....
tamat mimpi pendek itu aku terjaga
mamai, terpinga
aku bangkit, cuci muka
mahu muka yg ceria
di balik pintu, aku lihat seseorang
wajahnya mirip aku
tapi aku rasa dia lebih baik
banyak yg dia bicara sama aku
sudah lama aku percaya pada dia
jarang juga aku berbalah dengan dia
lalu aku buat keputusan mahu simpan nyawanya
sorok jauh - jauh
supaya dia tak mampu pengaruhi aku
aku mencari senjata sakti yang kelihatan seperti senapang ak-47
yang mempunyai kuasa super
aku isikan peluru, penuh-padat
aku sasarkan tepat pada nyawanya
picit suisnya
aku rasa dia mati,
lalu aku tersedar, aku telah membunuh diriku
*di balik pintu itu ada cermin
No comments:
Post a Comment