kalau kau suka
sila kemari
jika kau benci, berduka
aku tak larang kau menjauhi
aku sentiasa melayang
seperti burung terbang
aku suka teman, sahabat
aku cari jiwa, bukan rupa
bukan wang berjuta
aku cari setia
untuk cerita lama yg sudah pergi
cerita gelap, buruk diri..
biar
aku tak mahu ulangi
aku benci untuk kenangi
biar kau dan teman2 sejiwamu pergi
aku tak perlukan kuantiti
*aku tidak sama sekali marah dan benci kamu
terima kasih kerana hadir
No comments:
Post a Comment