Friday, January 20, 2012

biar jiwa bersuara

dua bahagian, berputar dan bertembung
kau akan memohon perlindungan
mencari pelindung

aku..
mahu berada, mengisi posisi yang kau nanti
cuma, aku perlukan tempoh untuk kau terus menanti

dan ianya terlalu biasa
dan ianya berlaku sepanjang masa
simpulan sering bertambah serabut
memiuhkan segala yang keras
umpama jenayah yang menyedihkan

adakah kehangatan itu suci?
adakah sejuk itu rindu?
adakah masa itu sempadan?
adakah kamu itu rusukku?

aku tak pernah tipu tentang perasaan
sering rasa bersalah saat melukis tentang perasaan


Thursday, January 19, 2012

mungkin

bila dikira
menggunakan saat, jumlahnya sudah berjuta

mungkin suatu hari awak akan mengerti..InsyaAllah

Monday, January 9, 2012

Mengambang

setiap kalinya aku tak pernuh jemu
menatap indah cahaya mu
sfera sempurna mengunci mataku
mengaburkan masalah yang berliku

ku impikan kamar yg berbumbung kaca
tidur menatap sempurnya
lekuk-lekuk istimewa
cahaya malam manusia

-bukan si Pungguk


Thursday, January 5, 2012

destiny


waktu ujian pada tahun akhir ini
aku termenungkan masa hadapan
masa yang kurang jelas itu
benarkan keputusan pengajian itu penentu masa depan?

bukan
aku bukan putus harapan


"Allah sudah tentukan segalanya, kita hanya perlu mencari"
-kata sahabat

Tuesday, December 27, 2011

zauj dan zaujah

kesempurnaan bulan itu diukir oleh tahi bintang
kesempurnaan mentari itu hasil gelora ombak api
kesempurnaan bernafas itu dari terbang bebas si oksigen
kesempurnaan hati itu bergantung pada jasadnya


tiada siapa yang sempurna..
mungkin kerana
ianya untuk dicari, bukan untuk dimiliki?


"..maka bertawakkallah kpd Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seorangpun yg boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yg dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yg beriman itu berserah diri.." (Ali Imran: 159-160)







Sunday, December 25, 2011

buat permaisuri kayangan


bayang terus hitam
siang terus kelam
jasad akan terus pitam

patutkah perlu terus diam?



Monday, December 19, 2011

dekat


sudah lama rasanya aku tak bertanya khabar
kerana aku rasa seperti terdampar di situasi yang aku benci

perasaan itu seperi bayang-bayang palsu
wajah hitam ditopengkan dengan muka putih

setiap celik pagi
rasa kosong, lohong

-kunci hati awak ada pada jiwa awak, tak kemana..