Monday, January 24, 2011

sebelum air mata jadi tak berguna

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 

1) Pemimpin yang adil
2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah
3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid
4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya
5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah
6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi (ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui
7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya
~Riwayat Bukhari dan Muslim~

Air mata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia untuk beramal semula.

Di dunia jugalah kita hendak membanjiri jiwa kita dengan tangisan untuk melenturkannya.

Menangislah, jangan sesekali kita ego untuk menitiskan air mata.

Kita hamba berdosa, tidakkah kita terasa hina?? 

Kita mampu menangis pedih kerana putus cinta, gagal dalam ujian, permintaan tidak dipenuhi dan sebagainya. Kenapa kita tidak mampu menangis atas perkara yang bersangkutan dengan kematian kita, syurga neraka kita, dan Tuhan kita?

Abu Bakar ra pernah berkata: “Menangislah. Jika tidak mampu, maka buat-buatlah menangis”

Pernahkah kita menangis ikhlas kerana-Nya?? Allah....

Sesungguhnya kita masih punya masa..

Sebelum mata tidak mampu mengeluarkan airnya semula..

suburkanlah rasa keTuhanan, tingkatkanlah rasa kehambaan..

Allah...Allah..Allah ya Allah... tuntunilah stp percakapan dn perbuatanku ya Allah..




No comments: