bagi bersedia menerima ampunan dari Allah seperti menerima curahan air hujan. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.

Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup berturut-turut

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) Janganlah membiarkan diri kita membuka aib-aib yang telah Allah tutupkan. Minta petunjuk dan hidayah dari Allah. Teruskan hidup ke hadapan, dan jadikan kesilapan yang telah lalu sebagai peringatan untuk meneruskan kehidupan di atas jalan kebenaran.


Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Mohonlah supaya darjat kita diangkat menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah yang senantiasa berada di sisiNya. Darjat di mata manusia tidak berguna walau setinggi mana pun kedudukan kita. Akan tetapi ketinggian darjat di sisi Allah adalah sebaik-baik tempat.


Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Ingatlah, Allah lah yang memberi Rezeki. Rezeki seseorang itu telah di tetapkan. Sekiranya rezeki kita dihadirkan oleh Allah, maka bersyukurlah. Jika sebaliknya kehendak Allah, percayal ia juga terbaik untuk kita supaya kita sabar. Apabila dapat bersabar, syukurlah atas kesabaran itu kerana Allah sedang menghadiahkan rahmatNya yang tiada kita sedari.


Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Mohonlah petunjuk dan hidayah Allah supaya di tunjuki jalan yang di redhai olehNya. Sesungguhnya sesiapapun boleh menunjukkan kita jalan-jalan yang seharusnya kita lalui. Akan tetapi, keputusan untuk memilih berada pada tangan kita. Namun, perlu daikui pintu hati tak kan terbuka tanpa berusaha mendapatkan hidayah dari Allah. Maka, mohonlah padaNya agar disegerakan anuherah hidayah itu sebelum hadirnya saat kematian kita.


Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Mohonlah kesihatan supaya kita dapat beribadah. Namun sesekali terlalai dengan nikmat kesihatan yang telah Allah anugerahkan. Ramai dari kita mudah tersesat apabila dikuniakan nikmat kesihatan. Kita leka mencari kemewahan dan kesenangan dunia tanpa kita sedar segalanya adalah pemberian dari Allah. Ia sebagai menguji sejauh mana tahap Iman kita. Maka gunakan nikmat kesenangan dan kesihatan ni sebaiknya.


Wa’fuannii (maafkan aku)
Mohon keampunan dari Allah setiap masa. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan dosa kepada Allah. Termasuk juga dosa kepada diri sendiri dan orang lain. Dengan sebab itu, wajib bagi kita memohon agar Allah memaafkan segala khilaf yang telah kita lakukan. Agar kelak, kita kan diterimanya dengan Selamat dan Aman. InsyaAllah...

Setelah selesai, bemunajatlah sejenak. Lalu sampaikan rasa syukur kita kepada Allah. Betapa besarnya nilai yang terkandung dalam doa ini. Sebuah doa yang kita sering melupakannya begitu sahaja. Dalam tidak sedar, selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati kita tidak hadir dan sungguh-sungguh dalam meminta. Maka sedarlah, kita hanya hamba. Tempat pergantungan dan pengharapan yang setinggi-tinggiNya hanyalah Allah.

Ya, hanya Allah!

Thursday, April 14, 2011

Tentang esok,lusa....



Hari mendung berlalu, 
rasa lemah ini,rasa sakit ini..

Aku menenggelamkan diri dalam kenangan, tapi itu tidak membantu.
Jadi aku akan mula hidup untuk hari ini...aku perlu hidup utk hari ini..
Tapi aku lemah..sekali-sekali..sedikit tersesat :(

Sebelum tamat fajar subuh, berkelap-kelip bintang-bintang lenyap...
Aku tertanya..
apakah mereka benar-benar pergi?
adakah mereka akan kembali esok?
esok yg ntah mungkin wujud?
esok yg kita tidak pernah tahu..



Apa yang harus saya diharapkan?
kisah hidup ini berlalu pergi..
perkara yg paling jauh dgn kita..
masa lalu..
apakah pengisiannya?

setiap kalinya..dahiku berkerut

setiap insan, wajahnya bahagia, suaranya gembira
apa aku benar2 mampu lihat itu semua?
mampukah aku tertawa seperti mereka?
melihat kamu, melihat insan2 disekeliling kamu..
aku nampak harapan,aku nampak bahagia..
kamu,korang,awak..yg sentiasa ada..
cuma aku dibutakan, dirabunkan, di kaburkan selama ini..


kini sinar jalan ini mula terang..
cahaya neon itu..sungguh indah..
Alhamdulillah :)


esok,lusa, xkan pernah tahu..
Dunia ini sungguh Indah ya Allah


~aku tanah kotor~