Friday, December 31, 2010

ladies ninja

berakhir sudah tirai 2010
berjuta-juta kenangan 2010
*cewah byknye

byk dicapai..ada juga x tercapai
luqman nul hakim!! fahmi mintak maaf..sibuknya urusan dunia : (


*malam tadi..eh pagi la..tido pun dah pukul 4..fahmi bermimpi berjumpa wanita berpurdah

dah 24 tahun usia ku *tahun ni 25, menyambut tahun 2011 paling best setakat ni
berbicara bersama budakbanyakmain dan saudara onie..TERBAIK la korang :)

harapan 2011..moga mendtgkan perkara2 baik dlm hidupku..moga tahun lebih baik utk ISLAM!!
dan semestinya..harapanku pada bulan itu ;)

Thursday, December 30, 2010

A N D A I

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku MENJADI TANAH
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku


by art fazil

SOLAT

kemumu di dalam semak,
jatuh melayang selaranya,
meski ilmu setinggi tegak,
tidak sembahyang apa gunanya.

Orang Bayang pergi mengaji,
ke Chubak jalan ke Panti.
Meninggalkan sembahyang jadi berani,
seperti badan takkan mati.

Byklah masa antara masa,
tidak seelok masa bersuka.
Meninggalkan sembahyang jadi biasa,
tidak takut api NERAKA?

Asam kandis asam gelugur,
ketiga asam riang2
Menangis dipintu kubur,
teringat badan tidak sembahyang

antara 2 darjat

tanah bumi dan tanah bulan
dua2 ciptaan Allah SAW

-aku tanah kotor-

Sunday, December 26, 2010

7 keajaiban dunia

1.boleh melihat
2.boleh mendengar
3.boleh menyentuh
4.boleh menyayangi
5.boleh merasakan
6.boleh ketawa
7.boleh mencintai

satu dua tiga empat lima

satu-satu saya sayang Allah
dua-dua sayang Rasulullah
tiga-tiga sayang mak dan ayah
empat-empat sayang adik2 saya
lima-lima..saya sayang dia :">
12345

SAYANG SEMUANYA

Sunday, December 19, 2010

Kokoro nitsuite hanasu



hati ibarat kapas... 
mudah terbang pabila ditiup angin...
mudah robek bila di carik-kan...
mudah kuncup pabila ia basah..
dan mudah pula ia mengecil apabila di renyuk-kan. 

hati harus kuat menghadapi gelombang..
bayangkan bila kapas itu basah? menguncup bukan?
dan bila ia kering, bentuknya tetap sama...menguncup..
begitulah juga dgn hati kita diibaratkan..
mudah berduka apabila dalam kesedihan..
tapi, bila kesedihan itu lenyap...hati kita tetap begitu..merundum
meskipun kedukaan itu telah berlalu saban hari, saban waktu...

oleh kerna lembutnya hati itu ibarat kapas..
maka, haruslah ia dipelihara dan dijaga sentiasa...
perlunya ada pelindung agar hati itu tidak mudah goyah..
pelindung ibarat balang kaca... kenapa balang kaca?

kaca amat sensitif...mudah pecah jika tak pandai menjaganya
kaca amat nyata...jelas dan boleh dilihat..
namun, perlu hati2 kerna kaca itu sifatnya mudah pecah...
jadi, apabila kapas itu disimpan dlm balang kaca, hati itu akan selamat.
bayangkan kapas di dalam balang kaca..
kita masih boleh nampak ; lihat kapas itu ada di dalam..
walaupun ianya bergerak, namun..ia tetap di situ...
tak terbang..tak mudah basah...tak tersentuh..
kerna, balang kaca itu melindunginya..
namun, ia masih boleh merasakannya..
ia masih boleh melihat siapa yg diinginkannya..

bgitulah ibaratnya hati kita....
hati-lah pencetus akal dan minda..
menjadi nadi kepada peribadi yg kita inginkan..
walaupun kdg hati mudah terkeliru...
akal nan waras pun tak mampu membohongi hati nurani...
cuba-lah bohongi hati..pasti dirimu akan meronta2..
justeru, terapi-lah hati kita...supaya ianya mematangkan akal kita..




Aku Ingin

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana 

dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api 

yang menjadikannya abu 

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana 

dengan isyarat yang tak sempat disampaikan 

awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.. 

 – Sapardi Djoko Damono 


Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Tuhan .
Cinta yang paling Agung ialah ,
Cinta pada Tuhan Yang Maha Suci.. 



Thursday, December 9, 2010

Bahasa

Ayam putih terbang siang,hinggap di halaman maleh kepada mata org banyak.
Ayam hitam terbang malam hinggap di pokok pandan bergeresek ada,
rupanya tiada.

Harimau puntang kena penjara,pelandok kecil menolakkan mara.
Hari tidak siang saja.

Kayu mati berpunggor, manusia mati biar bernama.
Kayu yg banyak akarnya yg teguh, tak takutkan ribut.

Mati di chatok katak.
Mati-mati berdawat biar hitam

Monday, December 6, 2010

yg ketiga dari 2 belas

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita2.

Apabila terpelihara cuping,
khabar yg jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
nescaya dpt daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah Feel yg tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,
disitulah byk org yg hilang semangat.

Hendaklah pelihara kaki,
dari berjalan yg membawa rugi.

Permulaan

Dgn nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang,
Segala puji bagi Allah,Tuhan pentadbir seluruh alam.
Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami
Nabi Muhammad S.A.W dan atas keluarga dan sahabat2 baginda sekalian,



Ya Allah,Engkaulah tuhan yg kekal selama-lamanya,sedia ada,tiada permulaan,
Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepada Mu agar terpelihara kami
sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan2 terlaknat
juga daripada kuncu2 syaitan dan bala tenteranya.
dan kami memohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan
runtuhan nafsu amarah (nafsu yg mendorong ke arah kejahatan).
Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja2 kebajikan
yg boleh mendampingkan diri kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah Tuhan Yg Maha Agung lagi Mulia.
Ya Allah Tuhan yg sebaik-baik yg mengurniakan rahmat.



Pengakhiran

Dgn nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang,
Segala puji bagi Allah,Tuhan pentadbir seluruh alam.
Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami
Nabi Muhammad S.A.W,serta keluarga dan sahabat2 baginda sekalian,

Ya Allah wahai tuhan kami..

Perkara2 yg telah kami lakukan daripada perbuatan2
yg Engkau larang dlm tahun ini
maka kami belum bertaubat dariapadanya padahal Engkau tiada meredhai dan
Engkau memang tiada melupakannya (tuhan tiada bersifat lupa)
dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi kami peluang
supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu
maka kami sekalian memohon KEAMPUNAN Mu.

Ya Allah, ampunilah kami dan mana2 perbuatan yg telah kami lakukan
sepanjang tahun ini yg Engaku redhai dan yg telah Engkau janjikan
ganjaran pahalanya.
Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti)
yg telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampkan harapan kami.
Ya Allah Tuhan Yg Maha Pemurah

Thursday, December 2, 2010

kedua dari 12

Barang siapa mengenal yg tersebut,
tahulah ia makna takut.

Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.

Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat 2 termasa.

Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah ertinya beroleh berkat.

Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.