kesempurnaan bulan itu diukir oleh tahi bintang
kesempurnaan mentari itu hasil gelora ombak api
kesempurnaan bernafas itu dari terbang bebas si oksigen
kesempurnaan hati itu bergantung pada jasadnya
tiada siapa yang sempurna..
mungkin kerana
ianya untuk dicari, bukan untuk dimiliki?
"..maka bertawakkallah kpd Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seorangpun yg boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yg dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yg beriman itu berserah diri.." (Ali Imran: 159-160)
Tuesday, December 27, 2011
Sunday, December 25, 2011
Monday, December 19, 2011
dekat
sudah lama rasanya aku tak bertanya khabar
kerana aku rasa seperti terdampar di situasi yang aku benci
perasaan itu seperi bayang-bayang palsu
wajah hitam ditopengkan dengan muka putih
setiap celik pagi
rasa kosong, lohong
-kunci hati awak ada pada jiwa awak, tak kemana..
Tuesday, December 13, 2011
mohon ketabahan
dunia moden ini
kehidupan dewasa ini
di acukan berbeza dari kehendak Ilahi
manusia datang dan pergi
suka dan membenci
tiket duniawi menjadi keperluan tertinggi
hingga berlumba, gagahkan diri
untuk gaji tertinggi
sehingga suatu masa kita akan sedari
kita tidak lagi melepak, membeli masa untuk akhirat
saat itu kau berhenti berlari
kau kan tegap tabahkan diri
kekadang hidup ni tak perlu jadi kuat,
yg kita hanya perlu adalah 'rasa' kuat
dalam menempuh arus deras dunia ini
aku mohon ketabahan dariMu tuhan yg hakiki
Saturday, December 3, 2011
Permohonan
dari langit yg lebam,
kapas2 terapung itu membasahi bumi Allah
di tadahnya tangan yg lengkap 10 jari itu
nikmat Allah yg mana dia dustakan?
Hanya pada Engkau Yang kami sembah dan hanya pada Engkau kami meminta
dosa2 yg dicatat pada bahu kirinya itu tak pernah terlihat
apatah lagi amal kebajikan..
dia memohon keampunan dari segala..
salah dalam sedar dan salah yg sengaja dilakar
memohon ampun dosa Orang tuanya
juga semua kesalahan muslimin dan muslimat sekalian
di pintanya kekuatan Iman
yang sehebat para sahabat,
sahabat nabi muslimin dan muslimat
dia mengharapkan juga dipermudah segala urusan dunia
dia pintakan kejayaan untuk dunia dan akhirat
dia meminta dan terus meminta..
dalam sedih dia tersendu
apa semua pinta yg Maha Agung itu di turutinya?
sibuk dengan urusan dunia
sehingga tidak bermanja dengan urusan akhirat
"berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu;
sewaktu pasukan tentera bertempur;
waktu mendirikan solat
dan ketika HUJAN turun." (HR Abu Daud)
Subscribe to:
Posts (Atom)