kerana aku
dia tidak mendengar irama merdu
dibiarkan angin membawa puisi dalam lagu itu
balasannya..
aku terasa sepi
p/s kondisi badan juga terasa tidak enak..doakan kesihatan yang baik ya?
Thursday, September 27, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Tentang Kamu
aku celik
aku pejam
aku sujud
disini..semuanya mendahului kamu
sarapan sambil melambai sang suria
makan malam sambil tenung rembulan
untuk setiapnya..aku merindu kamu
aku pejam
aku sujud
disini..semuanya mendahului kamu
sarapan sambil melambai sang suria
makan malam sambil tenung rembulan
untuk setiapnya..aku merindu kamu
Sunday, September 23, 2012
Rain
sebenarnya..
kita dicurahkan kasih sayang
sebenarnya..
kita dilimpahkan rahmat
sebenarnya..
kita dihujani cinta
tapi, mengapa kita gunakan payung?
kita dicurahkan kasih sayang
sebenarnya..
kita dilimpahkan rahmat
sebenarnya..
kita dihujani cinta
tapi, mengapa kita gunakan payung?
Thursday, September 20, 2012
Mercury
dia di depan ( terpaling hadapan)
tapi ntah ada atau tidak
yang menyapanya saat matahari di hargakan
ntah ada atau tidak
yang melambainya saat bulan menerangi malam
apa lagi yang mengucapkan selamat malam
*mungkin pada mereka dia berada selepas marikh
rhythm
tepukan tidak di balas dengan sempurna
manakan mahu terima irama ceria
tapi aku tahu
cinta tetap disitu
coretan ku seperti boomerang
di catat untuk aku seorang
tapi aku tahu
dia tetap di situ
aku tak pernah lelah menunggu
tak pernah sepi duduk termanggu
* ah aku tipu, aku memang rindu sama kamu
Saturday, September 15, 2012
Masa Lalu
dulunya aku dibesarkan di kawasan kampung
rumah kayu separuh batu
rumah pagar tak siap
dikelilingi pokok buah2han
di depan kiri, ada rambutan kuning
tepi ada pokok pagar namanya, ada buah kecik2 kuning tu
di tepi kanan ada pokok rambutan biasa
di dapur ada pokok durian sama manggis
di belakang juga ada parit kecil
yg memisahkan rumah pakngah dengan rumah kami
kampung tu namanya Kg Labit Tengah
kenapa tengah? ntah..tapi kampung ni ada 4 buah rumah aje
di depan rumah pakcik Din dan isterinya Makcik Paridah (Faridah kot nama betul dia)
makcik paridah la yg membesarkan kami 4 beradik
satu lagi rumah cik Man
cikman takde anak kecil, jadi kami 3 rumahla slalu bermain bersama
main rounders ( spt baseball)
pukul bola sampai masuk kebun getah opah (belakang rumah pakngah)
anak2 makcik paridah la paling lasak antara kami ni
nak lagi si tombik tu
main peter (mcm dlm citer dodgeball tu)
aku, angah, alang, akak (suhana), angah Shabi, Alang sufri,
tombik, shahril, kak fazilah, farehah
dunia kami itu aja
bermain, mandi parit, pancing ikan, masuk hutan
indah, memang indah
bila mula sekolah, aku akan pulang ke rumah opah..
kerana petangnya mahu ke sekolah agama
Ustazah Fuziah ke namanya (sampai hati boleh lupa) (-_-')
uztaz Bakar, lagi siapa ya dua Ustazah tu? hurm..
pulang tgh hari ke sekolah agama
makan laksa guna straw, isap kuahnya dulu (pelik kan)
itu la budaya kami di sekolah agama rakyat Kg Teluk Batu Hilir
baju melayu putih bersamping hijau
waktu solat asar berebut 1st saf, sebab nk salam ustaz dulu
*boleh pulang dulu (-_-')
petang mak akan ambil pulang kerumah
kalau mak ambik lewat, bermain la pulak dgn geng2 kg teluk batu (hulu)
sama cik E(fauzi), cik G(nazri) <-- si kembar anak toklang E
main dengan pojie, konie, mariah, olind, mat hasan, mat farid
mainnya..
gasing, guli, tudung botol, batu seremban, daun terup, main pemadam
Alang sufri (alang besar), angah Shabi dan akak terus ke kg labit tengah..
Wanyah terus ambil pulang ke rumah
masa kecilnya kami 4 beradik byk habiskan masa dengan mak
kerana ayah sambung degree di UPM ( dulunya Universiti Pertanian Malaysia)
jadi kalau mak ada kursus (outstation)
tinggal lah kami dengan Opah dan Arwah atok
seronok tinggal dgn Opah
dulu tiap malam opah ajar budak2 kampung mengaji
kami pun turut serta
malamnya
kami akan tidur sekatil dengan Opah, Atuk bilik lain.
sebelum lelap mesti baca doa tidur kuat2
baca ikut Opah
bila Subuh kadang2 kami akan ke masjid
( anak kecil subuh berjemaah)
ya itu saya dulu, masa kecil
sekarangnya jarang :(
Lenggong byk tumbuhan hijau
paginya spt cameron highland, sejuk bangat
opah mesti masakkan air panas utk kami
rumah opah rumah ats, bilik ari di bawah, kena keluar dulu..
sejuk...
opah masak air guna dapur kayu
pagi akan ke sekolah naik teksi tok
sebelum masuk teksik kena ketuk kasut dulu, bagi pasir jatuh
pastu atok akan koyak kalender harian tu
*dulu tiap2 hari saya hafal tarikh, sebab tiap2 pagi tgk kalendar atok
di rumah Opahla aku belajar menggunakan pelita
study bila takde elektrik
*bukan study, buat kerja sekolah sebenarnye
pernah satu masa kami perlukan gam (glue)
opah masak gam kanji !
nanti nak tanya resepi gam tu dgn opah
dgn Opah juga la kami belajar makan nasi Planta
*sehingga sekarang itu faveret aku
Pulang sekolah naik van Pak Din, turun kat jalan luar simpang tu
jalan kaki ke rumah opah, sekitar 200 meter kot?
hari2 aku tgk basikal chopper anak Opah Kiah tu (sambil berangan dia hadiahkan kepadaku)
sampai rumah opah, mandi, makan solat, mengaji
jalan kaki kembali utk ke sekolah agama
dulu wang sakunya 5o sen je
duit tu la nk beli keropok/ aiskrim/ laksa/ bihun/air botol
*pandai2 la budjet
banyak lagi kisah2 indah di Lenggong
tempat aku dilahirkan
yg tercatat dlm surat beranak aku
crita indah masa kecil aku tamat di tahun 1997
Ayah sudah tamat Degreenya,
ayah dpt tawaran bertukar ke Ipoh
aku ingat lagi..
semasa darjah 5, aku jadi ketua kelas di kelas no 2
keputusan peperiksaan aku baik
top 10 ( tak silap)
kami bisa naik ke kelas no 1 ( clas bebudak asrama)
lagi sekali aku di calonkan ketua kelas
- aku terpaksa tolak, sebab mahu berpindah ke Ipoh
banyak lagi kisah2 indah di Lenggong
tempat aku dilahirkan
yg tercatat dlm surat beranak aku
sekitar Mac 1997 bersekolah lah aku di Ipoh
hilang semua tempat2 mandi parit
main police and thief
saat aku menulis ini,
aku sudah di Shiga, Jepun
dalam misi mencari Nobita
aku kenangkan masa kecil ku
kerana aku sudah diikat dengan ninja dari Seremban
aku fikirkan bagaimana alam anak2 nanti
mesti jelas beda ya? :)
moga keluargaku nanti bisa bersama ke Syurga
di Taman Bukit Senyum, Lenggong
- 2012 Sept 16 || Dorm Daihatu Shiga Plant || 3.25pm
Bicara Kosong
kenapa tidur perlukan mengantuk?
semua perkara perlukan pasangan ya?
seperti aur perlukan tebing
seperti laut perlukan pantai
seperti bulan perlukan matahari
seperti Adam perlukan rusuk kirinya yang hilang
aku capek, tapi ngak bisa tidur..ngapain?
Friday, September 14, 2012
Tuesday, September 11, 2012
kalau
andai mampu
mahu tiap saat berinteraksi
kerana kamu sering ingatkan aku pada Ilahi
andai upaya
mahu sentiasa meringankan beban kamu
kerana kamu tak pernah lelah membantu
menolong cinta2 kesayangan kamu
moga kamu sentiasa dilimpahkan kekuatan
maga kamu sentiasa di bawah lindunganNya
mahu tiap saat berinteraksi
kerana kamu sering ingatkan aku pada Ilahi
andai upaya
mahu sentiasa meringankan beban kamu
kerana kamu tak pernah lelah membantu
menolong cinta2 kesayangan kamu
moga kamu sentiasa dilimpahkan kekuatan
maga kamu sentiasa di bawah lindunganNya
Friday, September 7, 2012
Burung Hantu Rindukan Bulan
namanya hantu
kerana dia perindu
namanya hantu
kerana dia berjaga saat yang lain beradu
namanya hantu
kerana dia sujud, qiam pada pencipta yang satu
jiwa bisa menyatu
bila kita berlagu rindu
pada pencipta bulan itu
aku bersyukur ada kamu cik ninja
Shiga Ryuo
4:01 am
8 September 2012
* gambar dari atit ( Rashdan)
Thursday, September 6, 2012
Tuesday, September 4, 2012
dia
suatu telah menarik aku untuk melihat wajahnya
bila hampir, saat dada sesak,
aku nampak senyuman yang tertutup itu
bicaranya indah sekali
setelah bertahun lamanya
baru aku sedar..saat itu sebenarnya
aku sudah terpaut, sudah terjatuh
coretan dari shiga #1
sunrise @ shiga, 2 Sept 2012
Melihat alam dengan serba serbi keindahan, kebesaran
teratur, harmonis, instagram insijam, tergetarlah dlm jiwa kita hendak bertanya;
"adakah gerangan rahsia disebaliknya?"
-Hamka-
cita-cita ku sekarang mahu menjadi arkitek,
lakarkan istana untuk mencari cintaNya
lalu, Awak dan saya bersama, gergaji, tukul, pacak kayu untuk membinanya
lalu, Awak dan saya bersama, gergaji, tukul, pacak kayu untuk membinanya
Sunday, September 2, 2012
Distance
matahari melimpahi tingkap penerbangan itu
MH052, Boeing 777
Lelap aku dengan Quran pink itu
Sedarku, senyum selalu
aku selesa dengan jarak ini
aku punya masalah bernafas bila kau hampir
tapak tangan akan mula basah, tanda aku resah
hati yang naif ini sudah jatuh pada awak
MH052, Boeing 777
Lelap aku dengan Quran pink itu
Sedarku, senyum selalu
aku selesa dengan jarak ini
aku punya masalah bernafas bila kau hampir
tapak tangan akan mula basah, tanda aku resah
hati yang naif ini sudah jatuh pada awak
Subscribe to:
Posts (Atom)