Sunday, October 30, 2011

BeYourself

saat berkecai menjadi butiran halus
saat jatuh tersembam
tidur sepanjang tahun
menyanyi dalam senyap

-kau bisa bangun, teguh

biar perjuangan mereka di atas persada sana
itu cara mereka
Allah melihat pada usaha kita
bukan hanya hasilnya


Sunday, October 23, 2011

PerancanganNya

adakah perlu semua yg kita impikan?
adakah kau berada di situ untuk melayan kata hati kau?
ada tak kau berharap kau akan berada di tempat lain?
ada berharap mahu ulangi semua yg berlalu?

kita semua mengikut takdirNya :)

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (QS. Ar-Ra'd : 11)



Saturday, October 22, 2011

Pengaruh

....
tamat mimpi pendek itu aku terjaga
mamai, terpinga
aku bangkit, cuci muka
mahu muka yg ceria

di balik pintu, aku lihat seseorang
wajahnya mirip aku
tapi aku rasa dia lebih baik
banyak yg dia bicara sama aku

sudah lama aku percaya pada dia
jarang juga aku berbalah dengan dia
lalu aku buat keputusan mahu simpan nyawanya
sorok jauh - jauh
supaya dia tak mampu pengaruhi aku

aku mencari senjata sakti yang kelihatan seperti senapang ak-47
yang mempunyai kuasa super
aku isikan peluru, penuh-padat
aku sasarkan tepat pada nyawanya
picit suisnya
aku rasa dia mati,

lalu aku tersedar, aku telah membunuh diriku

*di balik pintu itu ada cermin


Friday, October 21, 2011

Ilusi?

dunia
sering buat kita hiba
mahu ceriakan satu semesta

dunia
sering buat kita duka
mahu carikkan hati untuk diagihkan pada semua

dunia
sering buat kita rasa
mahu mencabut nyawa manusia

dunia
sering memaksa kita mengulangi cela
mengaburi mata yang celik

dunia
sering beri kita rasa
kerana dunia ini mimpi yg panjang

manusia sebenarnya sedang tidur, akan bangkit setelah ia mati
-Saidina Ali


Saturday, October 15, 2011

Kalau

kalaulah semua berniat baik
kalaulah semua berjalan lancar
kalaulah semua capai seperti dicita

kalau semua baik2,
tiada diciptakan syurga dan neraka
hidup sebagaimana anda memberi erti padanya


Friday, October 14, 2011

Tentang Perasaan

nikmatnya sihat sesudah tenat
kita perlu rasa sakit
Ianya perlu di hadapi
baru peroleh erti


otanjoubi desu

Setiap malam, rutin aku mengucapkan
ulangtahun kelahiran kepada rakan facebook

-aku x pernah rasa betul2 gembira menyambut hari lahir..
  KENAPA YE?


Monday, October 10, 2011

Perancangan yang tak sempurna

mimpi2 tercipta
angan2 terbina

akan di tapis
sehingga nipis

tak terdaya rasanya

*kerana esok mungkin ada cita2 baru

Sayonara

malam itu jiwanya dirasuk amarah
hatinya resah
mindanya gelisah

mahu pergi membawa hasratnya menjauh
mahu pergi menuju kejora
bimaksakti berbeza

itu tabiatnya, lari dari sesuatu
pergi dari zon tidak selesa, mencari jiwa

-malam itu dia membuat keputusan utk menyendiri,
  berhenti menyibuk


#percaya pada Qada dan Qadar



aku tak tahu kenapa kita bertemu
aku tak tahu kenapa ditemukan
aku tak tahu segalanya tentang kamu
aku tak jemu membisu
aku seorang yg cemburu
aku sering menganggu hidupmu

cukuplah untuk semua itu
jagalah dirimu

Thursday, October 6, 2011

Kisah Cartoon

kau datang dengan menjadi diri kau
kau tak bisa menjadi diri orang..
kerana diri orang itu sudah dimiliki
lalu kau melangkah ikut rentak jiwamu

kau hadir memberi pengharapan
kau cuba menghiburkan

itu semua dulu, dulu yg sekejap itu
kini
kau hanya tinggalkan karbon dioksida untuk tumbuh2han

untuk aku
kau tinggalkan pengajaran