Saturday, June 21, 2014

dia


dia..
yang sentiasa gusar kalau tak siapkan air lemon madu,

dia..
yang sentiasa resah kalau uniform kerjaku belum bergosok

dia..
yang bertindak sebagai penasihat pemakananku

dia..
yang sering merajuk denganku

dia..
isteriku :)

Friday, September 27, 2013

Saturday, May 4, 2013

Liar & angkuh

berdiam setempat di teguri
melangkah ke kiri di pertikaikan
melangkah ke kanan katanya mengabaikan
kebelakang?
 berkali-kali ditolak ke belakang, tak perlu bergerak sendiri

merancang masa depan? mahu lihat senarainya?
pastikan kau benar-benar bersedia



#np liar- taking back sunday

Tuesday, April 23, 2013

NUR


masa itu, aku membuat keputusan untuk sendiri
berdiri tanpa ada yang di kanan dan kiri
puaskan hati sendiri
pergi menyepi

tiba-tiba kau hadir
tanyakan "ada apa dengan cinta?"





Thursday, April 11, 2013

Sepi



aku
sering sendiri
saat sedar kamu hadir disisi
aku gembira sekali
aku fikir aku punya teman berkongsi hati
tapi...

aku silap lagi
aku mungkin akan kembali bersendiri



Friday, March 29, 2013

urun rembuk


di cucur atap teratak ayah ini terdapat kediaman satu keluarga burung
setelah subuh tadi riuh rumah mereka

ntah apa dibualkan
ntah apa digaduhkan
ntah apa dipersoalkan
ntah apa diperdebatkan

mungkin mereka sedang berdiskusi
mungkin si anak sedang menegakkan ideanya sendiri
mungkin si ayah mahu pendapatnya di patuhi
mungkin si ibu sedang menjaga hati ayah dan anak2nya
tanpa memikirkan hatinya sendiri

jadi mungkin Allah mahu menunjukkan kepadaku
itu lah situasi penghuni-penghuni bumi
mungkin Allah mahu mengajar aku

tentang hormat dan akur dengan pilihan manusia lain
pilihan yang tidak sependapat dengan kita

walaupun pilihan kita betul dan pilihan dia tidak terlalu salah, tidak juga terlalu betul

sukar kan?




Saturday, February 9, 2013

Shooting Without Aiming

ayuh melangkah, bersiar-siar
terserah..kamu mahu pimpin tanganku atau tidak
tentang semalam, tentang dua malam dulu..
kisah2 itu takkan pernah lenyap

tiada apa yang mudah dalam melangkah
tiada apa yang sukar untuk menyampah
luka..mana pernah indah
rebah..cedera parah

sebelum aku pergi, maafkanlah aku sayangku
sebelum mereka pergi, ampunilah mereka itu
kami semua menagih kisah indah darimu
melihat yang terindah dalam diri kamu

jika ia memudahkan,jika ia dipermudahkan..
mudah aja mahu dilaksanakan
Iman adalah rakan
jangan diretakkan

kita yang membuat, kita juga yg bisa memecahkan