Sunday, May 27, 2012

Dear Heart

I told you so..
but you didn't listen

                                - Brain

Saturday, May 26, 2012

Puteri Lilin


terlindung
tersimpan
bukan untuk umum

layakkah saya untuk awak?
yang gelap kerana percikan matahari
yang kotor bergelumang dengan selut

Thursday, May 24, 2012

Do i look foward to meet Allah?

malam jumaat itu
mereka berlumba mengejar ganjaran dunia
malam jumaat itu
mereka berdusta kerana urusan dunia

bagaimana sujud sajadah subuh nanti?
aku pun sama seperti mereka
hanya milo panas peneman malam yang hangat ini

(-_-')

Wednesday, May 23, 2012

hi venus!


awak, ye awak..
saya suka awak
awak boleh tunggu tak?
saya tak buat lawak
awak rasa saya gedik tak?


Thursday, May 17, 2012

hurm..

sekarang aku buntu
bagaimana mahu lukis perasaaan
bagaimana mahu tulis tentang perasaan
dan
bagaimana mahu tangkap gambar perasaan

kalau boleh, saya mahu awak tunggu
boleh?


Thursday, May 10, 2012

baru



ku carikkan muka lama
ku buka langkah mutiara
aku mencari cita dan cinta lagi
ya, cinta sama Ilahi dan venus

aku dalam persiapan ke negara rangga dan ninja

Friday, May 4, 2012

Last Train Home

dalam berjuta langkah
selepas aku tersadung untuk kali yang entah berapa ribu kali
tuhan dongakkan aku
pada saat itu aku ternampak dia.
yang mendorong aku
ke arah laluan baru
pendorong yang banyak menyeri siang dan malam ku

tahniah!
awak sudah terima cahaya bagi jalan awak pula :)



aku fikir aku sudah kehilangan kau
aku fikir kau sudah pergi
aku fikir aku mula gentar
kau mungkin fikir aku lemah
aku fikir kamu salah!
sekarang aku beristirehat, itu aku pasti.

kau bukan kejam
inilah kehidupan
kebergantungan kita perlu pada Ilahi

kalau terlepas keretapi
dunia hidangkan keretapi elektrik
jika tidak cukup pantas
dunia sajikan keretapi peluru
ya peluru, di negara matahari terbit.

di setiap stesen ada venus untuk aku
aku mahu pergi Kyoto
berulang alik ke osaka dan Tokyo
Pungguk mahu mencari ninja
ninja dari venus

because its gone so young, he stop singing to the moon



Tuesday, May 1, 2012

Mimpi dan Realiti

ada yang hatinya jatuh berkecai sepai
nyenyak. lena bersendirian..
pejam, bunuh kepedihan
berputar di dalam kesedihan.

bunga ros merah menjadi hitam dalam lenanya
dalam pejam,
gagah berusaha menjadi diri sendiri,
karang kan cerita idaman jiwa.

dalam lena,
kita mencipta keselamatan, benteng teguh melindungi diri
ada juga kepedihan,
itu penambah perisa mimpi.
ada yang cuba menyembunyikan diri
banyak yang berdoa di dalam mimpi

kata orang, mimpi itu keinginan paling dalam bagi hati kita
keinginan separa sedar.


wuduk
al mulk
ayat kursi
al ikhslas
zikir fatimah
doa tidur

Manusia sebenarnya sedang tidur, tetapi akan bangun apabila ia mati
-Saidina Ali

moga mimpi kita semua berwarna warni (^_^)v