Friday, July 29, 2011

buku nota


Kisah ini mengingatkan cherita lama ku

Tutur kata Halimunan



Jalan ini, Laluan ini
Tanah ini, kita berdiri
kita lalui..kita kotori

takdir ini, ketentuan Ilahi
aku punya impi
aku bisa bermimpi
aku ada hati
sabar menanti

bukan hanya berserah pada yg Esa,
bisa gagah berusaha
sampai bila?
yg Satu ada jawapannya

engkau bisa pergi
tinggalkan hati ini
kamu mungkin bukan untuk jasad ini
tanah kotor ini..

Jika kau ada jiwa
lihatlah ku punya rasa
aku bukanlah sempurna
darimu, kan ku dapat sempurna
-ku harap kau rusuk kiriku

jika dirimu, sanggup menunggu
itulah hadiah terbaik untukku

aku tak perlukan kata-kata
hanya perlu suara jiwamu
aku setia menunggu
untuk aku
sempurna padamu

kini terserah pada kamu
pilihanmu, dia atau aku
-itu hak kamu



Wednesday, July 27, 2011

Kekasih


Darling..
gelaran girlfriend bagi Nepali di Kilang itu
esok hari terakhir untuk aku
menghabiskan latihan industri itu
rindu ibu
bantal busukku
Aquarium untuk aku cuci itu
sudah pasti berdebu


*teknikal report ku
  sudah separuh jalan..doakan cepat siap ya!

aku mahu mengejar sunrise di Ipoh!

LIHAT

lihat pada jiwa,
jangan pada kata,
paham apa bicara,
jangan pada apa sukanya,

lihatlah sesuatu itu pada indahnya
nescaya kita akan jumpa indahnya pada diri kita

bunga mekar berwarna kan pudar di telan gelap malam
bintang terang bisa hilang dicengkam tebal kapas-kapas terapung

jangan kita hakimi pada tingkahnya
kita takkan nampak sisi terbaiknya

hidup bukan tentang mahu cari salah kan?
ya bukan kita sorang sahaja mahu ke syurga





dengan menjadi diri sendiri juga merupakan dakwah kan?
jadikan contoh, bukan semua orang boleh terima dengan menyuruh
jadikan teladan, biar mereka terpengaruh, terjatuh sendiri
ku suka juga cara kau, tapi ku juga suka cara ini

moga kita semua tabah!
jaga hati, jaga iman ya?

Sunday, July 24, 2011

S Y U K U R


Tiga puluh empat kali sehari
ku sujud padaMu Ilahi
setiap hembusan nafas ini
aku bisa berlari
kesana-kesini

semoga dengan kedatangan ramadhan ini
aku semakin tabah meniti
datangnya kemudian hari
Semoga aku tidak lupa diri

Saturday, July 23, 2011

P E R B E Z A A N



Kita tak pernah sama
tapi hawa datang dari rusuk kiri adam
Kita takkan pernah sempurna
jangan biarkan segalanya padam

aku tak pandai berkata indah
kerana aku jarang terima yang cerah
dunia ini memang indah
semuanya bisa berubah
Segalanya ketentuan Allah

Kau dari Venus
Aku dari Mars
Tapi kini
kita di Bumi

Ketentuan

kapas itu terapung
tergantung
seperti pelampung

yg tergantung di atas laut
hanyut
hanya mengikut

di atas laut
kapal belayar
kapten tidak takut
mencari sinar

hidup ini perlukan usaha
bukan hanya mengikut iramanya
hayatinya
bukan untuk hanya berdoa
berusaha untuknya
kita warnai langit dengan tangan sendiri

we would be happier with what we have
if we waren't so unhappy with what we dont have


Wednesday, July 20, 2011

B A Y U

When that wind i touch
I feel a rush

Even it is fast
I feel it's isn't much

That feel make me wonder so much
whats it's bring for us
Is it coming for tourchering us? 

-didn't i just think too much?



Tuesday, July 19, 2011

aku masih mencari


sepertinya sudah sekian lama
air itu tidak hadir
keluar dari mata
apa tangisan sudah berakhir?

aku sedang kembali ke masa lalu
mencari saat terakhir terbitnya dari mataku


INDAH

bahagia itu nampak di mata
derita itu nampak di hati
ceria itu ditunjukkan pada kita
sayu hatinya hanya untuk sendiri

'macam mana aku nak kerja?'
'macam mana aku nak buat CATIA?'
'macam mana aku nak main PES?'

mak..saya dah OKU


bila kami berbicara tentang hal-hal yg manusia katakan rahsia
dia akan kata..'aku paham..hari lahir kita kan sama..'


Allah tidak akan uji diluar kemampuan kita
semoga dengan ini, kita
sentiasa ingat pada Nya

Monday, July 18, 2011

Aku lahir dulu

aku teringin punyai akak
aku teringin punyai abang
aku mahu rasa jadi adik
walaupun aku tak seperti abang

Jadilah! lalu jadilah ia

rintihan sedih
laungan pedih
mengadu pilu
pada aku

bila hadir itu
takdir dari Yang Satu
menghalang memang tak mampu

aku bersenandung dalam sedu

Sunday, July 17, 2011

Raya

aidil fitri  - hari raya
baju melayu- baju raya
gong xi fa cai- cina raya
pakai baju- diorang punya la

Pilihan raya
syaitan suka
untuk kita bergaduh sesama

lima tahun bukanlah lama
manusia bisa tamak haloba
makan tak cukup semeja
mahu beli satu semesta

-emotion-inspiration-creation

Saturday, July 16, 2011

keindahan yang berselerak

biar bersepah dengan yang kotor
biar sedikit cuma cintanya

biar perlahan nyalaan obor
biar sejuk hatinya

biar sedikit darinya
sekadar cukup apa ada

-terbangkan aku ke bulan
-kerana aku rasa di mampu menjaga hatiku

mentari malam

bulan memang indah
bukan pada zahirnya
tapi pada cahayanya

hatiku amatlah lemah
kerap resah
seringkali gundah
imanku lemah


Friday, July 15, 2011

KITA

matlamat kita adalah kehendak kita
matlamat dia adalah ciptaan dia

jalan ini, yang panjang ini
tersedia untuk kita dari Ilahi

sihat ceria kita, adalah kurniaanNya
sakit suram kita juga dariNya

dengan kasihNya,
dengan rahmatNya
kita akan bisa meniti laluan berduri
kita akan teguh berdiri untuk diri sendiri

Thursday, July 14, 2011

malam ini, tentang hati lagi..

bila berpijak, hendaklah bijak
bukan dengan kaki, tapi dengan rasa

bila melihat, sepatutnya berhati-hati
bukan dengan mata, tapi dengan hati



bila mendengar, jangan yg hingar
bukan dengan telinga, tapi dengan nurani


rasa itu adalah dia atas raga
yg tersingkap di dalam itu lebih bermakna


hati itu kunci dalam jalan yg dilalui
kunci untuk dunia kepunyaan Ilahi





Wednesday, July 13, 2011

tentang ayah


dia, mereka sudah tak punya ayah
aku masih ada..alhamdulillah
aku sering bikin ayah marah
aku kerap cipta rasa sedih

bukan aku tak sayang ayah
hati ku ni penuh amarah
jika diizinkan Allah
aku mahu masa itu kembali patah
mahu menjelajah
ke setiap daerah
yg telah ayah redah

waktu
masih ada untukku
bagaimana akan aku
nyatakan rasa cintaku
pada ayahku yg satu

aku perlu bantuan dari kamu
yg sudi membantu
bina kekuatanku

C L E A N



dari situ..
aku lihat haru biru
dari sana..
aku nampak pelbagai warna

cita-cita, manusia berlumba kerananya
kita lupa kitab dari Nya?

aku, dia, kita..
kami Islam..
apa kami mahu?
takkan kamu tak tahu?
yg aku tahu, kamu juga islam kan?

kenapa mahu terus begitu?
KENAPA?

jika semuanya mudah
kan indah?
(yg mana mudah itu dari kita sendiri)

kenapa mahu cari salah?
mari kita henti berbalah
jikapun dia salah..
mengalah bukan makna kalah

sampai bila kita harus ada 2,3,4 puak?
inilah masanya mahu jadi satu
tanah ini milik kita

rahmat bahagia
Allah kurniakan


*aku lelah lihat kita berbalah

apa mahu ku?

kenapa awak cadangkan dia?
awak rasa apa kata jiwa saya?

Tuesday, July 12, 2011

tanya sama ikan

kenapa ikan koi fami ni  seperti tidak besar2?        
korang tak kasi makan eh?                
kejam!

JAUH

masa itu tak bisa kembali
waktu itu takkan pernah datang lagi

kenangan adalah suatu yang tak bisa di pisahkan oleh maut
sayu dengan kisah dulu

-aku mencari pelangi di malam hari

kepada ex-friends

kalau kau suka
sila kemari

jika kau benci, berduka
aku tak larang kau menjauhi

aku sentiasa melayang
seperti burung terbang

aku suka teman, sahabat
aku cari jiwa, bukan rupa
bukan wang berjuta

aku cari setia

untuk cerita lama yg sudah pergi
cerita gelap, buruk diri..
biar
aku tak mahu ulangi
aku benci untuk kenangi

biar kau dan teman2 sejiwamu pergi
aku tak perlukan kuantiti

*aku tidak sama sekali marah dan benci kamu

terima kasih kerana hadir

Monday, July 11, 2011

C E R I A

siang itu gelap bila tiada mentari
malam itu kelam bila tiada bintang, bulan..

tiap satu manusia berbicara pelbagai perkara
pelbagai bahasa..

perasaan itu ini
mainan hati nurani

aku impikan dunia yang sentiasa HAPPY
apa mungkin aku kecapi?

dengan izin YG SATU
segalanya mungkin
dgn kun fayakun..

sudah lumrah diri mahu ikut kata hati
tapi insan ini..perlukan iman

aku rindu teman
aku sayang kawan

aku cinta manusia
aku harap dunia kita semua
sentiasa ceria..
aku, ya aku..
mahukan tiap malam kita cerah
setiap terik mentari itu sejuk

ini semua mahu aku.. (doa aku)

aku,kita,kalian..
masih dalam perjalan yg jauh
kita perlukan perhentian untuk hati kita
mencari sesuatu yang indah

moga tanah bernyawa ini mampu bersih

Sunday, July 10, 2011

Ninja

di bandar berlumpur itu ku redah
ramai wanita berpurdah

kelihatan mereka berkahwin sudah
aku lelah
kerana aku terujalah!

:">

Master Of Puppet

siapa benar?
siapa salah?

kenapa mahukan sehingga parah?
mahu lihat darah?

jangan ikutkan hati marah
aku suka bersatu!

sedarkan kamu siapa sebenarnya yang
mempengaruhi dirimu?

Thursday, July 7, 2011

Tentang Warna


kata dia..
"Hijau untuk sabar 
Menanti dengan sabar

Putih itu warna suci
Sesuci hatimu kasih



Kuning warna sakti
Meresap ke dalam rohani

biru pula warna rindu 

dan 
Merah, jingga bagaikan darah
Mengalir resah ke seluruh jiwa 
 untuk hitam pula, warna buta
Janji sumpah setia

Ungu..(kegemaranku)
ungu itu warna pilu
Bila tiada bersamamu

Kelabu, warna ragu 
Sering datang menganggu"

dan aku seperti setuju..




kenapa malam hari tiada pelangi?

Sunday, July 3, 2011

kepada awak yang tiada

kenapa ya?
fahmi rasa tiada siapa
yg mampu fahmi ceritakan kongsi?

pada siapa mahu diluahkan?
di tangiskan?
selain pada Ilahi?

mak, ayah?
teman rapat?
sahabat sejiwa?
buah hati?

insan itu ada..
tapi fahmi tak punya rasa
mahu cerita semua
pada mereka

Friday, July 1, 2011

tarik nafas..mengeluh

dah jatuh
dah berlari
dah melompat
sedang cuba terbang

juga pernah berguling
pernah ketemu bulan


suatu yg pernah ada
takkan selalu bersama

indahkan takdir ilahi?

Ya Allah tuhan yg satu
pemilik nyawaku
teguhkan imanku yaAllah


*kekadang fahmi rasa diri sudah seperti uzumaki naruto
  tapi tak punyai rubah 9 ekor
  cuma ada harimau yang ego