Monday, November 28, 2011

happiness

bahagia itu sekadar cukup apa ada

kata imam Al Ghazali..
kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada 3 bahagian
1) kekuatan marah
2) kekuatan syahwat
3) kekuatan nafsu



Sunday, November 27, 2011

kepada Awak di sana

aku tak mampu menggerakkan awan
aku tak boleh pegunkan mentari yang indah

awak...
tolong pantulkan yang cahaya indah boleh?




melihat pada yg baik pada seseorang,kita akan nampak yg terbaik dalam diri sendiri

Thursday, November 24, 2011

hands down

senja itu dia meluru tak menentu
jiwa usang itu keliru
langit yang tadinya biru
kini kelabu

sangkanya mentari setia menunggu
tetapi si luna sudah di situ
jalan itu panjang
difikirnya semua menghilang
setiap satunya di bilang
dikira, di catu, di hitung

cahaya dari belakang itu tak pernah patah
cuma dia yang sering meludah
membelakangkan yang cerah

siluet

langkah-langkah mudah kelihatan parah
semuanya di anggap telatah
itu kepercayaan si merah
yang tak pernah mengalah

lagu2 indah dari kitab Allah
telah membentuk semula jiwanya yg merah
menjadi indah
hidup tak selalu mudah
kini..
dia setia menghadap kaabah

lorong itu sentiasa ada, dengan Izinnya kita akan ketemu




Tuesday, November 22, 2011

can't take my eyes of you

mentari terbit, mentari pergi
bulan terang, bulan purnama
bintang bersinar, bintang berlari
indah segala ciptaanNya

zikir dalam lena
pupus igau ngeri
mencari cintaNya
berbahagialah diri

Subhanallah||Allahamdulillah||Allahuakbar




Monday, November 21, 2011

S.I.B.U.K

kita semua adalah pelajar
tak pernah berhenti


-kebelakangan ni aku sibuk dengan hal dunia-


Saturday, November 12, 2011

what may come?

malam purnama dia berlari
dia suka berlari bila bulan terang
dia suka lihat cahaya yg terapung itu

waktu lingkaran bulan itu sempurna
dia mahu saat itu miliknya, pegun
jika punyai alat kawalan jauh ajaib
akan diberhentikan masa itu

dia mahu sentiasa bersama semua itu
bersama-sama mengikut perintah Ilahi

kekadang dia tamak
dia mahu segalanya..
kalau ada kuasa, dia mahu bintang2, 
bulan, matahari, tahi bintang, 
semua hanya miliknya seorang

berlari ke kanan dia lelah
merangkak ke kiri dia buntu
toleh ke depan dia rabun
jenguk ke timur dia rasa kosong
meraba ke barat rasanya tawar


dicelah2 malam yang terang dia mencari arah
dia merancang..
tetapi dia resah, apa menantinya

pic by azrie tahir


Thursday, November 10, 2011

Bruised sky

di atas tilam yg berlekuk ditengah itu
dia terdampar hanyut
Pada permulaan petang, penghulung segala hari
menatap sarang yg menjadi sawang

mindanya merayap jauh
mencari mentari yg disorok oleh air yg terapung itu
sambil terlihat kelibat cahaya dicelah gumpulan kapas terapung,
kapas lebam, kusam..

nyawa yg disuntik ke dalam jasad itu sering merasakan sunyi..
jasad yg diperbuat dari tanah itu sering melaungkan kegembiraan..
dia umpama bebayang putih diatas matahari,
menyamar..





Monday, November 7, 2011

it's complicated

jika kau lihat imiginasi dalam mindaku
kau akan turut hanyut
jika kau cari jumlah perkataan di dalam mulutku
kau akan serabut
kerana diri aku suatu yg kompleks