Thursday, March 22, 2012

Insan yg Aku sayang

satu masa dulu aku ada bicara sama adinda ku
suka baju yg begitu rupa
perbualan di dengar oleh ayah
tak lama selepas itu ayahanda belikan baju

rekabentuknya tidak sebijik yg ku idamkan
aku tolak mentah2 sebab tak sama..

kini, saat aku terkenang
mudahnya aku tolak pembelian dia..
aku sedih, rasa nak peluk ayah SEKARANG
*mana pegi baju tu?


gambar ditangkap oleh ayah ;)
suatu masa aku kecil dahulu
aku pernah dengar bicara ayah

'kalau anak saya inginkan sesuatu, saya takkan belikan terus,
 sebab jika sudah biasa dpt terus apa yg dipinta, nanti dia akan kecewa
 saat permintaannya gagal dipenuhi'


jadi,aku tak pernah berharap dan tak pernah meminta sesuatu dari ayah

'camera sudah dibeli, seperti yg dipinta'

itu sms ayah berikan kepada aku!
BAYANGKAN PERASAAN AKU!


||Insan yg tak pernah lelah bagi kasih sayang pada aku||
ini aku tangkap guna camera yg ayah belikan (^_^) v












Wednesday, March 21, 2012

Siapa dia?

dia sering mengikut
bila terang cahaya
wataknya makin jelas kelihatan
dia tak pernah putus asa
dia paling setia

dia tiada variasi warna
dia malar
dia kekadang besar
dia kekadang kecil
dia tak pernah merungut
dia tak pernah mengumpat




Monday, March 19, 2012

soalan

kehadapan awak yang ntah dimana diamnya...

jika saya mencari wang
dengan hanya menjual nasi lemak,
apa awak masih boleh terima saya?

yg benar
'saya'

*sudah semester terakhir, aku banyak termenung tentang langkah seterusnya