Tuesday, January 31, 2012

Peludah Warna

hitam itu seram
putih itu ceria
gelap itu malam
bulan jadi suria

hitam itu lebam
putih itu dia
serabut itu kusam
teratur itu bahagia

hitam itu kelam
putih itu terang
gelap itu diam
putih itu girang

darah merah hitam
kulit cerah putih
rambut sama hitam
hati tidak semua putih

beban itu hitam
pahala itu putih
jiwa tiada kelam
andai hati tiada letih



hidup sentiasa dalam memilih dan terpilih
jiwa penentu kuat atau perih

Wednesday, January 25, 2012

bahagia jiwa

lihat kembali masa silam mu
tenung semua yang telah membunuh mu
lihat melalui mata dan hati mu
semua yang telah kau miliki dan lalui

secara malar, ia akan membebankan kamu
sukar untuk dipercayai
hilang cinta dan keyakinan
semua. tentang hari2 yang lepas

tidak semua akan membuka mata untuk kamu
apa lagi menyedari tentang hadir mu
masa demi masa kita berdiri sendiri
sehingga tiba masa itu
semua akan berdiri untuk mu

kamu mungkin gembira dengan perasaan hari ini
tetapi..
tahukah kamu tentang malapnya matahari?
tentang bulan yang di sorok kapas terapung?
hari gelap sentiasa menanti..
itu janji yang sentiasa menanti

jangan hanya perjuangkan untuk mereka
korbankan cinta untuk mereka.

pentingkan diri seketika
aku kami mahu lihat kamu juga bahagia




Friday, January 20, 2012

biar jiwa bersuara

dua bahagian, berputar dan bertembung
kau akan memohon perlindungan
mencari pelindung

aku..
mahu berada, mengisi posisi yang kau nanti
cuma, aku perlukan tempoh untuk kau terus menanti

dan ianya terlalu biasa
dan ianya berlaku sepanjang masa
simpulan sering bertambah serabut
memiuhkan segala yang keras
umpama jenayah yang menyedihkan

adakah kehangatan itu suci?
adakah sejuk itu rindu?
adakah masa itu sempadan?
adakah kamu itu rusukku?

aku tak pernah tipu tentang perasaan
sering rasa bersalah saat melukis tentang perasaan


Thursday, January 19, 2012

mungkin

bila dikira
menggunakan saat, jumlahnya sudah berjuta

mungkin suatu hari awak akan mengerti..InsyaAllah

Monday, January 9, 2012

Mengambang

setiap kalinya aku tak pernuh jemu
menatap indah cahaya mu
sfera sempurna mengunci mataku
mengaburkan masalah yang berliku

ku impikan kamar yg berbumbung kaca
tidur menatap sempurnya
lekuk-lekuk istimewa
cahaya malam manusia

-bukan si Pungguk


Thursday, January 5, 2012

destiny


waktu ujian pada tahun akhir ini
aku termenungkan masa hadapan
masa yang kurang jelas itu
benarkan keputusan pengajian itu penentu masa depan?

bukan
aku bukan putus harapan


"Allah sudah tentukan segalanya, kita hanya perlu mencari"
-kata sahabat