malam purnama dia berlari
dia suka berlari bila bulan terang
dia suka lihat cahaya yg terapung itu
waktu lingkaran bulan itu sempurna
dia mahu saat itu miliknya, pegun
jika punyai alat kawalan jauh ajaib
akan diberhentikan masa itu
dia mahu sentiasa bersama semua itu
bersama-sama mengikut perintah Ilahi
kekadang dia tamak
dia mahu segalanya..
kalau ada kuasa, dia mahu bintang2,
bulan, matahari, tahi bintang,
semua hanya miliknya seorang
berlari ke kanan dia lelah
merangkak ke kiri dia buntu
toleh ke depan dia rabun
jenguk ke timur dia rasa kosong
meraba ke barat rasanya tawar
dicelah2 malam yang terang dia mencari arah
dia merancang..
tetapi dia resah, apa menantinya
pic by azrie tahir
No comments:
Post a Comment