Friday, March 29, 2013

urun rembuk


di cucur atap teratak ayah ini terdapat kediaman satu keluarga burung
setelah subuh tadi riuh rumah mereka

ntah apa dibualkan
ntah apa digaduhkan
ntah apa dipersoalkan
ntah apa diperdebatkan

mungkin mereka sedang berdiskusi
mungkin si anak sedang menegakkan ideanya sendiri
mungkin si ayah mahu pendapatnya di patuhi
mungkin si ibu sedang menjaga hati ayah dan anak2nya
tanpa memikirkan hatinya sendiri

jadi mungkin Allah mahu menunjukkan kepadaku
itu lah situasi penghuni-penghuni bumi
mungkin Allah mahu mengajar aku

tentang hormat dan akur dengan pilihan manusia lain
pilihan yang tidak sependapat dengan kita

walaupun pilihan kita betul dan pilihan dia tidak terlalu salah, tidak juga terlalu betul

sukar kan?




No comments: