dua bahagian, berputar dan bertembung
kau akan memohon perlindungan
mencari pelindung
aku..
mahu berada, mengisi posisi yang kau nanti
cuma, aku perlukan tempoh untuk kau terus menanti
dan ianya terlalu biasa
dan ianya berlaku sepanjang masa
simpulan sering bertambah serabut
memiuhkan segala yang keras
umpama jenayah yang menyedihkan
adakah kehangatan itu suci?
adakah sejuk itu rindu?
adakah masa itu sempadan?
adakah kamu itu rusukku?
aku tak pernah tipu tentang perasaan
sering rasa bersalah saat melukis tentang perasaan
No comments:
Post a Comment