Tuesday, February 28, 2012

dia di osaka

di ruangan alam maya
aku mengintip angkasa mega
untuk bahagiakan jiwa lara

di perut kota parameswara
aku bisu tanpa suara
simpan angan teroka satu semesta

aku terdengar suara
menjerit memanah cahaya di angakasa seraya
cahaya bulat terpaling sempurna


Monday, February 27, 2012

is everything ok?

dia
sampaikan pesanan ringkas
memanggil nama ku

semenjak itu..
dia terus diam

aku keliru..

by Chot Touch

Wednesday, February 15, 2012

hajat

antara kalian dan aku
antara khayalan dan kenyataan
antara mahu dan mencari
antara mereka dan aku

aku berbeza
kerana kenyataan itu nyata
khayalan ini ilusi
dan aku..

aku masih disini
menulis kata-kata hati
sambil mencemburui mereka yg cuba memenangi hati kau tuan puteri
aku tiada usaha, kerana aku ada kerjakan lain perkara

sampai suatu masa
moga kitakan bersama



fuji neopan across 100
kiev88

Saturday, February 11, 2012

tentang angan2

wujudkah tahun ke 1000 bagi tiap kita?
wujudkah saat itu untuk 'kita'

sejujurnya..aku cemburu dgn cinta2 yg awak miliki
suatu yang indah itu selalu aku bermimpi



kodak ultramax 400
nikon f3

Saturday, February 4, 2012

mencari suatu yang hilang


gundah gulana, aku sering terasa..
garang dan romantisnya awak
pelbagai perisa yang kau miliki
pelbagai rasa yang kau beri

sesuatu perkara yang menjadi realiti
akan dihajati untuk kekal abadi

aku perlukan sesuatu yang benar, nyata
aku sering harapkan tindakan Ilahi menyebelahi aku

adakah aku tamak?




Friday, February 3, 2012

Selamat bercuti orang Osaka


cemburu aku melihat kamu
bahagia bersama mereka yang menyintaimu

saya pergi dulu
sayonara Ipoh dan sayang2ku















Thursday, February 2, 2012

hitam yang sejuk


gelap malam terasa indah
pabila titisan kristal turun dari bintang

bulan kan tetap teguh
menerangkan kegelapan yang kontang

hati hilang lelah
saat hadirnya pelangi yang riang