kita bercakap dalam bunyi yg berbeza
mungkin kerana itu ceritanya tak sampai
mesejnya sentiasa ada
awak akan kata saya tak pernah beri tahu
jika kisah tentang cerita itu disampaikan
belum tentu awak sudi menerimanya
kerana kisah manusia ketentuan Ilahi
tak 100% akan mengikut acuan kemahuan
awak kita
kita sering terperangkap
terjerat dalam bulatan tentang suatu baharu
manusia kita tak pernah rasa cukup apa ada
jika mampu ubah, jiwa pun mahu dimodifikasi
rahsia yg dicuri tersimpan jauh di dalam sana
Nada yg berirama berdetik jauh dari masa
dari masa ke masa kita sering buang masa
kerana kita suka berbicara dengan hati
keluhuran jiwa, kekuatan iman yg sempurna
awak tahu tahapnya?
tanah yg kotor takkan sesuai untuk pasir mutiara
tapi x mustahil mampu disatukan
kerana pelangi pun bisa jadi 12 warna
sesuatu yg bernama fikiran dan hati..
ia sangat halus,juga halimunan
yg terlihat dizahir, hanya mampu
ditafsir di agak
kerana itu kita sering berharap
berharap
moga suatu masa semuanya baik untuk kita
moga suatu masa jiwa kita semua bergembira
moga suatu masa kita bersama
awak sering buat saya rasa gentar
takut kehilangan awak
mungkin awak sering lihat kekotoran pada tanah ini
atau mungkin tanah ini ternampak umpama lumpur di mata awak kan?
- istana bonda, 4 syawal 2011